>SA outlet M.A.C yang hampeh

December 5, 2009 at 7:58 am (Uncategorized)

>

Malam tadi aku ajak Mamoru pegi Mid Valley. Rushing nak tambah stok make up sebab Ahad nih aku ada job make up kan orang. Since Sabtu Mamoru tak free (sebab dia ada job shoot gambar pengantin), so, agak kelam kabut jugak lah. Ikutkan aku boleh je pergi beli sendiri, tapi kang mana nak dukung Ariff, mana nak pilih barang, angkut barang – payah lah pulak.

Sampai je kat M.A.C Mid valley, aku terus survey harga – kira budget sambil pilih barang. Ada la sorang sales assistant (SA) kat situ yang perhati aku belek-belek make up kat situ. Dia tak attend aku – just tengok dari jauh.

Pastu, masa aku amik barang dari rak display kat situ, dia terus datang meluru dan amik barang tu dari tangan aku pastu letak balik kat atas rak – without saying a word pun! Rude gila ok – macam produk dia tu precious sangat sampai sentuhan tangan aku akan buat barang dia rosak ke haper. Sentap aku kat situ.

She was lucky I’m in a very good mood malam tadi. Dari aku argue pasal sikap rude dia aku tanya bebaik harga barang tu – tapi, instead of jawab soalab aku, dia tanya aku balik;

SA M.A.C: “Why dont you bagitau I, you nak cari apa? You macam tak tau apa yang you nak cari”

Selamba gila ayat dia. Bengang ok. Mementang lah dressing aku selekeh malam tadi. Pastu masuk lak outlet MAC sambil dukung baby, pegang napkin. Eiyyy.. kenapa laaaa wujud certain orang yang suka sangattt judge orang lain melalui penampilan. oh, pleaseeee lah!

Taim dia cakap camtu, aku dah start menyampah. Tapi still undercontrol lagi. Aku balas;

“No, I tau apa yang I nak cari. Actually, I tengah kira budget”. Jawapan lurus bendul. Tapi memang betul pun. Kepala aku tengah ligat buat congak duit.

Pastu aku pegi belek lip gloss pulak. Dia berdiri sebelah aku dengan muka tak puas hati (maybe sebab aku asyik pegang barang pastu letak). Datang sengal aku nih, aku tanya dia apa perbezaan antara lip gloss dengan lip glass. Lebih kurang arr camtu la kut soalan aku. Korang nak tau apa dia jawab?

“Lip gloss tu lip gloss lah.. lip glass tu lip glass”

Tetiba aku rasa macam tahap IQ aku jatuh 10 point. Aku pandang muka dia. Rasa nak je aku sumbat botol susu Ariff dalam mulut dia. Ringan je mulut aku nak melazer taim tu. Sabar.. sabar.. Takper, ko memang bernasib baik malam nih sebab aku memang nak cepat. Kang aku bertekak kat situ, kompem mood aku nak beli barang pun hancuss – end up dengan aku balik rumah dalam keadaan hati yang sakit, jiwa parah dan kena pulak membazir petrol pergi outlet MAC yang lain semata-mata untuk beli barang yang sama.

Disebabkan terlalu marah, aku sebut lelaju semua barang yang aku nak beli dalam list aku tanpa pandang muka dia. Masa tu dia macam terdiam. Macam betul ke aku nak beli semua tu? Aku toleh tengok dia, “I nak cepat”. Terus dia diam sambil pergi cari barang yang aku nak.

Pastu baru lah dia mood dia terlebih peramah – nak promote barang nih laa, tu laa. Siap offer nak buat make over kat muka aku ok – hmm, takde makna aku nak layan. Too late beb!

Paling tak boleh blah, bila all of sudden dia duk puji-puji Ariff cute la, comel la, mata cantik la segala. Oh kamon la. Punya lah lama Ariff duduk depan outlet nih (depan mata kau), tapi kau bebuat tak nampak (padahal aku sorang je customer dalam outlet tu semalam). Tetiba lak taim aku dah confirm nak beli, baru kau perasan kehenseman anak aku? Sory ok, kipas kau kipas cap ayam. Kau tukar aircond kuasa turbo pun, tetap tak boleh sejukkan hati aku.

Aku bukan nak kutuk la orang camni. Tapi aku pun penah keje jadi sales assistant okeh – jual towel kat Uda Ocean (masa baru grad dulu). Tapi aku boleh je senyum, sopan, jaga budi bahasa. Even customer duk punggah towel yang aku lipat pun, aku masih maintain senyum lagi. Kalau sakit hati pun, takde lah sampai aku nak bersikap kurang ajar.

Haih, tak faham aku.


Stok make up M.A.C yang aku beli malam tadi. Yang kekecik dalam tube tu free gift.


Aku bajet nak spend dalam seribu. Tapi total spent RM 665 je. Bagus lah, thanks to SA tu punya attitude, hilang mood aku nak membelek barang lain dalam outlet MAC. Jimat duit.

6 Comments

  1. bebey said,

    >sy setuju..jangan tengok org melalui penampilan..and then, apasal kurg ajar sangat..kalau sy agaknya masa tu, sy dah campak barang tu kat muke dia :)tu kire paling 'baik' lah..

  2. Beautiful Disaster said,

    >baguslah ad. still boleh menahan hati walaupun SA tu berlagak nak mampus. Ryn dengan orang yang jual tiket komuter yang pekak badak tu pun boleh bergaduh. huh. tension betul.

  3. biqque said,

    >if i were u, i akan beli barang kat MAC lain and pegi balik jumpak dia and say "BIG MISTAKE!"ala2 pretty woman gitu…patu sambung "there goes your commission…go and catch it, bimbo!"

  4. CuppyCakeMommy said,

    >MAC punya org mmg hampeh kadang2..sbb tu i haritu i tukar ke stage pula..very2 peramah tau diorang

  5. Elyn said,

    >AD i pernah pi MAC kat MV ni. mmg SA die tahap tgk org stok pilih kasih. sejak tu tak hengen aku nk jejak sane baik pi MAC dalam isetan LOT10. lagi baik SA die. siap bagi kad suh call buat app kalo nk beli barang, even i beli satu brg je tau.die ade mintak detail u tak??

  6. Mel Addlan said,

    >aD, u shud try store KLCC or Lot10, SA kt sna sgt2 friendly & x memilih customer. SA MAC kt MV mmg ada attitude prob sket agaknye. dorg mmg x suke attend customers yg dtg berpakaian biasa2 ni. they think org2 mcm ni xde duit nk bli brg2 MAC agaknye. fr my own experience 2thn lps kt store MV yg menyebabkn sy stop guna prod MAC & switched to Bobbi Brown…

Comments are closed.

%d bloggers like this: