>Wish list for 2010

December 5, 2009 at 10:48 am (Uncategorized)

>

Dah hampir masuk tahun baru nih kena ada wishlist baru. To my blogger friends yang selalu tinggalkan komen kat sini, apa kata kita reramai buat wishlist untuk tahun 2010. Pastu reramai tolong aminkan sesama, mana la tau sok lusa termakbul impian kita.. hihi.

Ok, syarat nak buat wishlist nih senang je. Ada dua;

1. Semua wish tu hanya untuk ditunaikan dalam tahun 2010 sahajor. So, kalau korang buat list sampai berkajang-kajang kertas, korang kena lah jadikan semuanya REALITI sebelum hujung tahun 2010. Ada brani? Bukan apa, ini adalah untuk mengelakkan kita dari terlalu banyak berangan.

2. Kalau ada gambar untuk setiap wishlist tu, upload kan sekali nahh.

Note 1 : Kalau korang dah buat entry pasal “Wishlist for 2010”, sila tinggalkan komen kat blog aku supaya aku boleh pegi blog korang dan sesama share impian suci murni korang tu tau. Mana lah tau, masin mulut aku mengamin kan impian sunsilk korang berubah menjadi kenyataan, siapa tau kan? Hihihi.

Note 2 : Mender nih bukan compulsary. Kalau korang rajin, buat lah, kalau tak toksah layan aku nih. Aku pun kengkadang ikut mood gak nak jawab tag orang.. hahaha (jangan marah nah)

*************************

Ok, jom start dengan wishlist aku untuk tahun depan Ada beberapa mender yang aku nak (or mesti) dapatkan untuk tahun depan (Mamoru, sila take note.. hihihi).


Karrimor Cougar 40-55 Rucksack. Aku nampak beg nih kat outlet Tearproof Mid valley aritu. Sangat cool beb.Harga dalam 800++ (kalau sales dapat diskaun 20%). Ekceli aku takde keperluan untuk beli beg baru sebab beg Deuter Futura 40+10 still ok lagi. Tapi ntah lah.. aku terberkenan nak cuba Karrimor pulak kali nih. Eh, wait. Mana pergi beg Deuter aku ek? (Chua, tolong basuh sebelum pulangkan ya. Dah bertaun aD tak basuh beg tu.. hihihihi)


Canon personal Digital Photo Printer. Aku dah suarakan kat Mamoru suruh mender alah nih. Aku tak sure brand apa yang terbaik. Tapi kalau tengok Canon punya printer, memang gempak. Aku nak beli mender nih sebab senang untuk aku print memana gambar yang aku suka dengan cepat. Aku dah ada terlalu banyakkkkkkkk gambar dalam simpanan sampai tak terhantar kat kedai untuk cuci. Lagipun senang aku nak buat scrap book kalau ada printer nih🙂


Takluk lebih banyak gunung di seluruh Malaysia. Yess.. my next xpdc is in April 2010 – Mendaki Gunung Trusmadi & Tambuyukon. Kena fit nih. In between tu, aku nak mendaki gunung-gunung lain jugak! (this photo taken at Sarawak – otw mendaki gunung Mulu)


Beli kereta MPV. Sesuai la dengan status aku yang dah bekeluarga nih. Senang nak angkut bebarang Ariff kalau kami balik kampung. Nak beli MPV jenis apa tataw lagi (most probably Malaysian punya la kut – aku belum kaya lagi la nak beli kereta jenama oversea.. hihi)


Landed property. InsyaAllah termakbul sebelum hujung tahun nih. Aku prefer end lot double story. Senang nak bercucuk tanam (hahaha). Mari lah kita bekerja keras ya incik Mamoru! Caiyok!

Rasanya, setakat tu dulu wishlist aku terfikir untuk tahun nih. Doakan semuanya tercapai ya! Wishlist korang, apa pulak?

7 Comments

  1. faza said,

    >nanti da guna karrimor, jgn lupa post entry pasal beg tuh.. sy pun tgh nak mencuba karrimor gak ni.. tp xtau sesuai ke tak.. selama ni guna deuter jer…semoga semua impian tercapai..impian tambah baby xda?you are a great blogger…

  2. biqque said,

    >rumah and kereta serentak? perghhhh! bagus2! harap2 impian kita akan terlaksana😀

  3. Angah said,

    >landed property corner lot double storey.. Angah dah dapat alhamdulillah..keluasan tanah 50×80 dengan potongan gaji RM 1300 huhuhu..takper janji puas hati kan..MPV pun dalam wish list tapi kena mintak cik abang bayar sebab cik kak dah bayar rumah haha..baby baru boleh masuk wish list tak?

  4. wina said,

    >semoga semua impian aD tercapaiwina pun nak beli sebuah rumah..insyallah by next year end🙂

  5. ummi adriana said,

    >salam..kak ad kalo nk beli mpv nadia suggest beli alza coz laju kot..xtau la kan..tp kalo nk selesa n besar beli exora..mmg best coz husband pakai exora..kak ad try la tgk mana satu yg ok.ALHAMDULILLAH..semua impian nadia dh tercapai dlm usia muda nie..wishlist utk 2010 :1 – semoga di kurniakan kesihatan yang baik ke atas family n nadia n kengkawan2 – semoga impian semua org tercapaiAMIN…

  6. Cicada2nd said,

    >Beg ko nanti aku basuh lepas balik dr Trans Gopeng – Cameron Highland. Saja nak mention yg aku pergi xpdc ni.Nak beli Karrimor better try pakai dulu. Aku ada try beg ni (Jaafar punya) nampaknya tak ngam ngan belakang aku.

  7. eazlye said,

    >saya pon berharap 2010, menjadi lebey hebat n bermakne uat saya dan die…http://ezstory.blogspot.com/2009/12/my-wishlist-2010.html

Comments are closed.

%d bloggers like this: