>Relieved

January 7, 2010 at 11:23 am (Uncategorized)

>

Nasib baik infection kat mata Ariff tak seteruk Mamoru. Ariff nampak ok. Tak meragam atau menggaru macam yang aku jangka. Aku je yang terlebih risau (as always). Anw, thankiu pada yang bagi tips untuk titiskan breastmilk dalam mata Ariff tu. Love u gals!

Missed him so much! Teringin nak dukung dia sepanjang malam. Tapi dia tidur awal malam tadi. Rindunya kat dia.

Ariff genap 7 bulan semalam. Sekejap je kan?. Aku tak sempat buat scrap book untuk dia lagi. Nak kena beli sticky album yang besar pasnih (photo printer tak beli lagi!) atau kalau takpun, minta Mamoru design satu custom album khas untuk Ariff (that’s a good idea eh?).

Will update & upload some photo of him after this (promised!).

Oh, nak cerita pasal diri sendiri. Cerita pasal compliment yang aku dapat. Jangan muntah haa bila baca statement kat bawah ni :

1. Ramai colleagues kat tempat kerja baru nih terkejut bila aku cakap aku dah ada anak. Derang cakap badan aku langsung tak nampak macam baru lepas bersalin (vangga, vangga)

2. Bila aku pergi makeup kan orang, aku suka dressing sempoi je. Semua client aku tak percaya bila dapat tau status aku. Derang ingat aku belum kahiwn lagi.. (mula lah aku terfeeling jadi orang bujang) hihi

3. Ada satu hari tu aku naik teksi nak pergi ke stesen LRT. Ekceli bukan jauh pun LRT dari umah aku. 10 minit jalan kaki je. Tapi saja aku tanak membazir peluh. Pakcik teksi tu Tanya satu soalan yang buat hidung aku kembang setempayan. Soalan dia, “Hari nih tak sekolah ke?”.. (ohh, akak pengsan dik nonn)

Cerita lain. Aku akan semakin busy pasnih. Busy dengan my part time make up artist job. Teruja sangat tau. Esp bila ramai yang email / contact aku thru FB booking aku untuk make up dinner / pengantin (tq!)

Dalam dunia makeup artist nih, persaingan memang banyak gila. Esp dengan makeup artist lelaki. Tapi tak ada apa yang nak dirisaukan. Yang penting, confident & ikhlas dalam buat sesuatu.

Personally aku rasa makeup artist perempuan ada few advantages juga. Misalnya, untuk make up taim nikah (orang dedulu panggil, batal air sembanhyang), pada aku, kalau jurumekap tu lelaki, no point la nak buat sesi batal air sembahyang ke apa. For sure awal2 dah terbatal. Selain tu, banyak lagi contoh lain, e.g., nak pakaikan baju ke, nak kancingkan bra, etc, kat sini lah perlunya peranan makeup artist wanita 🙂

Aku ada few project yang aku eager sangat nak buat sekarang nih – joint venture dengan Mamoru & Azahar. Dah siap nanti aku upload kat sini. Cant wait! Cant wait!

ps: I just loveeee to make women look simply stunning and gorgeous

pps: Hujung bulan nih aku dgn kak IanSham fly ke Penang. Free airline tickets sponsored by bride-to-be yang kerja kat Dubai. She’ll come back to Malaysia for her wedding. Dia booking kami untuk make over dia & her bridesmaid! Wedding dia 30 Jan 2010. Tapi aku aku dgn kak IanSham akan stay kat Penang dari 29 Jan sampai 31 Jan. So, orang Penang, jom jumpa-jumpaan. Boleh buat make over sekali!

Advertisements

5 Comments

  1. aJa said,

    >sian ariff.semoga cepat sembuh.Bagusnya buat banyak kerja. Respek la. Syabas dan tahniah!

  2. Elyn said,

    >owh ariff sakit mata. cepat sembuh ye ariff!!

  3. biqque said,

    >muah2 tu little ariff!wah gi penang? ha jgn lupa pekena laksa tanjung bunga and nasik kandaq line clear! (read my blog)semoga sukses!(teringat kat bus stop di suatu petang…"tahun ni amik UPSR ke?")

  4. nickidz said,

    >em mmg nampk mcm single lagi…hebat..

  5. Iirakuu Miiraii said,

    >aD,nape dah lama x update..?

Comments are closed.

%d bloggers like this: