>Jawab tag lepas pregnant

February 10, 2010 at 7:00 am (Uncategorized)

>

Nobody tag me on this (wish somebody had.. sampai hati korang tsskkk). Tho musim tag dah macam dah berkurang kat blog (thank God!), aku still nak buat tag yang nih. Layan kan je 🙂



HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lambat seminggu, rasanya. Memang dah saspek. Tapi macam tak berani nak berharap. Pergi beli pregnancy test (masa nih tengah cuti kat kampung). Eksaited sangat nak cek sampai pukul 2.00 pagi aku terbangun. Terpaksa tidur balik dan tunggu pepagi esoknya – takut test tak accurate.

HOW DO YOU FEEL?

Terkejut dowh bila tengok line tu naik perlahan-lahan. Siap gosok-gosok mata macam tak percaya. Lama gila aku peratikan test kit tu. Kut-kut laa kalau dedua line tu terpadam ke apa. Nasib baik tak tembus.. haha

WHO DID YOU TELL FIRST?

Incik Mamoru of course. Tak best lah terkejut sengsorang, biar dia share sesama tahap sexcited aku tu.

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Tak. Takder apa2 protection sama sekali.

WHAT IS YOUR CHILD’S NAME?

Ariff Fadzillah bin Noor Fadzillah bin Haris Fadzillah

WHAT WAS YOUR CHILD’S SEX?

XY

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR OPPOSITE GENDER?

Rahsia. Tapi semestinya bermula dengan huruf A… Aku suka nama yang simple dan senang sebut. Boleh jadi bahan dowh kalau nama anak panjang gila sampai sampai tak muat borang surat beranak tapi end up panggil “boboy”.. hik.

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Dari awal pregnant aku macam dah terasa baby aku boy. So, yep, aku memang mengharapkan lelaki.

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?

060609

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?

Exactly the same date 060609 – I was 39 weeks pregnant.

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?

Sebak. Sangat sebak, terharu… dan penat 🙂

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?

30. Kawen lambat maa.

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?

Definitely.

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Langsung tak ada. Be it sakit belakang, bengkak kaki, lenguh, semua tak ada. Alhamdullilah

WHAT DID YOU CRAVE?

Buah.. all type of buah.

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

Heat. Esp minggu-minggu terakhir pregnancy. Dua bijik kipas dalam bilik pun tak jalan woo. Luckily Mamoru dah pasang aircond sekarang nih.

HOW MANY KG’s DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Sebelum pregnant, 37kg
Minggu last pregnant, 50kg
Lepas pantang, 37kg semula.

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

Tak buat pun. Segan arr nak suh orang datang bawak hadiah 🙂

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tak ada. Proses mengandung adalah sangat enjoyable. Tak sabar nak repeat lagi.

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Al-Islam Specialist Hospital

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Incik Mamoru – sempat singgah makan kat restoran lagi (walhal tain tu darah dah start keluar sikit-sikit – tapi tak sakit)

WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Rusilawati

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
6 jam.

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
Masuk labour room pukul 7.00 pagi. Pecahkan air ketuban pukul 7.15 pagi. Pastu baru start sakit. Ariff lahir pukul 1.48 tengahari (lepas Zohor)

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr, Rusilawati, sorang midwife & Mamoru (siap pegang kamera)

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Vacuum. Leher Ariff terbelit tali pusat (3 lilitan). Sejam push pun tak keluar.

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Aku refused. Sebab nak rasa sendiri sakit bersalin. Tapi Dr paksa ambil pentidine (injection). Baby dah berak kat dalam katanya. Kena cepatkan proses kelahiran.

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Yes. From the very first day.

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Nak, tapi kesian kat Ariff. Takut tak dapat kosentret kat dia pulak nanti. Tunggu lah dia besar sikit. Dan, NO, aku tak pakai apa-apa ‘protection’ sekarang nih.

Advertisements
%d bloggers like this: