>Cerita tentang gunung

February 17, 2010 at 2:00 pm (Uncategorized)

>

Lebih kurang sebulan je lagi untuk aku training sebelum bertolak ke Sabah untuk xpdc mendaki gunung Trusmadi & Tambuyukon (Sabah TT – 6 hari). Tsskkkk.. cukup fit ke badan aku sekarang nih??

Oh, fyi, gunung Trusmadi & Tambuyukon nih adalah gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia selepas gunung Kinabalu🙂

Kalau ikut plan asal, dekat nak 20 orang yang confirm nak join xpdc nih. Pening jugak kepala kami (aku, Mamoru & Chua) nak arrange, since pihak pehutanan / Sabah Park ada buat had limit untuk bilangan pendaki mendaki ke puncak Trusmadi & Tambuyukon.Tapi bila dah last minit camnih, tinggal 9 orang je. Pheww, legaaaa. Senang keje🙂

So far, bab booking tiket flight, tarikh mendaki, transpor & accomodation, semua dah settle. Tinggal part nak beli ration je (yang nih akan dibuat tiga hari sebelum bertolak ke Sabah).

Part untuk training je yang aku belum start lagi.. huhu. Kalau tak cukup masa sangat, aku jogging kat Taman Tasik Permaisuri je udah lah. Sekali jogging, buat lah 5 ke 10 round ye tak? *pengsan*

Chua ada organize xpdc gunung Liang East & Liang West kat Tanjung Malim (6&7 Mac), tapi aku dah conquer dua puncak tu. Bukan tanak pegi lagi, tapi aduyaiii.. trek kat sana bikin darah aku menyirap je – Trek dia tak mencanak tapi jauhhhhh yang hamattt. Rasa nak tidur atas trek pun ada. Takperlah Chua, training punya pasal, kita layankan je lah trek the never ending journey nih.

Note: Terima kasih incik Chua kerana tolong basuhkan haversack saya!!

Dalam pada tu, aku tengah usha kut-kut ada bebudak gunung yang buat trip ke gunung Bunga Buah (wei, buatlah – pastu ajak aku sekali). Teringin dowh. Antara gunung terdekat dengan KL yang ada dalam list aku tu.
%d bloggers like this: