>Ariff ke Genting Highlands

February 18, 2010 at 12:30 am (Uncategorized)

>

Tak plan ke mana pun masa CNY aritu. Cuaca panas macam apa je. Bawa Ariff ke playground sekejap pun dia dah berpeluh – macam baru lepas mandi. Tu yang timbul idea nak naik ke Genting. Anak punya pasal, sanggup kami meredah jalan jam ke sana. Nasib baik lah tak kaya lagi, kalau tak, mau aku pasang jet peribadi pergi oversea!



Me and Ariff at Taman Tasik Permaisuri. Oh, yep, ni style rambut baru. Kembang kempis hidung bila adik aku cakap rupa aku dah macam budak sekolah. Aku nak potong lagi pendek pasnih. Mana tau boleh nampak macam anak dara yang muda remaja. Hik. Rasa cam best pulak berambut pendek. Senang nak cuci. Ariff pun, takde can lah nak tarik rambut aku lagi 🙂



Pandainya anak aku posing. Bagus-bagus. Ikut gen mummy dia.



See, aku dah cakap, Ariff memang suka sangat berdiri & berjalan walaupun dia tak master lagi proses berjalan nih. Haih, laju betul perkembangan dia. Lapan bulan rasa macam lapan hari je. Moyang Ariff cakap, mungkin Ariff nih cepat berjalan since dia skip part duduk & merangkak. Kalau betul, alamatnya banyakkk barang dalam rumah tu kena clearkan. Esp yang atas meja. Sebab Ariff ni tinggi. Semua benda selamba je dia capai.



Dalam skyway.. on the way ke puncak Genting Highlands. First time bawak Ariff pergi tempat tinggi. Untuk permulaan nih, aku bawak Ariff pergi puncak gunung naik skyway. Pasnih, kita trekking sesama ye ‘nak (hm, panggil Ariff ‘anak’ / ‘nak’buat aku rasa macam 10 tahun lebih tua.. hish, tanak lah panggil camtu). Age does matter sekarang nih. Aku dah 31 dah oii. Tssskkkk.



Ariff dengan daddy. Hepi betul Mamoru taim nih. Asyik dia je nak dukung Ariff. Nih la susah anak sorang. Dukung pun nak berebut. Mamoru dah suarakan hasrat nak Ariff no.2 (He means “Alice” – nama gelaran yang selalu kami guna untuk future baby). Aku nak gak, kalau boleh 2 sekaligus.. hihi. Tapi Ariff kecik lagi. Aku takut tak dapat bagi kasih sayang sepenuhnya kat dia (sama macam aku takut nak bahagikan kasih sayang aku antara Mamoru & Ariff masa dia belum lahir lagi)



Genting sangat sejuk ok! Yes, memang itu yang aku cari. Cuaca cerah, tapi sejuk! Terpaksa pakaikan Ariff sleeping bag since tangan dia dah sejuk macam ais. Oh, Ariff suka makan keledek bakar yang panas! Seronok makan keledek sambil layan cuaca sejum camnih.



Dengan daddy dalam indoor park. Ariff nampak macam little mermaid je.. kan Mamoru?



Aku suka tengok Ariff pakai cap. Sangat stylo anak bujang aku nih. Jacket dari aunty Biqque nih sangat berguna 🙂



Ok this is what I told Ariff that day, “Ariff tak cukup tinggi lagi untuk main semua games kat atas tu”.. Dia tak heran pun. Hik.



Tengok gambar nih lelama pun aku tak jemu. Tho he still a baby, I think he have a manly face.




Still susah nak decide Ariff ikut muka siapa. Part dagu terbelah tu yang aku tak faham. Atuk aku dulu dagu terbelah kut. Macam mana lah rupa dia bila dah besar nanti 🙂

3 Comments

  1. Elyn said,

    >hehe ariff ikut dagu aunty ek??? muah muah!!

  2. biqque said,

    >i had the same question…ariff ni ikut muka sape? 😀 tapi i rasa dia muka sendri ni…pape pun, ariff mmg bulat tembam and i loikeeee!

  3. suezety said,

    >uhuhuhuhu rasa cam nak geget2 jer arif ni laaaaaaa aaaarrggghhhhh

Comments are closed.

%d bloggers like this: