>Shocked!

April 10, 2010 at 5:47 am (My Pregnancy)

>

Aku baru dua hari balik dari Sabah.

Dan alhamdullilah, gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia telah berjaya ditawan dalam masa 5 hari 4 malam!!

Tough gila xpdc kali ni. Maklum lah, aku langsung tak training. Aci redah je panjat. Bahananya, kaki aku bengkak, tapak kaki aku sampai hari ni rasa kebas. Part luka, tak payah cerita lah, banyak gila. Part kena gigit pacat pulak.. huu.. lagilah banyakk.

Gunung Trusmadi, gunung pertama yang aku daki tahun ni. Route dia kira ok lah. Starting buat aku semput sikit coz trekking dalam keadaan suhu yang sejuk. Tapi best, sebab view sepanjang trek sangatttttt cantik. View kat puncak lagilah cantik – 360. Boleh nampak puncak Kinabalu dari sini.

Gunung Tambuyukon pula memang lain dari gunung Trusmadi. Macam gunung area semenanjung pun ada. Trek dia sangat mencabar sebab sepanjang masa mencanak. Memang menguji mental sungguh. Kalau dia bagi trek yg menurun pulak, bukannya jenis turun yang boleh rilek santai. Jenis kalau silap langkah, confirm menggelongsor jatuh ke bawah. Tak pun masuk gaung. Gila tough. Dalam hutan Tambuyukon nih, marking kurang. Trek senang hilang. Berapa kali aku nak cipta route sendiri hari tu. Nyaris tak sesat. Paling tak best bab pacat. Ya Tuhan, banyakkkk gila ok! Satu badan aku nih, semua tempat dia buat love bite. Dari leher, pinggang, tangan, paha, sampai aku punya ‘toooottttttt’ pun ada kesan gigitan dia. Chisss!

Personally aku rasa, gunung Tambuyukon nih, bukan lah gunung yang ‘agak mencabar’ seperti apa yang bebudak gunung kata. Tapi, jenis yang ‘mencabar tak agak-agak’!!

Nanti lah aku buat full log and upload gambar kat sini. Cuma buat masa ni aku nak share satu berita yang PENTING:-

Selepas xpdc gunung Trusmadi dan Tambuyukon nih tamat,
Selepas berhari-hari aku memikul beg yang berat dalam hutan,
Selepas kaki & mental aku kepenatan berjalan tanpa henti dalam hutan,
Selepas makan minum aku tak menentu masa dalam hutan,
Selepas aku push seluruh badan aku to the limit untuk trip nih,
Dan selepas berakhirnya seksaan 2 gunung nih dua hari yang lepas….

…aku dapat tahu satu berita yang mengejutkan..




“Aku pregnant.. untuk kali kedua”



Meaning to say, this little baby memang dah ada dalam aku even sebelum aku bertolak ke Sabah. Dan paling buat aku rasa bersalah, dia memang ada dengan aku sepanjang xpdc nih! Kuatnya dia..

Aku tunggu hari siang sikit, nak jumpa doctor dan nak confirmkan tahap kesihatan kami berdua.

In the mean time, theres a lot of things to do. To plan and prepare.

For this baby, For Ariff. For me & Mamoru.

18 Comments

  1. Dong & Dia said,

    >Wah!!! Congrats! Jaga diri bebaik. Hopefully, baby sihat dan cargas.

  2. Iirakuu Miiraii said,

    >Hey AD!!!Congrates ye!! Errmm……still boleh do make-up tak July ni?

  3. Ely Hasrul said,

    >congrats!!! excited aku ko pegnen.. xtau ngapa hahahha congrats2…

  4. jo said,

    >perghhh….tahniah..tahniah…ni kang yang bakal lahir ni, kaki panjat gunung la ni..

  5. aJa said,

    >Tahniah!!!Dapat rezeki lagi…InsyaAllah

  6. amal said,

    >hi..add…congrats..preggy againt…so,must rest n say guud bye to the mountain for a long time heh…take care.

  7. Biqque said,

    >u ni mmg jenis kuat, takpe :)congrats!(adik kakak pregnant ni haaaa…hehe!)

  8. Cik E said,

    >Alhamdulillah…tahniah…jaga diri elok2 ye…

  9. N.A.I said,

    >wah seronoknya ariff nk dpt adik,congratulations to both AD & Mamoru and "Abg Ariff" jugak..hehe

  10. Deqna said,

    >congratulations for your second one… fuh lepas gak panjat gunung sumer… semoga mummy & baby sihat2..

  11. Chiko AzreeN said,

    >congrat cik puan aD!🙂

  12. Angah said,

    >Tahniah Tahniah TahniahHarapnya arifah plak lepas ni ya..

  13. suezety said,

    >cik senget…. CONGRATSSSSSSSSSSS epinyeeeeeeee

  14. NONIE ABDUL AZIZ said,

    >tahniah AD…bestnya…bila la ahkak turn ngandung plak ni!!

  15. Prof Azie said,

    >tahniah…nasib baik x apa2…

  16. Elyn said,

    >tahniah sekali lagi!!! jgn lasak2 sgt ye… muah tuk ariff

  17. Apizolla said,

    >tahniah….

  18. Ruziawati Bukhari said,

    >tahniah ad dan suami.. .. jaga kandungan baik2 ok..

Comments are closed.

%d bloggers like this: