>XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1)

April 28, 2010 at 7:30 am (XPDC Gunung)

>

My first and last xpdc for this year (I didnt know that I am pregnant during this xpdction!!)

Trip : XPDC Mendaki Gunung Trusmadi & Gunung Tambuyukon, Sabah
Date: 1 – 6 April 2010 (Tempoh pendakian 5 hari 4 malam)
Line up : Aku (the only lady in this trip), Mamoru, Chua, Talha, che Jaafar & che Lai

Detail log, aku buat kemudian ek. Layan gambar dulu. Aku post gambar untuk untuk Trusmadi je dulu. Gunung Tambuyukon, tunggu next entry.

DAY 1 (Khamis, 1 April 2010)


Kami sampai KK Airport pukul 12 tengah malam. Terus gerak ke Tambunan (TVRC). Pukul 3.00 pagi sampai Tambunan. Sempat la tidur sejam.


Posing depan chalet sebelum bertolak naik 4wd ke starting point.


Me at TVRC


Daftar nama kat pejabat hutan


Lawa pintu masuk ke kaki gunung Trusmadi nih🙂


Mamoru depan pejabat renjer


Strating point (4900m ke puncak). Stretching dulu.


Pose sebelum memulakan pendakian. Dari Kiri, che Jaafar, che Lai, Chua, Hary (guide), Mamoru & aku


First Kem. Lupa nama tempat nih. Aku pewai kat sini & termaksa transfer barang sikir kat team member yang lain. Pelik tau, baru trekking setengah jam dah pewai gila. Rupanya, aku pregnant rupanya!


Posing dengan Kumbang


View sepanjang trek gunung Trusmadi nih memang superb!


Kem Sulaiman. Rehat lagi. Oh, di setiap Kem / Pondok ada disediakan toilet yang lengkap dengan sinki & paip air (tertutup ok).


Kem Taman Bunga.. view kat sini lagi cunnn.


Bonsai gunung yang cantikkkk.


Trek yang turun naik pun dah tak kisah sebab view sangattt cantik


Mamoru dan bonsai🙂


Nampak tak Chua & Talha kat depan tu. Trek atas permatang


Kita minum duluuu


Sampai Kemsait. Ada kabin yg dibuat dari kanvas kat sini. Katil double decker pun ada. Kami sampai sini dalam pukul 2.00 petang. Rehat.


DAY 2 (Jumaat, 2 April 2010)


Pukul 4.00 pagi, teruskan pendakian ke puncak!


Dah dekat dah nih!! Semangattt


5.30 pagi.. yayy!!! Puncak Gunung Trusmadi berjaya ditawan!!! Oh, celcom full bar kat puncak ok. Sempat lah bercalling-calling dengan orang kat KL.


View sunrise di puncak sangat cantik menarik tertarik!!


Me berlatarbelakangkan gunung Kinabalu!!


Mamoru with his fav Canon 5D atas beirut


Penyukat suhu yang dah rosak kat puncak. Sejukk wooo atas nih!!


Salah satu spesis periuk kera


Mamoru & view lembah gunung


Cinta membawa kami ke sini!!!


Turun ke kemsait semula & start packing.


View Kemsait kami. Nasihat aku, kalau tidur sini, sila pilih katil atas sebab tikus tanah asyik la melompat-lompat atas katil bawah cari makanan.. eiyyyy!


View taim turun gunung


Me dan puncak yg harus didaki kat belakang tu.. gila pacak!!


Aku yang kepewaian kat Pekan Tambunan sebelum bertolak ke Ranau untuk mendaki Gunung Tambuyukon pula.

7 Comments

  1. Biqque said,

    >gile lah! beg berat, besar, turun naik bukit, pregnant lak tu! hehe! u mmg kuat la!

  2. Dong, Dia & Azra said,

    >nanti bila baby dah lahir dah besar, boleh tunjuk all this kat dia. Kecik-kecik dah pandai panjat gunung. hihi.

  3. Angah said,

    >Setiap kali naik gunung zaman dedulu..tempat paling suka lepak ofcourse bonsai la..gambar pun paling banyak kat situ..Tahniah peknen kali kedua. Angah dah 16 minggu. Due 10/10/10. kalau betol bersalin masa tuh waaa.. canteekkk

  4. Apizolla said,

    >wahhhhh…….kami pon naik lat brape ari jek ngan team ad ni… guide yg sama n kedai makan kt tambunan pon sama… merindui mee goreng basah dia.. fuhh…berantuu

  5. afid said,

    >oh..syoknye!!kawen je terus bersara..eh tak, lepas je kinabalu 2005 terus pencen..hu3 sbb tiap kali nak pegi mesti gaduh ngan BF. hahaha

  6. PuRpLeLiCiOUs LoVe said,

    >ohhh keciknya dunia..i know the guys name chua…dia bekas opismate my asben..masa dekat mydin usj dulu..hehehe..tapi now 2-2 dah resign dari mydin…

  7. Ema Washif said,

    >wow!bestnya…eh nak tanya…naik trusmadi tu u bayar brapa ey?

Comments are closed.

%d bloggers like this: