>Ariff kena admitted

May 21, 2010 at 9:21 am (My precious Ariff)

>

Ariff pagi ni. Baru je tidur lepas puas menangis bila paed & nurse datang ke katil dia.. *sighs*

Dah 2 botol drip masuk dalam badan Ariff. Badan dia kurang air. dari semalam dia asyik muntahkan semua yg ditelan.

Malam tadi Ariff kena admitted ke Al-Islam Specialist Hospital. Sayangnya, Prudential tak cover Al-Islam. Nak pergi Pusrawi atau Pantai macam dah lewat sgt. Dah pukul 12 tgh mlm pun masa tu.

Ikutkan, memang tak ada masalah aku pergi mana2 hospital pun. Sebab aku ada Medijaring – fully covered by Maybank. Tapi yang ruginya, kat Al-Islam ni aku tak dapat claim Prudential. Penat byr tetiap bulan je ๐Ÿ˜ฆ

Selain dehidrat, Ariff ada sakit perut. Selang sejam dua, mesti Ariff merengek tahan sakit. Sedih aku dibuatnya.

Malam ni, kalau Ariff kena tahan lagi, Aku nak ambil bilik satu katil. Boleh Mamoru teman sekali. Malam tadi bilik satu katil semua penuh. Harap hari ni ada kosong. Kalau tak, Aku minta transfer ke Pusrawi je.

Semoga Ariff cepat sihat. Rindu betul nak tengok senyum tawa dia… Doakan untuk Ariff ya untie & uncle kat luar sana.

Advertisements

Permalink 7 Comments

>Merapu di pagi hari

May 13, 2010 at 9:22 am (Uncategorized)

>Rindu nak mendaki gunung lagi. Haha poyo, tengah pregnant pun still duk fikir pasal panjat-panjat gunung nih.

Bukan apa, aku bajet tahun nih dapatlah aku completekan G12 (conquer 12 gunung tertinggi di Malaysia), tapi bila dah terpregnant nih, hihi.. kena lah lupakan seketika hasrat suci murni aku tu.

Senarai G12 yang berjaya / bakal aku conquer :-

G1. Gunung Kinabalu, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G2. Gunung Trusmadi, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G3. Gunung Tambuyukon, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G4. Gunung Murud, Sarawak
G5. Gunung Mulu, Sarawak (Berjaya di conquered!!)
G6. Gunung Tahan, Pahang
G7. Gunung Korbu, Perak
G8. Gunung Yong Belar, Sempadan Perak / Kelantan (Berjaya di conquered!!)
G9. Gunung Gayong, Perak
G10. Gunung Chamah, Kelantan
G11. Gunung Yong Yap, Sempadan Perak / Kelantan (Berjaya di conquered!!)
G12. Gunung Ulu Sepat, Sempadan Perak / Kelantan

Aduyai.. baru 6 gunung je ย dari list G12 yang aku dah panjat.. ada balance lagi 6 daaa.. Kena berusaha keras lepas nih!

Nih pulak update terbaru senarai gunung yang telah berjaya aku tawan sepanjang pembabitan aku di arena pergunungan mengikut alphabet (Saja nak riakโ€ฆ Ops, matilah kena kutuk!) :-

Gunung Api (Pinnacles)
Gunung Berembun (2 times)
Gunung Bintang
Gunung Bintang False
Gunung Bintang North
Gunung Bintang South
Gunung Bubu (K. Kangsar – 2 times)
Gunung Bubu (Trans V2)
Gunung Bujang Melaka
Gunung Charlie
Gunung Datuk (3 times)
Gunung Jasar
Gunung Junction
Gunung Kenderong
Gunung Kinabalu
Gunung Kutu (4 times)
Gunung Lebah
Gunung Ledang
Gunung Liang East-West
Gunung Mulu
Gunung Nuang (7 times)
Gunung Peninjau
Gunung Perdah
Gunung Pine Tree Hill
Gunung Siku
Gunung Swettenham
Gunung Tambuyukon *NEW
Gunung Three Boundaries
Gunung Tok Nenek
Gunung Trusmadi *NEW
Gunung Ulu Jerneh
Gunung Ulu Semangkuk
Gunung Yong Belar (3 times)
Gunung Yong Yap (2 times)

Huhu.. 34 gunung yang aku dah daki so far (ke ada yg aku lupa nak list kat sini?). 34 and counting tau. Pendakian aku belum berakhir lagi oke.

Kalau boleh, aku nak terus kan pendakian nih selagi kudrat masih ada. Tapi mungkin tak seaktif dulu (anak-anak mana nak campak oiii). Kalau anak-anak aku berkenan mengikut jejak langkah mummy & daddy dia, alhamdullilah.. dapat lah kembangkan lagi minat kami nih ๐Ÿ™‚
Next trip, lepas aku habis berpantang nanti.. hehe.. Trip ke Sarawak sekali lagi โ€“ mendaki Gunung Murud pulak (gunung tertinggi di Sarawak).

Hihi.. yer, kata lah apa pun, aku memang penggila gunung ๐Ÿ™‚

Permalink 3 Comments

>Tiga minggu lagi!

May 11, 2010 at 1:53 pm (Uncategorized)

>Quick note:

3 minggu lagi usia Ariff akan genap setahun.

OMG!!!

Setahun ok!

Will update more with his latest pics later. (hah yolah aku nih, kemalasan menghapdet)

Tp, untuk Ariff, mummy update juga ๐Ÿ˜‰

Permalink 3 Comments