>Breast-pump baru

July 29, 2010 at 5:32 am (Uncategorized)

>



Yep, definitely gonna buy a new one.

Masa pregnantkan Ariff tahun lepas, aku guna Avent Isis Manual (set on-the-go). Harga dalam RM270++. Still tahan lagi. Tapi, bila fikir balik pengalaman guna Avent minggu-minggu pertama lepas deliver Ariff.. huhuhuhu tak sanggup beb nak guna breastpump manual. Letih dan ambil banyak masa. Dah la kepala aku asyik nak tertunduk-tunduk nak make sure mender alah tu sentiasa attach kat breast. Pastu, nak tengok ada ke idak susunya. Haih.. letih. Lenguh.

Sekarang bila dah pregnantkan yang no. 2 nih, baru lah aku terasa betapa pentingya pelaburan untuk beli breastpump yang terbaik. Seriyes penting untuk meminimumkan tahap depression akibat pump susu yang kurang dan untuk memastikan anak-anak aku fully breastfeed.

Breastpump kedua nih, aku harap breastpump yang terakhir aku beli – Medela Freestyle – handsfree brestpump. Harga dalam pasaran RM2,200.00. Agak terkejut beruk jugak lah bila menengokkan harga mender alah nih. Dua ribu beb – gila apa beli breast pump mahal cenggitu. Tapi tu pemikiran aku masa first pregnancy dulu. Kali nih, soal duit tolak tepi. Yang penting, aku tak tanggung hazabbb nak memerah susu lepas bersalin nanti.. huhu

Anw, tenkiu sangat lah kat sorang blogger nih (Aja nama dia). Dia lah yang tolong belikan sebenarnya. So dapat lah murah sikit – RM1,699.00. Jimat 500 inggit. Jimat banyakk ok.

Tak sabar nak tunggu baby ‘A Junior’ lahir awal bulan Disember nanti. Nak guna Medela.. hihi (oh, kami dah tau apa gender second baby nih. Tunggu next entry ok. Tak sempat nak cerita lelebih. Aku nak goreng jemput-jemput jap)
Advertisements

Permalink 6 Comments

>Adun tepung di subuh gaban

July 29, 2010 at 4:14 am (Uncategorized)

>

Pukul 4.00pagi.

Tak boleh nak lelap pulak malam nih. Baby dalam perut asyik bergerak 🙂

Baru lepas lenyek pisang untuk buat jemput-jemput, sarapan pagi nih. Dedekat pukul 6.00 kang baru goreng. Sedap makan cekodok pepanas taim pagi. Kalau berlebih (selalunya memang berlebih pun), aku akan tapau untuk Mamoru bawak ke opis.

Seronok tau bila tengok bekal breakfast yg Mamoru bawak ke opis habis licin. Aritu aku tapaukan goreng pisang & cempedak, pun licin gak. Kengkawan opis dia join makan sekali katanya. Suka tau bila Mamoru cakap, kengkawan dia suka makan makanan yang aku masak. Lebih suka bila Mamoru langsung tak segan bawak bekal dalam tupperware pegi opis.

Ops, washing machine dah berbunyik, nak gi sidai jap.



Permalink Comments Off on >Adun tepung di subuh gaban

>Life sekarang

July 25, 2010 at 2:04 am (Uncategorized)

>

Baru aku perasan, sekarang nih entry aku just 2 atau 3 kali sebulan ek? Haha.. sadis.

Dah banyak kali aku try nak upload at least satu entry sehari macam dulu.. tapi aduhai.. manjang takde masa. Nak kata busy.. takde lah sangat. Weekday macam biasa pegi balik keje taim opis hour. Weekend pulak buat makeup makeover untuk wedding / enggagement. Taim malam bila free, aku tak sampai hati pulak nak biarkan Ariff main sengsorang. Layan keletah dia sampai kami berdua kepenatan dan mengantuk.. sudahnya, esok ulang balik rutin yang sama. Tu yang manjang tak sempat nak update.

Cerita terbaru? Huii.. banyakkk.. berlambak. Tak tau mana nak start. Cerita lama pun tak habis upload kat sini lagi.. haha.. cemana tu?

Oh, usia aku genap 31 tahun minggu lepas. Alhamdullilah, dalam usia yang makin meningkat nih, aku dah dapat semua yang aku impikan dalam hidup ni. Lengkap dah rasanya 🙂

Azam aku sempena usia aku 31 tahun nih, nak update blog hehari (err boleh ke acamtu?). Hantam lah.



Thanks buat kengkawan esp Eniey yang sibuk meng-arrange sambutan birthday party untuk aku dan July babies yang lelain. U guys rawk-uu. Oh, aku yg ber-cardigan hitam – gambar nih taim aku pregnant 5 bulan. Perut dah nampak sikit. Tapi masih steady.. huhu.


Birthday pressie dari incik Mamoru – Alza putih yang comel – sesuai sangat lah untuk family aku yang semakin bertambah nih. Tenkiu hubby, u’re the best! Buat masa ni, incik hubby lah yang kena selang-seli maintain dedua kereta bawak pegi keje. Aku masih selesa ulang-alik keje naik LRT. Dekat maa.Kesian Mamoru. Kesian jugak kat kereta lagik satu. Kena park kat luar gate. Just satu kereta je dibenarkan park kat dalam apartment kami nih.

Tskkk.. takper lah, wishlist nak dapatkan kete baru dah tertunai. Tinggal satu wish je lagi.. beli landed house. Soon.. insyaAllah.

Doakan kami murah rezeki 🙂

Permalink 3 Comments

>www.makeupfreak.net

July 25, 2010 at 1:29 am (Uncategorized)

>

Another makeup makeover done by me. For more pics, just klik sini or cari kat http://www.makeupfreak.net



Wirda before makeup



Wirda I did her makeup & hairdo 🙂



Ika before makeup



Ika after makeup

Permalink Comments Off on >www.makeupfreak.net

>My Birthday Present!!!

July 12, 2010 at 9:05 am (Uncategorized)

>Hubby will be outstationed on my birthday, this 17th July.

But he already bought one HUGE “White” present for me! So big sampai tak boleh wrap.. hihi.

It will be delivered to me this Wednesday! Cant wait to see it! To sroke it, to drive it!

Tq so much dearest hubby.. *kiss*.

p/s: Still tak tahu gender baby dlm perut ni.. bz manjang smp tak ada masa nak scan..

Permalink 5 Comments