>Life sekarang

July 25, 2010 at 2:04 am (Uncategorized)

>

Baru aku perasan, sekarang nih entry aku just 2 atau 3 kali sebulan ek? Haha.. sadis.

Dah banyak kali aku try nak upload at least satu entry sehari macam dulu.. tapi aduhai.. manjang takde masa. Nak kata busy.. takde lah sangat. Weekday macam biasa pegi balik keje taim opis hour. Weekend pulak buat makeup makeover untuk wedding / enggagement. Taim malam bila free, aku tak sampai hati pulak nak biarkan Ariff main sengsorang. Layan keletah dia sampai kami berdua kepenatan dan mengantuk.. sudahnya, esok ulang balik rutin yang sama. Tu yang manjang tak sempat nak update.

Cerita terbaru? Huii.. banyakkk.. berlambak. Tak tau mana nak start. Cerita lama pun tak habis upload kat sini lagi.. haha.. cemana tu?

Oh, usia aku genap 31 tahun minggu lepas. Alhamdullilah, dalam usia yang makin meningkat nih, aku dah dapat semua yang aku impikan dalam hidup ni. Lengkap dah rasanya🙂

Azam aku sempena usia aku 31 tahun nih, nak update blog hehari (err boleh ke acamtu?). Hantam lah.



Thanks buat kengkawan esp Eniey yang sibuk meng-arrange sambutan birthday party untuk aku dan July babies yang lelain. U guys rawk-uu. Oh, aku yg ber-cardigan hitam – gambar nih taim aku pregnant 5 bulan. Perut dah nampak sikit. Tapi masih steady.. huhu.


Birthday pressie dari incik Mamoru – Alza putih yang comel – sesuai sangat lah untuk family aku yang semakin bertambah nih. Tenkiu hubby, u’re the best! Buat masa ni, incik hubby lah yang kena selang-seli maintain dedua kereta bawak pegi keje. Aku masih selesa ulang-alik keje naik LRT. Dekat maa.Kesian Mamoru. Kesian jugak kat kereta lagik satu. Kena park kat luar gate. Just satu kereta je dibenarkan park kat dalam apartment kami nih.

Tskkk.. takper lah, wishlist nak dapatkan kete baru dah tertunai. Tinggal satu wish je lagi.. beli landed house. Soon.. insyaAllah.

Doakan kami murah rezeki🙂

3 Comments

  1. Farra Dhelina said,

    >waaaa best nya dpt kete!!

  2. Biqque said,

    >ha beli je umah atas tanah, senang sok anak2 nak lari-lara (main petik je kihkih)happy belated bday aD!

  3. rynn2506 said,

    >juz notice that we have the same taste…. ape lg kalo bukan white alza…heheheheh……cayalah aD….

Comments are closed.

%d bloggers like this: