>Mood raya suda mari

August 26, 2010 at 12:11 pm (Uncategorized)

>

Dalam dua tiga hari nih, aku asyik rindukan Ariff. Bukan rindu yang biasa-biasa tapi rindu macam nak gila. Masuk je opis pepagi, aku dah kira jam nak balik. Pelik kan? Kenapa ek? Memang camnih ke bila pregnant kali kedua?

Tak sabar nak tunggu wiken nih. Aku ambil cuti hari Isnin. So, direct cuti sampai hari Merdeka. Nak spend dengan Ariff. Nak tunjuk Ariff kemeriahan kacau dodol kat rumah nenek πŸ™‚

Ariff sekarang sangat aktif. Tak boleh nak sekat pergerakkan dia dalam rumah. Semua benda dia nak explore. Kengkadang, bila geram sangat, aku try jugak jengilkan mata dan tinggikan suara. Tapi, jangan harap lah dia nak takut. Asal aku marah je dia akan buat muka comel. Geremmm.

Semalam, aku shopping baju raya online untuk Ariff lagi.. huhu. Diam je Mamoru dengar amount yang aku spend untuk Ariff. Mamoru memang takkan komplen. Maklumlah, untuk anak kesayangan dia jugak. Banyak dah baju Ariff tahun nih. Biarkan. Biar Ariff sentiasa comel & hensem pakai baju baju taim raya nanti πŸ™‚

Sekejap je Ariff dah berusia 1 tahun 2 bulan. Raya tahun lepas, usia Ariff baru 3 bulan. Ariff still tak pandai bercakap lagi. Tapi jalan & berlari memang laju. Gigi pun dah hampir 6 batang tumbuh. Kami dah start ajar Ariff gosok gigi.

Esok hari Nuzul Quran. KL tak cuti.. tsskkk. Mood nak pergi keje dah tak ada. Tinggal badan je kat opis nih. Fikiran semua dah melayang ke kampong.. Ariff.. Raya.. Shopping.. etc.

Sigh.

Cepat lah wiken..

Advertisements

Permalink 1 Comment

>Cuti raya dah approved!

August 24, 2010 at 3:16 pm (Uncategorized)

>

Cuti Raya dah approved. Suka. Suka!

Tahun nih, aku ambil cuti 11 hari.. huhu. Saja nak perabihkan annual leave. Tu pun masih banyak lagi cuti yang perlu aku habiskan dalam tahun nih. Malas nak carry forward. Maklum lah, start bulan Disember sampai March depan aku dapat maternity leave πŸ™‚

Minggu lepas balik kampong Mamoru. Seronok! Antara xtvt yang kami buat kat kampong :-

Kami pergi shopping barang-barang dapur untuk nenek guna taim raya nanti (air botol F&N/Mirinda je belum beli. Nak beli awal-awal takut habis sebelum raya pulak). Kuih tayah beli sebab family Mamoru kan buat bisness kuih raya. So, memang banyak stok kuih raya kat rumah nenek πŸ™‚

Kami tukar lampu & dedua paip besi sinki nenek yang pendek kepada paip yang tinggi dan boleh laras.

Kami pergi gunting rambut Tia dan belikan baju untuk dia (baju kurung je belum beli)

Kami jenjalan kat Pasar Ramadhan Kuala Selangor. Oh, sepupu Mamoru (Kak Nor & Arul meniaga kat pasar Ramadhan sana tau)

Ikutkan, bajet untuk belanja raya nih agak tight. Maklumlah, nak saving untuk baby yang bakal dilahirkan nih. Tapi, ntah lah. Malas nak berkira untuk orang-orang yang kita sayang.. Dapat tengok kegembiraan kat muka derang adalah satu kepuasan yang tak ternilai harganya.

Soal lain, belakang cerita. Lagipun, aku percaya pada rezeki yang Tuhan bagi.

Hmm.. sebut pasal rezeki, ada banyak rumours cakap bonus tahun nih mungkin bertambah sebab profit bank tempat aku keje nih adalah antara yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. We’ll see. Cuma tak sure bila dapatnya. Sama ada sebelum raya atau hujung tahun nih. Kalau dapat alhamdullilah.

Minggu nih ada tiga jemputan berbuka puasa:-

Kat rumah Juju – Pot luck dengan kawan-kawan sekolah Mamoru
Kat rumah Balqis – Pun pot luck style dengan kawan-kawan se-campus Mamoru
Kat Restoran Dorani – Buffet dengan kawan-kawan sekampung Mamoru

(Err.. majlis berbuka dengan kengkawan aku takde yer? Huhuhu)

Setakat nih, yang kami confirm pergi cuma majlis berbuka kat rumah Juju. Yang lelain tu, agak susah sikit lah,sebab derang buat majlis taim wiken. Taim wiken dibulan puasa nih, kami prefer spend dengan family / in-laws. Nak mengemas, mengecat, etc – banyak keje tuuu… Naper lah tak buat taim hari Merdeka ke? Kan cuti taim tu

Wiken minggu nih, kami spend di Melaka. Dengar cerita, ayah suruh orang tambah bahagian depan rumah. Takut tak muat rumah dia dengan anak-cucu balik beraya agaknya. Kami plan nak mengemas & mengecat rumah belah Melaka pulak minggu nih.

Dan kalau tak ada aral, minggu nih kami akan mengacau dodol. Best! Best! Dapat makan dodol cair yang fuhhhhh sedapppp gilaaaa!

Permalink 1 Comment

>Sahur dengan Fafau & FBI

August 21, 2010 at 12:47 pm (Uncategorized)

>

Taip laju-laju. Nak gerak balik Kuala Selangor petang nih. Tengah tunggu kek batik yang aku buat tadi sejuk πŸ™‚

Subuh tadi pergi One World Hotel kat belakang Sri Pentas. Kan Mamoru dapat jemputan pergi sahur dengan Fara Fauzana & Faizal Ismail. Mamoru dibenarkan bawa 4 tetamu lain. So, yang pergi pagi tadi, Mamoru, aku, Chua, Talha & Fuad. Ariff pun join sekali (tapi dia not counted laa). Seronok tau, ada games, ada sampul misteri, ada makanan yang sedap-sedap.. hihi.

Layan entry bergambar lah ek πŸ™‚


Hello unties & uncles! My hansome boy yang dah 1 tahun 2 bulan (orang selalu ingat dia 2 years pluss)


Ariff tak suka omelette.. huhuhu


Faizal Ismail sahur semeja dengan kami πŸ™‚


Ariff yang suka sangatttt usik fridge Marigold. Semua product Marigold adalah percuma kat sini πŸ™‚


Suprise tau, rupanya bawah seat aku & Mamoru ada envelope misteri. Kami berdua antara 20 orang yg bertuah dapat hamper dari Marigold! Nih gambar masa nak ambil hamper. Mamoru & Chua yang pergi collect hamper. Aku tak boleh naik atas stage – jaga Ariff yang sakan merayau satu ballroom.


Mamoru dan Faizal Ismail πŸ™‚


Chua & kembar dia hahaha.. Disebabkan kepala Chua yang berkilat nih lah Fara Fauzana duk mengurat dia tau! Kelakar..


Lepas dapat 2 hamper dari sampul misteri, Mamoru dapat satu lagi hamper sebab terpilih untuk join majlis sahur nih. So, in total kami dapat 3 hamper sekaligus (tu tak termasuk dor gift lagi tau)!! Kami bagi dua hamper pada Chua & Talha sebab duk temankan kami pergi sini.


Talha & Fuad dengan Fafau.. πŸ™‚

Permalink 4 Comments

>Mamoru ada date dengan Fara!

August 17, 2010 at 7:48 am (Uncategorized)

>

Yep. Mamoru ada date dengan Fara. Derang dah ada plan nak pergi dating sama-sama weekend nih. Mamoru siap berterus terang minta kebenaran untuk pegi sahur dengan perempuan nih okeh.

Aku tak kisah pun. Tak jeles pon. Pergi laa..

Sebabnya? Dia nak keluar dengan Fara Fauzana laa uols.. huhuhu. Kalau pergi berdua tu, aku kisah lah jugak (siapa tak sayang laki dik nonn). Tapi derang keluar dengan Faizal Ismail sekali.

Alkisahnya, Mamoru dapat panggilan dari Hot.fm untuk bersahur bersama-sama Fara Fauzana & Faizal Ismail – penyampai Hot.fm. Mamoru siap menang wang tunai dan hamper barangan dari Marigold. Rezeki, alhamdullilah.

*********************


Hari nih genap seminggu kita puasa. Aduyaii.. kenapa lah sekejap sangat dah masuk seminggu 😦

Aku dah terima parcel baju & kasut yang aku order untuk Ariff. Cantik! Ariff suka sangat kasut sport NIKE yang aku beli tu. Dia asyik suruh kami pakaikan je tau. Sampai aku terpaksa sorokkan kasut tu dari dia.

Oh, semalam birthday adik ipar aku (Hepi birthday Sue!)

Permalink 2 Comments

>XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 2)

August 16, 2010 at 2:00 am (XPDC Gunung)

>

Found this one in my drafted entries. Fuiyoo.. gila lama gambar nih tak ber-publish. Since April okeh. Seriyes lama. Now what make me totally forgot to publish this one ek?

Since aku amik masa sikit nak suruh Mamoru transfer semua gambar dalam DSLR dia ke pc nih, kita layan dulu gambar XPDC aku ke Gunung Trusmadi & Tambuyukon di Sabah – XPDC first dan last aku dalam tahun nih (tahun nih je.. lepas bersalin sok, aku sambung naik gunung balik)

Untuk baca story XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1), sila klik kat tulisan bergaris tu ya πŸ™‚



Day 3 (Sabtu, 3 April 2010)


Lepas turun dari Gunung Trusmadi, kami terus gerak ke Poring. Plan asal nak bermalam kat Pos Monggis. Tapi memandangkan hari dah gelap masa kami sampai Poring, memasing dah berbelah bagi. Dengan perut yang agak kelaparan plusss badan yang penat gila baru turun gunung, untuk pacak khemah dan mengadap stove adalah perkara yang sungguh menguji mental & fizikal. Nego punya nego, dapat lah kami bermalam di Poring dengan kos yang sangat minimum (sewa dorm). Kalau ikutkan, kami tak boleh check-in kat situ sebab tak ikut prosedur. Tapi, alhamdullilah. Urusan kami dipermudahkan. Lega dowh. Boleh terus bersihkan badan dan tidur. Nak memasak pun senang. Tayah sesusah paya keluar stove, gas. Kat sana lengkap pantry semua.


Pukul 5.30 pagi kami bertolak tinggalkan Poring. Aku bantai membuta sepanjang jalan. Gelap. Ngantuk


Kami sampai Pos Monggis dalam pukul 7.00 pagi (as planned). Yang tak bestnya, kat sini kami diberi tag Gunung Kinabalu. Sengal je. Walhal kami nak mendaki Gunung Tambuyukon. Maybe pihak Kinabalu Park tak mementingkan gunung nih. Maklum lah, siapa nak mendaki gunung hazabbb takde view nih kan. Lain lah Kinabalu. View meletoppp. Taim aku bergambar nih, mata aku agak bengkak sebelah. Tataw menatang apa sudah cium mata aku malam tu. Oh, sila peratikan perut aku yang pregnant 2 bulan taim nih.. huhuhu

Route map ke Puncak Gunung Tambuyukon. Kalau tengok peta, macam senanggggg je route dia. Tapi dia punya hazabb, nauzubillah. Yerr, padan muka aku. Siapa suruh panjat dua gunung sekaligus!


Chua sibuk enterprem. Jejaka ini masih single ye uolss. Umur 29 tahun. Berkerjaya. Berkereta. Berminat? Sila cari blog dia.. huhuhuuhu (ampunnn Chua)


Starting point – Pos Monggis. Pendaki yang bermalam disini, kena pacak khemah kat kawasan lapang depan Pos Monggis nih. Rumah nih untuk guide je uolss. Kemudahan awam seperti tandas, paip air, ada disediakan. Cuma pada aku lah, tak begitu terurus lah. Maklum lah, pihak Kinabalu Park kan mementingkan kemudahan di gunung Kinabalu jer.


Taklimat dari guide sebelum bertolak.


Tu diaaa.. baru trekking tak sampai 15 minit memasing dah carik port untuk take 5. Trekk hazabbbbb uolss. Dia bagi pacak all the time. Pacak jenis tak hingat okeh. Naik.. Naikkkk Naikkkkkk je. Payah nak cari port landai.


Tak ingat log arr. Malas nak bukak gile cari dalam pc nih. Kalau tak silap aku, dalam sejam lebih baru kami sampai Pondok Kulat nih. Aku tak rehat lama kat sini. Pacattt banyakkk oiiiii.


Nih pulak Pondok Kera. Oh, setiap pondok perhentian, ada disediakan tandas (yang tak berapa nak terurus (tutup pakai kanvas je) dan jugak tong tadahan air. Kami stop sekejap je kat sini sebab memasing tak sesabar nak sampai kemsait.


On the way ke Kem seterusnya, Mamoru terjatuh dari tebing licin gara-gara kami tersilap trek. Tangan dia terseliuh. Oh, trek kat gunung Tambuyukon nih memang bahaya sikit. Kalau silap jalan memang sesat. Marking kurang / hampir tak ada.


Kem Wuluh. Pada aku kem yang agak hazabbbb. Dah la jalan ke sini penuh dengan pokok tumbang. Part nak turun dari tebing curam tu memang tak boleh blah. Tak penah-penah perut aku kecut sampai rasa nak termuntah tengok trek nih. Lutut menggigil beb. Tataw lah kalau tu pembawakan orang pregnant. Tapi aku rasa memang trekk nih hazabbb laa. Kami lepak sini dalam sejam. Lunch nasi lauk sambal sardin yang aku masak kat Poring subuh gaban tu. Nak makan pun jari menggigil-gigil. Saiko la gunung nih. Oh, ada sungai kecik kat sini.


Rehat sekejap. Taim nih tinggal aku berempat dengan Mamoru, Chua & Sweeper.


Kem Kepuakan (macam bunyik Ke-puaka-an pun ada kan?) Tapi aku tak berani nak komen lelebih. Kami sampai sini taim hari dah nak gelap. Magrib. Chua sempat berenang kat sungai ni. Besar jugak sungai dia. Kat sini, aku dah bajet, kompem kami kena trekking malam. Sigh.


Chua dan Mamoru depan sungai di Kem Kepuakan.


Taim kami take 5 kat sini, incik Sweeper pergi memcari durian hutan. Kebetulan musim durian hutan taim tu. Sedap jugak durian nih. Manis dan tak pahit macam buah durian kat Pasar. Buah dia pun kecik je. Besar tapak tangan. Kata incik Sweeper, kat hutan nih jangan makan durian sebarang. Ada jenis yang beracun.


Pukul 7.00 malam kami sampai kemsait. Gila penat. Saiko. Stress dan segala bagai lah. Penat sebab melayan trek yang hazabbbb & pacak sepanjang masa. Saiko sebab terpaksa melayan pacat yang berjuta banyakknyaa kat trek. Habis satu badan aku kena gigit okeh. Sepanjang 32 gunung yang aku daki kat Malaysia, Tambuyukon punya pacat lah yang paling hazabb. Gunung Bintang dan Gunung Bubu punya pacat pun tak camnih banyaknya.


Suami yang sentiasa membantu bila aku memerlukan. Punya la sabar melayan karenah wife dia sepanjak trek nih. Aku rasa Mamoru punya penderitaan di gunung di lebih hebat dari aku.



Day 4 (Sabtu, 4 April 2010)


Pagi di kemsait. Pagi tu memang aku tak sanggup dan tak larat langsung nak teruskan pendakian ke puncak. Tapi, ko nak kena bahan?? Kang ada yang cakap, “apa barang panjat gunung tak sampai puncak?”. Berkat dorongan dan semangat yang tinggal sipi-sipi je lagi, aku gagah kan jugak. Sebabnya, kalau aku tak sampai puncak, konpem lah Mamoru pun tak jejak kat Puncak Tambuyukon. Takdenya dia nak tinggalkan aku sengsorang kat kemsait tu.


Gambar hiasan. Banyakk lagi gambar lelawa yang aku snap sepanjang trek.


Trek ke puncak penuh dengan hutan buluh. Ada lah lebih kurang macam trek Bintang kat Kedah. Pacat masih ada ye.


Jeneral Kem. Take 5 kejap kat sini.Trek masih pacak dan mencanak. Bila jumpa kawasan rata tu, kira heaven seketika.


Gambar hiasan lagi. Memacam spesis dan saiz. Semua aku snap.


Hutan lumut dan duri.


Take 5 di celah dahan pokok. Jadi lah. Nak cari port rata susah sangat.


Starting ke puncak berbatu


Bahaya jugak kawasan nih. kat puncak batu nih lah aku terkandas masa otw turun. Hujan lebat + angin kuat. Tak berani aku nak melangkah. Takut kena terbang dek angin. Hujan reda sikit baru aku cecepat jalan.


Gila banyak puncak batu kat sini. Tajam dan curam. Kiri kanan gaung lak tu.


See what I mean. Bayangkan lah korang kena berdiri atas batu tu taim hujan lebat + angin kencang. Konpem mengucap awal-awal.


Punya lah jauh berjalan baru sampai Kem Wuluh. Kem last kat trek nih. Kata guide, Kem Wuluh & Kem Jeneral tak boleh dibuat kemsait. Ada ular besar. Hmm..


Permatang sebelum sampai ke Puncak Gunung Tambuyukon. Nampak Chua kat belakang tu?


Akhirnya sampai jugak kami ke puncak gunung Tambuyukon. Lepak sekejap je. Serjukkkk. Lepas makan terus gerak turun sebab langit dah gelap. Again, gunung nih takde view ok. Reception (phone) pun agak tenggelam timbul kalau nak compare dengan gunung Trusmadi sebelum nih. Seperti yang aku cakap tadi, taim nak turun memang hazab dengan hujan yang lebat + angin kencang. Kami sampai kemsait dah pukul 5 petang. Nasib baik barang dah siap pack awal-awal. Pekena megi macam orang kebulur. Masa kat kemsait nih, tinggal kami berempat je (aku, Mamoru, Chua & sweeper). Team yang lain (Che Jaafar, Che Lai, Talha & guide) dan turun ke Kem Kepuakan. Aku berbelah bagi naik tinggalkan kemsait sebab badan aku memang dah tak larat sangat. Kaki pulak start sakit. Lama kami trapped kat kemsait tu (sampai pukul 7.00 malam!). Tak boleh nak gerak sebab hujan lebat sangat. Memasing dah menggigil macam kena parkinson. Tapi, last-last kami decide untuk turun jugak sebab kami tak cukup camping gear untuk bermalam kat situ. Semua dah kena angkut dengan team yang turun awal.


Nih antara port gigitan pacat kat kaki aku. Port lain pun banyakk juga. Tapi agak sensitif untuk dipamerkan kat sini. Free je derma darah kat pacat. Ntah berapa puluh yang berjaya gigit badan aku dan berapa ratus pulak yang berjaya dibuang pun aku tataw. Tawakkal je. Kami berjaya sampai Kem Kepuakan dalam pukul 10.30 malam!! Team xpdc lain dah siap tidur lena dah. Nasib baik derang dah masakkan dinner untuk kami. Tenkiu kengkawan.



Day 5 (Sabtu, 5 April 2010)


Gambar kami sampai ke Kem Monggis tengahari esoknya tak ada dalam Sony compact aku. Nih gambar celebration kat KK Town – layan seafood. Aku adalah serious pewai sampai tak ada gambar taim hari last dalam hutan. Kat DSLR Mamoru ada kut. Kesian Mamoru kena pikul dua haversack sekaligus (salah satu tu aku punya laa). Maklum lah wife dia dah sampai tahap kritikal terpaksa berjalan guna dua tongkat. Penangan pregnant dua bulan!

Apa pun, alhamdullilah, dua gunung berjaya ditawan dalam xpdc kali nih. Dan syukur sekali lagi, baby dalam perut turut kuat semangat dan mampu bertahan dengan hobi gila mummy dia nih.

Next XPDC? Gunung Murud (aku nak grad G5) Tapi sila tunggu aku habis bersalin & berpantang.. huhuhu

Permalink 5 Comments

>Makan yang tak habis-habis

August 15, 2010 at 11:53 pm (Uncategorized)

>

Dekat nak tengah malam. Aku masih menghadap makanan (disamping menghadap pc of coz). Banyak betul makanan yang berbaris menunggu dimakan.
  • Rambutan yang aku beli tadi masih belum terusik.
  • Kuih lompat tikam pun belum dimakan
  • Sup gearbox beli kat pasar Ramadhan petang tadi masih dalam keadaan asal – belum bersentuh (yang luak cuma kuahnya – mana nak cari straw nak sedut tulang sum-sum tetengah malam nih?)
  • Jeruk buah kedondong yang aku buat pagi tadi punnn tak sempat nak rasa lagikk..

Camne nih??

Boring betul makan sengsorang. Mamoru dah lena tidur sebelah Ariff. Aku je yang masih gagah & bersemangat nak makan. Nak simpan sahur kanggg.. confirm tak sempat. Aku tak berapa gemar berdepan dengan makanan yang banyak camnih sambil berlumba dengan waktu imsak. Boleh tercekik dibuatnya.

Note: Sila jangan terliur atau membayangkan rupa / rasa makanan yang aku list diatas. Siapa suruh baca taim hari siang? Aku update nih taim malam huhuhu


**************************

Cerita pasal weekend.

Takde apa yang menarik. Just spend masa atas katil sepanjang hari. Kegeringan melanda. Cuma tadi je pegi jenjalan survey langsir & sarung kusyen baru untuk rumah ayah di Melaka.

Oh, tadi beli songkok untuk Ariff. Beli saiz 19. Besar kan untuk budak 1 tahun 2 bulan? Saiz kepala Ariff memang besar. Badan dia pun besar dan panjang. Aku sekarang nih, kalau nak belikan dia baju memang cari saiz yang 2 tahun ke atas.

Teringin nak upload gambar kat sini. Gambar memang banyakkk.. tapi dalam memory kad Mamoru. Aku tak reti laa nak godek DSLR dia tu. Sony compact aku dah tatau kemana. Adik aku rembat tak pulangkan lagi. Kalau ada Sony tu senang sikit. Nih, nak guna 5D Mamoru yang gedabak & berat tu.. aduyaiii.. payah lah.

Sory ya Elyn, Biqque & kengkawan lain yang duk tanya pasal gambar terbaru. Bear with me k uolss.

Esok keje.. aaaa busan busan. Cepat lah bulan doblas. Nak cuti bersalin 3 bulan.. huhuhu

Permalink Comments Off on >Makan yang tak habis-habis

>Demam yang tak best

August 13, 2010 at 2:55 pm (Uncategorized)

>

Wrap-up.

3 Ramadhan. Aku still tak larat nak masak juadah berbuka kat rumah. Sedih.

Nih semua gara-gara aku & Mamoru asyik berulang-alik pergi Klang-KL semata nak tolong ayah hantar jagung (yep, ayah pasarkan sendiri hasil jagung dia). Penat wooo. Terima kasih la kat adik no. 3, no.4, no.5 & no. 7. Korang memang memahami dan boleh diharap. InsyaAllah, besar pahalanya tolong ayah kita ni πŸ™‚

Dalam minggu nih, aku just pergi keje sebanyak 1 hari setengah je.

Isnin MC – Mamoru pun amik cuti sekali. Tekak dah start sakit, tapi gagahkan jugak teman adik-adik pegi basar-pasar borong kat KL nih hantar jagung.

Selasa Keje.

Rabu AL – Start puasa. Plan nak masak untuk berbuka hancuss. Aku terbaring seharian ke-demam-man.

Khamis Keje half day – Paksa diri pegi keje. Tapi terpaksa amik MC jugak sebab badan dah tak larat. Balik umah, membongkang sampai petang. Berbuka dengan lauk yang Mamoru beli kat pasar ramadhan depan HUKM.

Jumaat (hari nih) AL lagi – Sebab babysitter yang jaga Ariff ada hal hari nih. Since takde orang nak jaga Ariff, aku cuti je lah. Badan pun masih tak sihat. Rehat kat umah adalah perkara yang terbaik. Opismate aku suruh aku amik MC lagi hari nih. Membazir amik AL katanya. Malas lah aku nak tukar-tukar cuti nih. AL aku berlambak lagi. Better habiskan.

Esok? Tatau lagi. Susah nak berfikir dengan baik dalam keadaan demam nih.


Permalink 4 Comments

>Berkat Ramadhan

August 10, 2010 at 3:45 pm (Uncategorized)

>

Syukur sangat sangat.

Semalam dah pergi buat check-up. Alhamdullilah, baby dalam perut sihat dan selamat. Tak ada apa-apa perubahan kat degupan jantung baby. Kedudukan uri juga tak berubah. Masih diatas. Badan aku pun tak ada lebam. Rasa sakit pun dah totally hilang. Syukur ya Allah.

Ajaib kan. Kuasa Tuhan. Walhal, masa aku jatuh tu, aku tengah dukung Ariff. Dah lah jatuh terduduk, dengan Ariff jatuh atas perut aku lagi. Berat Ariff lebih 10 kg tau!

Apa pun, alhamdullilah sekali lagi. Kami bertiga selamat dalam lindungan-Nya πŸ™‚

Hari nih dapat satu lagi berita baik.

Guest what? Huhuhu..

Kompeni tempat aku keje nih dah setuju nak bagi 90 hari (3 bulan) cuti bersalin untuk semua staff dia – effective immediately!

Oh.. sangat tepat dengan masanya. Meaning to say, cuti bersalin aku akan bermula dari Disember tahun nih sampai lah Februari tahun depan. Bulan Mac baru start keje semula.. Heaven oh heaven!

Memula tu macam tak percaya jugak. Ingatkan just clerk je yang entitle. Rupanya Executive pun termasuk sekali! Alhamdullilah, sekali lagi syukur.

Tuu diaa. Berkat bulan Ramadhan. Semoga banyak lagi berita baik yang jadi untuk semua orang sempena bulan mulia nih.

Untuk semua kengkawan yang selalu jenguk blog ni dan selalu tinggalkan komen kat sini. Thanks sangat-sangat. Korang memang kawan yang terbaik. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak untuk korang semua! Ceria-ceria selalu tau.

Salam Ramadhan dari kami:

aD
Mamoru
Ariff
Baby A

Permalink 5 Comments

>Terjatuh depan bilik air

August 9, 2010 at 10:52 am (My precious Ariff)

>Terjatuh terduduk depan bilik air lepas mandikan ariff.

Takut gila masa hilang balance tu. Aku angkat Ariff tinggi2. Takut dia terhentak atas lantai. Nasib baik ariff tak apa2 sbb jatuh atas badan aku.

Nasib baik juga Mamoru ada kat rumah dan dengar aku menjerit…

Dalam masa yg sama, Aku tatau mcm mana baby dalam perut. Doa dan tawakkal je yang aku mampu buat masa ni.

Sekejap lg nk pergi checkup. Harap semuanya ok… *risau*

Permalink 8 Comments

>LRT & Pompuan mengandung

August 6, 2010 at 12:58 pm (Uncategorized)

>

Wearing my best maternity dress to work today.

Mamoru cakap cantik πŸ™‚
Memember opis pun cakap cantik πŸ™‚

Suka. Suka. Suka!

Sekarang, bila naik LRT pegi keje, orang dah start notice perut aku.

Ada yang bangun bagi tempat duduk.
Ada yang serba salah nak suruh aku duduk sampai duk tanya dulu aku nih pregnant ke tak (sebeb perut aku comel sangat hihi – perasannyaaaa)
Yang bebuat tidur bila nampak aku berdiri depan mereka pun ada tau.

Takpe lah. Buat masa ni aku tak kisah pun dapat duduk atau tak masa dalam train. Biarlah aku berperasangka baik. Maybe derang yang bebuat tidur tu sakit kaki dan tak larat berdiri kut.

Lagipun, aku kan tough.. huhuhu. Kalau aku boleh mendaki DUA gunung tertinggi kat Malaysia nih masa tengah pregnant DUA bulan aritu, takkan lah berdiri dalam LRT pula tak larat, ye tak?

Tapi, bila kandungan aku mencecah 9 bulan nanti, aku memang akan sound tepettt je siapa yang tak kasi aku duduk dalam LRT nanti. Sebab by that time aku tahu aku memang tak mampu nak berdiri lelama. Taim tu nanti, baby dah berada dalam posisi kelahiran. Confirm bahagian bawah tu sentiasa rasa sakit-sakit.

So, pada pengguna LRT yang kebetulan terbaca blog aku nih sila take note ye. Jangan lah sampai muka korang tebal kena sound dengan pompuan pregnant macam aku nanti.. huhuhu.

Oh, esok tak jadi balik Kuala Selangor (melepas nak makan BBQ). Mamoru ada training kat opis dia. Maybe lepas Mamoru habis training, kami terus gerak ke Melaka. Nak show off kereta baru kat kampung, boleh gitu? Muahaha..

p/s: Sekarang musim jagung berbuah kat Ladang Ayah. Siapa berminat nak beli jagung boleh contact aku ya πŸ™‚

Jagung Madu Gred A sebiji RM0.65sen. Seguni ada 100 biji = RM65 inggit
Jagung Madu Ged B & Gred C pun ada… murahh & sedappp tau

Permalink 3 Comments

>All time fav GN’R

August 5, 2010 at 1:07 pm (Uncategorized)

>

Slash – ex Guns N Roses guitarist will be performing in Malaysia! How cool is that?

Kalaulah. I mean seriously, kalaulah satu kumpulan GN’R perform kat Malaysia nih, sanggup aku berabis duit semata nak duduk front row.. haha.

Aku minat gila dengan semua lagu GN’R. Semua ok. Dengar je lagu derang buat aku rasa macam tenteram je jiwa. Dari zaman aku sekolah rendah lagi tau.

Dedulu, persekitaran zaman aku membesar agak tak best. Too many lost.. too much hurt.. and countless sacrifice. Kira tough la jugak life aku dari zaman bebudak sampai lah zaman muda-remaja. Kalau nak compare dengan adik-adik aku yang baru nak menjengah usia 20an sekarang nih, memang banyak berbeza beb. Pasal tu lah derang nih spoilt – manja terlebih. Tak boleh kena tegur. Malas nak usaha untuk masa depan sendiri.

Ops terlebih emo pulak. Ekceli aku geram kan adik no.6 & no.7. Derang nih ntah bila nak berubah gamaknya. Gereemm ok. Kalau berjanji tu, tak penahnya ditunaikan. Amik mudah je. Tak fikirkan kesan janji tu kat orang lain. Ingat adik-adik, orang munafik je yang suka mungkir janji nih.

Satu lagi, kalau aku call, manjanggggggg tak pernah berangkat. Pastu takde rasa tanggungjawab nak return call walhal naik berbelas miscall yang terpapar kat skrin telefon derang. Sampai aku kena call orang lain semata-mata nak bercakap dengan adik sendiri. Boleh???

Ok, stop. Aku kalau membebel kang, penuh satu blog nih.

Ikut suka lah. Memasing dah besar. Tanggungawab aku pun dah lepas. Aku dah tunjukkan jalan – dah bantu semampu yang boleh untuk memasing kejar cita-cita. Sama ada derang nak maju ke depan atau undur kebelakang, decide lah sendiri ye adik-adik.

Eh apa nak cerita tadi? GN’R? Haih.. nantilah, layan lagu kat bawah nih dulu. Nak duduk bawah aircond jap.

It’s Alright by Guns N Roses

Told you once about your friends and neighbors
They were always seeking but they’ll never find
That it’s alright, yes it’s alright
Where to go, Where to see
It’s always been that way and it can never be
but it’s alright, yes its alright
Give it all and ask for no return
And very soon you’ll see and you’ll begin to learn
that it’s alright, yes it’s alright

Permalink Comments Off on >All time fav GN’R

>Shopping online

August 4, 2010 at 9:57 pm (Uncategorized)

>

Mamoru tengah tidur depan TV by time aku tulis nih. Ariff pun dah lama terlelap. Tinggal aku sengsorang je duduk menghadap pc sambil makan 6 biji Mochi yang aku beli kat Sakae Sushi KLCC siang tadi. Muak laa. Makan mochi banyak sangat.
Siang tadi masa surf internet, aku terjumpa satu website jual baju baby. Lawa-lawa laa pulak design dia. Laju je aku beli dua pasang baju & kasut untuk Ariff. Comel gila. Boleh buat baju raya.. hihi. Since aku memang takde masa nak keluar shopping (plus tanak berasak dengan orang ramai), shopping online nih kira mudah jugak kan? Praktikal.
Tak sabar nak tunggu parcel baju tu dipos ke opis.. huhu.
Oh, sebut pasal baju raya, I have none for this year. Maklum lah, perut makin membesar.. takkan nak tempah pulak 😦

Permalink 1 Comment

>My pregnancy

August 4, 2010 at 11:25 am (My Pregnancy)

>

I just loveeee being pregnant.. hihi

Kenapa?

Sebab bila pregnant :

Aku dapat melaram pakai maternity dress yang vogue!
Aku fefeeling diri sendiri semakin cantik.. ahahaha.. boleh?

Ok, seriously.

My pregnancy dah hampir 6 bulan. Suka! Kurang 4 bulan lagi, aku akan melalui proses bersalin untuk kali kedua. Double suka!

Tak ada apa yang berbeza antara pregnant kali pertama dengan yang kedua nih. Semua sama je. Tak ada morning sickness, tak ada craving yang bebukan. Pendek kata, semuanya dipermudahkan, alhamdullilah.

Berat aku sekarang 42 kg πŸ™‚

Persiapan untuk baby belum ada lagi. Rasanya tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau dulu punyalah awal aku beli barang baby, sekarang still boleh rilek lagi. Dah berpengalaman beb.. (berlagak).. huhu. Lagipun, barang Ariiff dulu banyakk. Boleh recycle. Cuma baju je lah nak kena beli.

Aku plan nak hire sorang day care maid / nanny untuk 2 bulan (sepanjang tempoh aku berpantang nanti). Tugas dia just jaga aku & newborn baby. Ariff pula aku akan hantar ke rumah pengasuh. Dan maid tu boleh pilih sama ada nak tinggal sekali dengan aku or just datang time bekerja je (aku prefer yang nih). Masalahnya sekarang, mana nak cari maid macam nih? Ada suggestion anyone? Hmm.. rasanya aku ada terbaca pasa confinement nanny dulu. Nak search website dia jap.

Oh, 11hb Ogos nih kita start puasa kan? Haih, naper lah KL tak cuti time ni kan? Tapi not to worry, aku dah apply cuti sempena menyambut 1 Ramadhan nanti. Buat adik-adik aku yang ada kat KL nih, moh datang berbuka ke rumah first day puasa nanti. Along masak spesel untuk kita-kita je πŸ™‚

Permalink 2 Comments

>Nak spend kat mana minggu nih?

August 3, 2010 at 10:36 am (Uncategorized)

>

Plan nak balik Melaka minggu nih. Nak mengecat rumah ayah & kemas apa-apa yang patut sebelum masuk bulan Ramadhan. Kang kalau dah start puasa, confirm tak larat nak buat keje berat-berat. Better siapkan awal-awal.

Tapi berbelah bagi nih. Family in-law aku ajak buat BBQ. Tak sampai hati pulak nak tolak. Family belah Mamoru nih jarang nak buat xtvt santai berkeluarga camnih. BBQ kat Kuala Selangor tuu beb! Heaven untuk penggemar seafood macam aku.


Tahun nih, insyaAllah semua adik-beradik balik beraya di Melaka. Sure cramp rumah kecik ayah. Tapi tak kisah lah, janji meriah.

Start minggu nih sampai lah raya nanti aku tak amibil job makeup. Cuti sekejap sempena bulan puasa.. dan nak focus pada family. Minggu kedua raya nanti baru aku start job makeup balik. Itu pun nasib baik client aku buat majlis kat Melaka. Dekat dengan kampung. Boleh la lari-lari jap makeup orang sambil berhari raya.. huhu.

Oh, sebut pasal jadual part time job makeover untuk tahun depan.. WHOA..wOw! Dah bersusun dah jadual aku sampai pertengahan tahun depan! Alhamdullilah, rezeki Tuhan bagi.

Itupun banyak job yang aku tolak sebab wedding / event derang clash dengan jadual aku berpantang (muahaha, berpantang pun ada jadual ke?). Bukan jadual berpantang laa. Time aku berpantang. Aku due awal bulan Disember nih (insyaAllah). Sepanjang bulan Disember sampai awal bulan January memang aku β€œcuti” makeup.

Aritu aku ada janji nak reveal gender baby dalam perut nih kan? Jeng.. jeng.. jeng.. It’s a BOY la geng! Another bodyguard for mummy.. huhuhu. Kecewa? No.. no.. no.. in fact, dari awal-awal lagi aku dah sediakan dua nama (lelaki & perempuan) untuk baby nih. Quote ayat standard yang biasa orang guna.. β€œTak kisah lah boboy or gegirl, janji baby yang lahir nih sempurna sifat, sihat & selamat semuanya”.

Permalink 3 Comments