>Shopping online

August 4, 2010 at 9:57 pm (Uncategorized)

>

Mamoru tengah tidur depan TV by time aku tulis nih. Ariff pun dah lama terlelap. Tinggal aku sengsorang je duduk menghadap pc sambil makan 6 biji Mochi yang aku beli kat Sakae Sushi KLCC siang tadi. Muak laa. Makan mochi banyak sangat.
Siang tadi masa surf internet, aku terjumpa satu website jual baju baby. Lawa-lawa laa pulak design dia. Laju je aku beli dua pasang baju & kasut untuk Ariff. Comel gila. Boleh buat baju raya.. hihi. Since aku memang takde masa nak keluar shopping (plus tanak berasak dengan orang ramai), shopping online nih kira mudah jugak kan? Praktikal.
Tak sabar nak tunggu parcel baju tu dipos ke opis.. huhu.
Oh, sebut pasal baju raya, I have none for this year. Maklum lah, perut makin membesar.. takkan nak tempah pulak😦

1 Comment

  1. Elyn said,

    >seronok gak beraya dgn berbadan dua ni!! AD mana gamabr ariff??

Comments are closed.

%d bloggers like this: