>Berkat Ramadhan

August 10, 2010 at 3:45 pm (Uncategorized)

>

Syukur sangat sangat.

Semalam dah pergi buat check-up. Alhamdullilah, baby dalam perut sihat dan selamat. Tak ada apa-apa perubahan kat degupan jantung baby. Kedudukan uri juga tak berubah. Masih diatas. Badan aku pun tak ada lebam. Rasa sakit pun dah totally hilang. Syukur ya Allah.

Ajaib kan. Kuasa Tuhan. Walhal, masa aku jatuh tu, aku tengah dukung Ariff. Dah lah jatuh terduduk, dengan Ariff jatuh atas perut aku lagi. Berat Ariff lebih 10 kg tau!

Apa pun, alhamdullilah sekali lagi. Kami bertiga selamat dalam lindungan-Nya🙂

Hari nih dapat satu lagi berita baik.

Guest what? Huhuhu..

Kompeni tempat aku keje nih dah setuju nak bagi 90 hari (3 bulan) cuti bersalin untuk semua staff dia – effective immediately!

Oh.. sangat tepat dengan masanya. Meaning to say, cuti bersalin aku akan bermula dari Disember tahun nih sampai lah Februari tahun depan. Bulan Mac baru start keje semula.. Heaven oh heaven!

Memula tu macam tak percaya jugak. Ingatkan just clerk je yang entitle. Rupanya Executive pun termasuk sekali! Alhamdullilah, sekali lagi syukur.

Tuu diaa. Berkat bulan Ramadhan. Semoga banyak lagi berita baik yang jadi untuk semua orang sempena bulan mulia nih.

Untuk semua kengkawan yang selalu jenguk blog ni dan selalu tinggalkan komen kat sini. Thanks sangat-sangat. Korang memang kawan yang terbaik. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak untuk korang semua! Ceria-ceria selalu tau.

Salam Ramadhan dari kami:

aD
Mamoru
Ariff
Baby A

5 Comments

  1. Iirakuu Miiraii said,

    >alhamdulillah.. both of u sehat.Selamat Berpuasa!

  2. nn said,

    >selamat menjalani ibadah puasa….

  3. Biqque said,

    >alhamdulillah…fiuh, kus semangat…

  4. Cik_daya said,

    >selamat menunaikan ibadah puasa..syukur laa akak n anak2x selamat

  5. imal's said,

    >selamat berpuasa akk. sib bek x ape2. Alhamdulillah..

Comments are closed.

%d bloggers like this: