>XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 2)

August 16, 2010 at 2:00 am (XPDC Gunung)

>

Found this one in my drafted entries. Fuiyoo.. gila lama gambar nih tak ber-publish. Since April okeh. Seriyes lama. Now what make me totally forgot to publish this one ek?

Since aku amik masa sikit nak suruh Mamoru transfer semua gambar dalam DSLR dia ke pc nih, kita layan dulu gambar XPDC aku ke Gunung Trusmadi & Tambuyukon di Sabah – XPDC first dan last aku dalam tahun nih (tahun nih je.. lepas bersalin sok, aku sambung naik gunung balik)

Untuk baca story XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1), sila klik kat tulisan bergaris tu ya🙂



Day 3 (Sabtu, 3 April 2010)


Lepas turun dari Gunung Trusmadi, kami terus gerak ke Poring. Plan asal nak bermalam kat Pos Monggis. Tapi memandangkan hari dah gelap masa kami sampai Poring, memasing dah berbelah bagi. Dengan perut yang agak kelaparan plusss badan yang penat gila baru turun gunung, untuk pacak khemah dan mengadap stove adalah perkara yang sungguh menguji mental & fizikal. Nego punya nego, dapat lah kami bermalam di Poring dengan kos yang sangat minimum (sewa dorm). Kalau ikutkan, kami tak boleh check-in kat situ sebab tak ikut prosedur. Tapi, alhamdullilah. Urusan kami dipermudahkan. Lega dowh. Boleh terus bersihkan badan dan tidur. Nak memasak pun senang. Tayah sesusah paya keluar stove, gas. Kat sana lengkap pantry semua.


Pukul 5.30 pagi kami bertolak tinggalkan Poring. Aku bantai membuta sepanjang jalan. Gelap. Ngantuk


Kami sampai Pos Monggis dalam pukul 7.00 pagi (as planned). Yang tak bestnya, kat sini kami diberi tag Gunung Kinabalu. Sengal je. Walhal kami nak mendaki Gunung Tambuyukon. Maybe pihak Kinabalu Park tak mementingkan gunung nih. Maklum lah, siapa nak mendaki gunung hazabbb takde view nih kan. Lain lah Kinabalu. View meletoppp. Taim aku bergambar nih, mata aku agak bengkak sebelah. Tataw menatang apa sudah cium mata aku malam tu. Oh, sila peratikan perut aku yang pregnant 2 bulan taim nih.. huhuhu

Route map ke Puncak Gunung Tambuyukon. Kalau tengok peta, macam senanggggg je route dia. Tapi dia punya hazabb, nauzubillah. Yerr, padan muka aku. Siapa suruh panjat dua gunung sekaligus!


Chua sibuk enterprem. Jejaka ini masih single ye uolss. Umur 29 tahun. Berkerjaya. Berkereta. Berminat? Sila cari blog dia.. huhuhuuhu (ampunnn Chua)


Starting point – Pos Monggis. Pendaki yang bermalam disini, kena pacak khemah kat kawasan lapang depan Pos Monggis nih. Rumah nih untuk guide je uolss. Kemudahan awam seperti tandas, paip air, ada disediakan. Cuma pada aku lah, tak begitu terurus lah. Maklum lah, pihak Kinabalu Park kan mementingkan kemudahan di gunung Kinabalu jer.


Taklimat dari guide sebelum bertolak.


Tu diaaa.. baru trekking tak sampai 15 minit memasing dah carik port untuk take 5. Trekk hazabbbbb uolss. Dia bagi pacak all the time. Pacak jenis tak hingat okeh. Naik.. Naikkkk Naikkkkkk je. Payah nak cari port landai.


Tak ingat log arr. Malas nak bukak gile cari dalam pc nih. Kalau tak silap aku, dalam sejam lebih baru kami sampai Pondok Kulat nih. Aku tak rehat lama kat sini. Pacattt banyakkk oiiiii.


Nih pulak Pondok Kera. Oh, setiap pondok perhentian, ada disediakan tandas (yang tak berapa nak terurus (tutup pakai kanvas je) dan jugak tong tadahan air. Kami stop sekejap je kat sini sebab memasing tak sesabar nak sampai kemsait.


On the way ke Kem seterusnya, Mamoru terjatuh dari tebing licin gara-gara kami tersilap trek. Tangan dia terseliuh. Oh, trek kat gunung Tambuyukon nih memang bahaya sikit. Kalau silap jalan memang sesat. Marking kurang / hampir tak ada.


Kem Wuluh. Pada aku kem yang agak hazabbbb. Dah la jalan ke sini penuh dengan pokok tumbang. Part nak turun dari tebing curam tu memang tak boleh blah. Tak penah-penah perut aku kecut sampai rasa nak termuntah tengok trek nih. Lutut menggigil beb. Tataw lah kalau tu pembawakan orang pregnant. Tapi aku rasa memang trekk nih hazabbb laa. Kami lepak sini dalam sejam. Lunch nasi lauk sambal sardin yang aku masak kat Poring subuh gaban tu. Nak makan pun jari menggigil-gigil. Saiko la gunung nih. Oh, ada sungai kecik kat sini.


Rehat sekejap. Taim nih tinggal aku berempat dengan Mamoru, Chua & Sweeper.


Kem Kepuakan (macam bunyik Ke-puaka-an pun ada kan?) Tapi aku tak berani nak komen lelebih. Kami sampai sini taim hari dah nak gelap. Magrib. Chua sempat berenang kat sungai ni. Besar jugak sungai dia. Kat sini, aku dah bajet, kompem kami kena trekking malam. Sigh.


Chua dan Mamoru depan sungai di Kem Kepuakan.


Taim kami take 5 kat sini, incik Sweeper pergi memcari durian hutan. Kebetulan musim durian hutan taim tu. Sedap jugak durian nih. Manis dan tak pahit macam buah durian kat Pasar. Buah dia pun kecik je. Besar tapak tangan. Kata incik Sweeper, kat hutan nih jangan makan durian sebarang. Ada jenis yang beracun.


Pukul 7.00 malam kami sampai kemsait. Gila penat. Saiko. Stress dan segala bagai lah. Penat sebab melayan trek yang hazabbbb & pacak sepanjang masa. Saiko sebab terpaksa melayan pacat yang berjuta banyakknyaa kat trek. Habis satu badan aku kena gigit okeh. Sepanjang 32 gunung yang aku daki kat Malaysia, Tambuyukon punya pacat lah yang paling hazabb. Gunung Bintang dan Gunung Bubu punya pacat pun tak camnih banyaknya.


Suami yang sentiasa membantu bila aku memerlukan. Punya la sabar melayan karenah wife dia sepanjak trek nih. Aku rasa Mamoru punya penderitaan di gunung di lebih hebat dari aku.



Day 4 (Sabtu, 4 April 2010)


Pagi di kemsait. Pagi tu memang aku tak sanggup dan tak larat langsung nak teruskan pendakian ke puncak. Tapi, ko nak kena bahan?? Kang ada yang cakap, “apa barang panjat gunung tak sampai puncak?”. Berkat dorongan dan semangat yang tinggal sipi-sipi je lagi, aku gagah kan jugak. Sebabnya, kalau aku tak sampai puncak, konpem lah Mamoru pun tak jejak kat Puncak Tambuyukon. Takdenya dia nak tinggalkan aku sengsorang kat kemsait tu.


Gambar hiasan. Banyakk lagi gambar lelawa yang aku snap sepanjang trek.


Trek ke puncak penuh dengan hutan buluh. Ada lah lebih kurang macam trek Bintang kat Kedah. Pacat masih ada ye.


Jeneral Kem. Take 5 kejap kat sini.Trek masih pacak dan mencanak. Bila jumpa kawasan rata tu, kira heaven seketika.


Gambar hiasan lagi. Memacam spesis dan saiz. Semua aku snap.


Hutan lumut dan duri.


Take 5 di celah dahan pokok. Jadi lah. Nak cari port rata susah sangat.


Starting ke puncak berbatu


Bahaya jugak kawasan nih. kat puncak batu nih lah aku terkandas masa otw turun. Hujan lebat + angin kuat. Tak berani aku nak melangkah. Takut kena terbang dek angin. Hujan reda sikit baru aku cecepat jalan.


Gila banyak puncak batu kat sini. Tajam dan curam. Kiri kanan gaung lak tu.


See what I mean. Bayangkan lah korang kena berdiri atas batu tu taim hujan lebat + angin kencang. Konpem mengucap awal-awal.


Punya lah jauh berjalan baru sampai Kem Wuluh. Kem last kat trek nih. Kata guide, Kem Wuluh & Kem Jeneral tak boleh dibuat kemsait. Ada ular besar. Hmm..


Permatang sebelum sampai ke Puncak Gunung Tambuyukon. Nampak Chua kat belakang tu?


Akhirnya sampai jugak kami ke puncak gunung Tambuyukon. Lepak sekejap je. Serjukkkk. Lepas makan terus gerak turun sebab langit dah gelap. Again, gunung nih takde view ok. Reception (phone) pun agak tenggelam timbul kalau nak compare dengan gunung Trusmadi sebelum nih. Seperti yang aku cakap tadi, taim nak turun memang hazab dengan hujan yang lebat + angin kencang. Kami sampai kemsait dah pukul 5 petang. Nasib baik barang dah siap pack awal-awal. Pekena megi macam orang kebulur. Masa kat kemsait nih, tinggal kami berempat je (aku, Mamoru, Chua & sweeper). Team yang lain (Che Jaafar, Che Lai, Talha & guide) dan turun ke Kem Kepuakan. Aku berbelah bagi naik tinggalkan kemsait sebab badan aku memang dah tak larat sangat. Kaki pulak start sakit. Lama kami trapped kat kemsait tu (sampai pukul 7.00 malam!). Tak boleh nak gerak sebab hujan lebat sangat. Memasing dah menggigil macam kena parkinson. Tapi, last-last kami decide untuk turun jugak sebab kami tak cukup camping gear untuk bermalam kat situ. Semua dah kena angkut dengan team yang turun awal.


Nih antara port gigitan pacat kat kaki aku. Port lain pun banyakk juga. Tapi agak sensitif untuk dipamerkan kat sini. Free je derma darah kat pacat. Ntah berapa puluh yang berjaya gigit badan aku dan berapa ratus pulak yang berjaya dibuang pun aku tataw. Tawakkal je. Kami berjaya sampai Kem Kepuakan dalam pukul 10.30 malam!! Team xpdc lain dah siap tidur lena dah. Nasib baik derang dah masakkan dinner untuk kami. Tenkiu kengkawan.



Day 5 (Sabtu, 5 April 2010)


Gambar kami sampai ke Kem Monggis tengahari esoknya tak ada dalam Sony compact aku. Nih gambar celebration kat KK Town – layan seafood. Aku adalah serious pewai sampai tak ada gambar taim hari last dalam hutan. Kat DSLR Mamoru ada kut. Kesian Mamoru kena pikul dua haversack sekaligus (salah satu tu aku punya laa). Maklum lah wife dia dah sampai tahap kritikal terpaksa berjalan guna dua tongkat. Penangan pregnant dua bulan!

Apa pun, alhamdullilah, dua gunung berjaya ditawan dalam xpdc kali nih. Dan syukur sekali lagi, baby dalam perut turut kuat semangat dan mampu bertahan dengan hobi gila mummy dia nih.

Next XPDC? Gunung Murud (aku nak grad G5) Tapi sila tunggu aku habis bersalin & berpantang.. huhuhu

5 Comments

  1. Elyn said,

    >ya allah camne ko handle pacat ek AD??? itu je yg aku nak tau hehehehe

  2. Biqque said,

    >pacat???? aaaaaaaaaaaaaaa!

  3. Iirakuu Miiraii said,

    >aD,1) ngeri ok panjat gunung2) ngeri ok, pacat banyak3) ngeri ok, dok dalam utan4) ngeri ok, ada ular besar5) hebat ok, tgh preggy pon leh panjat gunung!alhamdulillah, takde ape yg tak diingini berlaku except kena gigit pacat.

  4. faza said,

    >wau.. mcm susah giler gunung nih…tahniah…

  5. -: Fara_Lan :- said,

    >Wahhh… semangat saya baca cerita ad nie.. tp x taw la saya dapat mengharunginye ke x.. mmg kagum la ngan adMasa panjat nuang time ujan tu pun dah rase azabnye.. time balik banyak menurun bukit.. sampai kedua2 kuku ibu jari kaki tercabut.Lepas kawin lama dah x memanjat.. mmg rindu saat bergelar pendaki🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: