>Cuti raya dah approved!

August 24, 2010 at 3:16 pm (Uncategorized)

>

Cuti Raya dah approved. Suka. Suka!

Tahun nih, aku ambil cuti 11 hari.. huhu. Saja nak perabihkan annual leave. Tu pun masih banyak lagi cuti yang perlu aku habiskan dalam tahun nih. Malas nak carry forward. Maklum lah, start bulan Disember sampai March depan aku dapat maternity leave 🙂

Minggu lepas balik kampong Mamoru. Seronok! Antara xtvt yang kami buat kat kampong :-

Kami pergi shopping barang-barang dapur untuk nenek guna taim raya nanti (air botol F&N/Mirinda je belum beli. Nak beli awal-awal takut habis sebelum raya pulak). Kuih tayah beli sebab family Mamoru kan buat bisness kuih raya. So, memang banyak stok kuih raya kat rumah nenek 🙂

Kami tukar lampu & dedua paip besi sinki nenek yang pendek kepada paip yang tinggi dan boleh laras.

Kami pergi gunting rambut Tia dan belikan baju untuk dia (baju kurung je belum beli)

Kami jenjalan kat Pasar Ramadhan Kuala Selangor. Oh, sepupu Mamoru (Kak Nor & Arul meniaga kat pasar Ramadhan sana tau)

Ikutkan, bajet untuk belanja raya nih agak tight. Maklumlah, nak saving untuk baby yang bakal dilahirkan nih. Tapi, ntah lah. Malas nak berkira untuk orang-orang yang kita sayang.. Dapat tengok kegembiraan kat muka derang adalah satu kepuasan yang tak ternilai harganya.

Soal lain, belakang cerita. Lagipun, aku percaya pada rezeki yang Tuhan bagi.

Hmm.. sebut pasal rezeki, ada banyak rumours cakap bonus tahun nih mungkin bertambah sebab profit bank tempat aku keje nih adalah antara yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. We’ll see. Cuma tak sure bila dapatnya. Sama ada sebelum raya atau hujung tahun nih. Kalau dapat alhamdullilah.

Minggu nih ada tiga jemputan berbuka puasa:-

Kat rumah Juju – Pot luck dengan kawan-kawan sekolah Mamoru
Kat rumah Balqis – Pun pot luck style dengan kawan-kawan se-campus Mamoru
Kat Restoran Dorani – Buffet dengan kawan-kawan sekampung Mamoru

(Err.. majlis berbuka dengan kengkawan aku takde yer? Huhuhu)

Setakat nih, yang kami confirm pergi cuma majlis berbuka kat rumah Juju. Yang lelain tu, agak susah sikit lah,sebab derang buat majlis taim wiken. Taim wiken dibulan puasa nih, kami prefer spend dengan family / in-laws. Nak mengemas, mengecat, etc – banyak keje tuuu… Naper lah tak buat taim hari Merdeka ke? Kan cuti taim tu

Wiken minggu nih, kami spend di Melaka. Dengar cerita, ayah suruh orang tambah bahagian depan rumah. Takut tak muat rumah dia dengan anak-cucu balik beraya agaknya. Kami plan nak mengemas & mengecat rumah belah Melaka pulak minggu nih.

Dan kalau tak ada aral, minggu nih kami akan mengacau dodol. Best! Best! Dapat makan dodol cair yang fuhhhhh sedapppp gilaaaa!

1 Comment

  1. Biqque said,

    >YA ALLAHHHHH happening gile raya korang! best! make sure tangkap gambar n update nanti k?

Comments are closed.

%d bloggers like this: