>Dapat bonus!

September 2, 2010 at 12:49 pm (Uncategorized)

>

Raya dah dekat.. (kenapa cepat sangat nih?)

Minggu lepas, as planned, kami balik Melaka. Spend masa dengan mengecat rumah ayah. Penat wooo.. penat gila.

Kami cat dari ruang tamu sampai lah ke dapur. Even siling dan ruang tamu extra yang ayah baru tambah tu pun kami cat juga. Double layer tau. Buat undercoat putih dulu (sebab sebelum nih kaler dinding rumah warna hijau) pastu baru balas dengan cat kaler kuning air.

Lepas cat, kami tukar tikar getah baru pulak. Semua nih kami berjaya siapkan dalam masa satu hari tau! Hebat tak hebat kami nih!!(terima kasih adik-adik yang sanggup balik kampong tolong mengecat minggu lepas).

Sekarang tinggal nak beli sarung kerusi baru & tikar rotan / buluh je. Nak letak karpet memang sangatttt tak sesuai. Sebab rata-rata family aku ada asthma. Kang tak pepasal semua semput taim raya huhuhu.

Hari Merdeka aritu pulak, kami masak dodol!!

Aku & Mamoru yang sponsor untuk bajet buat dodol nih. Nenek just sponsor resipi sambil jadi mandor🙂

Kejap lagi aku upload gambar kami mengacau dodol ek. Tungguuuuuu…

Oh, ada dua berita best dan satu yang tak berapa nak best.. hihihi.

Berita best 1:
Esok, hampir semua staff kat kompeni nih dapat bonus! Alhamdullilah, aku pun tak terkecuali. Minimum, officer dapat 4 bulan bonus. Which mean, setiap officer dapat lebih 5 angka bonus! Alhamdullilah, syukur sangat. Murah rezeki kami.

Berita best 2:
Dan sebelum raya nih, insyaAllah semua staff kat kompeni nih akan dapat ex-gratia sebanyak 4 angka! (apart from bonus). Durian runtuh betul. Alhamdullilah sekali lagi. Rezeki Tuhan bagi.

Dan.. berita tak berapa nak bestnya:
Memandangkan aku baru belum cukup setahun keje kat kompeni nih, semua bonus yang aku dapat nih akan di masukkan ke dalam akaun aku pada hujung tahun nih … tssskkk… Takper lah, janji dapat, ye tak. Quote ayat colleague aku kat opis nih.. “Rilek lah, staff lain kaya esok, ko kaya hujung tahun nih”..

Yolah tuu..

7 Comments

  1. Biqque said,

    >ya Allah bestnyerrrrrrrrrrr! ni nak keje sana nih!

  2. Deqna said,

    >bestnya dapat bonus.. kiterang yg keje kat bapak bank nie boleh tahun ni takde bonus… huhu

  3. akmaliz@r said,

    >syukur alhamduliliah ad…tkpela…org ujung taun da abis duit..awak byk lg duit..la..la..la..tu yg syiok tu..tk yah risao2…

  4. Biqque said,

    >aD, jom masuk contest i :Dhttp://biqque.blogspot.com/2010/09/photo-challenge-balik-raya-dah-ready.html

  5. zamrita said,

    >waaaaaaaaaaa…ad boleh la belanja saya….

  6. atty's said,

    >takpe..org dah abis..ad..lak kaya nanti ..kty pun syukur.tiap raya mesti dpt bonus..utk tahun ni lebih dr tahun lepas..huhuhuh.syukur.Selamat hari raya ..andai ada salah dan silap sepanjang berblogging..nie kty minta ampun dan maaf..

  7. Ruziawati Bukhari said,

    >ad.. syukur dengan rezeki hari raya.. suka tgk goodie bags yg u dapat masa bersahur bersama fafau dan fbi.. nak tengok gambar raya.. ngeee…

Comments are closed.

%d bloggers like this: