>Mamoru outstation

October 5, 2010 at 4:39 pm (Uncategorized)

>

Minggu ni minggu ke-3 Mamoru outstation. Tak Jauh pun. Ke Ipoh je. Jadi lah aku weekend wife start dari naik cuti raya aritu. Sedih. Tu pasal mood agak mandom nak mengupdate entry taim raya. Seriyes sedih woo. First taim kena tinggal lelama camni ok.

Minggu pertama Mamoru pergi, aku macam rilek je. Tak sempat nak rasa rindu ke apa sebab terkial-kial menyusun jadual untuk buat keje sendiri, e.g., pegi keje sendiri, pegi beli barang dapur sendiri, manage hal kat rumah sendiri, jaga Ariff sendiri, etc. Penat sangat sampai tak sempat nak fefeeling rindu.

Selalu kalau Mamoru ada kat rumah, aku bagai permaisuri uolss. Kemas rumah sesikit je. Selebihnya Mamoru yang kemas. Ariff pun Mamoru laa yang duk berjaga buat susu taim malam. Bila Mamoru takde ni.. tssskk.. Macam mana lah orang lain boleh tahan hidup berjauhan dari suami ek? Terus terang cakap lah, aku tak boleh beb..

Minggu ke-dua Mamoru pergi, air mata aku dah start bercucuran. Rasa cam hopeless, helpless segala ‘less’ bagai. Tapi, Mamoru buat magic. Dia balik awal suprisekan aku. Terasa bermakna semula hidup ni.. hik

Minggu ketiga (minggu nih la). Baru je nak steady-ateady. Tapi ada dugaan laa pulak. Ariff demam panas. Kejap kebah, kejap mendadak naik suhu badan dia. Rindu Mamoru la tu (mummy pong rindu daddy gak). Semalam aku dah amik EL jaga Ariff. Hari ni kena pegi keje jugak. Tak tahan sebab banyak sangat call urgent dari opis.

Harap Ariff cepat sembuh. Dan harap aku lebih tabah dalam keadaan sarat preggy camnih.

Untuk Mamoru, jangan risau. Semua ok kat sini. Jangan risau ok. Kosentret on keje tau. Nanti lepas semua settle, kita pegi cuti-cuti ya. Last vacation sebelum baby A Jr. lahir🙂

1 Comment

  1. Elyn said,

    >patut la lama tak update blog… AD blog i dh tukar link tau… http://faizlyn.blogspot.com

Comments are closed.

%d bloggers like this: