>Aku pulak nak demam

October 15, 2010 at 1:35 pm (Uncategorized)

>

Ah sudahh.. aku pulak dah start rasa nak demam. Dari malam tadi tekak dah start perit (tapi pagi nih masih tegar minum Slurpee hihi – beli kat depan Puduraya).

Malam tadi ada nada-nada merajuk dengan Mamoru.

Petang semalam, Mamoru call. Dia cakap dia kena balik KL (malam tadi) – ada meeting urgent kat opis pagi nih. Aku apa lagik kan.. terus bersemangat tunggu dia balik – tak sabar nak bermanja nih.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.. tengah malam tadi dia call cakap tak jadi balik laa pulak. Sedih ok. Dalam keadaan badan yang agak tak sihat, emo aku mula laa tak tentu arah.. laju je air mata nih keluor. Tapi sekejap je lah, Mamoru pandai memujuk. Lembut betul suara dia minta maaf.Terfeeling sekejap dibuatnya. Dan dan tu gakk mood berubah jadi ok. Hik.

Oh, Ariff dah semakin sihat. Alhamdullilah. Dah dua petang berturut-turut aku bawa dia pergi playground kat bawah rumah. Tapi tak semua games aku bagi dia main. Tunggu dia bebetul sihat baru aku kasi lepas bebas🙂

1 Comment

  1. nn said,

    >semoga ad cepat chat…

Comments are closed.

%d bloggers like this: