>Jumpa kawan gunung!

October 19, 2010 at 3:59 pm (Uncategorized)

>

Last Sunday was the best! Dapat jumpa dengan kengkawan gunung! Seronok gila. Walau tak ramai, tapi cukup untuk mengembalikan nolstalgia dolu-dolu. Paling tak sangka bila terjumpa Pok Yie.. hahaha. Dia antara orang yang terawal menyebabkan aku addict mendaki gunung dari dulu sampai sekarang. Kalau baca balik entry blog nih dari tahun 2006, sure banyak keluar nama dia kat sini.

Pok Yie masih steady. Tak berubah seinci pun. Masih kurus kering.. hahaha. Kata Pok Yie, aku pun dah banyak berubah. Makin kurus katanya!??? Biar betul Pok Yie nih. Aku yang sarat 8 bulan pregnant dikatakan kurus? Apakah? Adekah aku gemuk masa memula dia jumpa aku dulu? Tapi takpe, I likee.. hihihi.

Nak upload gambar kami gegamai masa hari Ahad aritu, tapi memory card kat Mamoru laa.. Nenanti lah (kalau ingat hihi).

Bila dah jumpa kengkawan gunung nih, mula lah aku rasa tak senang dulu. Mula lah semangat nak mendaki gunung tu kembali berkobar-kobar. Padahal tak sedor diri tu tengah sarat. Tsskkk.. takper,. takper.. sabo.. Tunggu baby A Jr besar sikit, baru lah aku sambung balik niat nak buat trip mendaki gunung Murud. Harap by 2011, gunung Murud berjaya ditawan!

Susah kan bila dah jadi penggila gunung nih. Dulu aku bajet, bila dah kahwin, dah beranak-pinak, konpem tak lalu dah nak masuk hutan. Tapi yang jadi adalah sebaliknya. Kena pulak kahwin sesama penggila outdoor. Memang ada harapan anak-anak aku kena heret masuk hutan lepas nih.. hihi.

Tentang cuti maternity

Tak sabar nak cuti bersalin. 3 bulan beb! Hihi. Rasanya seminggu sebelum due date, aku nak ambik MC seminggu. Entitlement untuk MC kat opis nih 30 hari. Ikutkan hati, nak je aku sambung MC dengan maternity leave sekali.. Dapat 4 bulan cuti direct! Tapi takmo lah.. bukannya produktif pun kalau duduk terperuk kat umah. Bosan nanti.

Apa pun, insyaAllah aku akan start bercuti pada minggu terakhir dalam bulan depan.

Oh, Mamoru dah janji nak ambil cuti seminggu masa aku deliver nanti.. yahoo! Memang aku perlukan dia sangat taim tu. Yelah, untuk orang yang takde mak / mak mentua macam aku ni, siapa lah lagi yang boleh aku harapkan untuk jaga diri ni selain dari incik suami sendiri.. kan? Kan? Kan?

%d bloggers like this: