>Merapu di petang hari

October 20, 2010 at 5:14 pm (Uncategorized)

>

Dah sampai hujung-hujung pregnancy nih, mula lah rasa sakit-sakit kat bahagian tuuutttt. Jalan pun dah bersepah. Tak boleh nak control straight ala-ala model catwalk lagi dah. Takper, aku redha – tinggal sebulan lebih je lagi.. takper.

Nak merungut lelebih pun tak boleh. Setidaknya, aku patut rasa bertuah dan lebih banyak bersyukur sebab untuk kedua-dua pregnancy aku tak pernah kena morning sickness, bengkak kaki, sakit belakang or etc. Paling mengejutkan bila kaki langsung tak cramp ke haper. Yes, tak ada ok. Menakjubkan bukan? Harap proses kalahiran baby A Jr turut dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Baby A Jr semakin kuat. Setiap pergerakkan dia boleh buat perut aku bergerak-gerak. Kengkadang kalau duduk-duduk kat tempat awam, aku akan sorok perut aku dari pandangan orang. Bukan apa, tak suka lah kalau orang duk tenung. Kena pula taim baby A Jr bergerak-gerak. Memang obvious sangat. Sure semua orang notis kaki / tangan dia menunjal perut aku dari dalam.. hik.

Lately aku suka sangat makan ais. Makan, bukan minum ok. Punya lah aku gila makan ais sampai aku sanggup kunyah kiub ais dari fridge tetiap malam. Dulu, aku marah sangat kalau adik-adik aku suka kunyah ais. Tapi sekarang?? Look who’s talking, katanya. Paling dasyat, kalau kiub ais dalam fridge habis, aku sanggup keluar pegi kedai beli ais kiub tau! Gila. Mamoru banyak kali tegur habit baru aku nih. Yer, aku tahu kesan jangka panjang kunyah ais nih. Tapii.. tapi… blame it to the pregnancy craving. Harap semua craving yang mengarut nih akan berakhir bila baby A Jr lahir nanti.

Sigh.

Tinggal sebulan lebih lagi nak bersalin. Takutnyaaa.. NO, bukan takut nak bersalin. Mengandung dan bersalin adalah satu perkara yang sangat seronok (seriyes ok). Cuma yang tak seronok adalah proses berpantang. Tidakkkk. Aku tak sanggup bergelumang dengan bengkung, kena lumur dengan rempah ratus yang busuk, kena paksa makan ubat yang blearghhh.. oh, oh, aku nak pingsan.

Helppp me.

2 Comments

  1. eT said,

    >dlm pantang mmg rimas ngan mende alah tu sume…tp jap jek nnti dah abes 44hari..heeheh

  2. suezety said,

    >org ckp kan cik senget, if suka makan ais nnt baby awak beso..

Comments are closed.

%d bloggers like this: