>Merungut manja

October 20, 2010 at 11:30 am (Uncategorized)

>

Makin sarat nih, makin mencabar pulak rutin harian aku.

Tambah pulak Ariff sekarang suka sangat tidur lewat. Pukul 12 tengah malam pun belum tentu dia nak tidur lagi tau. Sangap aku dibuatnya. Sampai aku terpaksa tutup semua lampu, tv, pc dalam rumah pastu pretend tidur atas katil dalam bilik.

Itu pun dia amik masa gak nak join aku masuk tidur (Oh, Ariff tak takut gelap. Aku memang tak suka takut-takutkan dia especially bab-bab momok / hantu). Agak-agak dia rasa sunyi sepi takde orang melayan, baru lah dia masuk bilik, panjat katil baring sebelah aku. Tuuuu punnn amik masa gak untuk dia terlelap. Golek sana sini, duduk, angkat kaki, turun semula dari katil pergi keluar bilik, pastu masuk balik panjat katil.. Pendek kata, sampai aku tertidur dulu laa nak menunggukan dia tidur.

Tau-tau je bila bangun, hari dah siang. Ruang tamu bersepah, baju berlonggok tak sempat berbasuh, sinki penuh, dapur berminyak tak sempat nak lap, etc, etc.. Nak kemas dah tentu lah tak sempat. Letih wooo. Taim-taim camnih mula lah otak asyik fikir nak cari maid je.

Nak dapatkan maid memang tak ada masalah. Cuma yang aku tak suka, bila terpaksa tinggalkan anak sendirian dengan maid. Susah laa. Aku bukannya senang nak bagi kepercayaan kat orang jaga anak. Even dengan babysitter yang ada sekarang nih pun amik masa lama gila untuk aku bebtul percaya. Unless, kalau aku full time duduk umah, boleh lah aku monitor maid tu. Nak tinggal buta-buta camtu je, aku tak sanggup der.

Abis tu camner?

Macam mana la ek bila dah tambah lagi sorang anak nih? Makin kelam kabut ke, makin ter-organize life aku nanti?

Hmm.. think positive. Orang lain boleh buat takkan aku tak boleh kan? Lagipun, arwah mak aku dulu, lagi laaa hebat. Selamber je jaga 10 orang nak-anak dia termasuk aku nih hah. Takde pun komplen-komplen.

Takper, insyaAllah aku boleh buat. Go mummy aD!!!

2 Comments

  1. CuppyCakeMommy said,

    >hurmm..sama lah ngan i juga..letih sangat bila rasa bangun pagi rumah sepah2..tapi nak amik maid cam tak percaya pula..mcm2 cerita dengar..so nak tak nak kena sabar je.kena tutup mata lah tgk rumah yang di landa ribut taufan itu

  2. mEiZ SHA said,

    >go mummy!!!..go mummy..!!!hehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: