>Ariff & Upin @ Chillis

October 21, 2010 at 2:03 pm (My precious Ariff)

>

Pagi nih dapat berita yang tak best. Salah seorang colleague kat opis nih akan ditransfer ke Region Office. Reason being, dia punya keje tak up to her immediate supervisor punya expectation. But the truth, semua orang kat sini tau. Kan aku dah cakap kat sini ritu, boss dia jenis meroyan. Suka letak kesalahan kat staff dia walau terang-terang diri sendiri yang bersalah. Kesian member aku nih. Tapi Apa pun, aku tau dia akan lebih hepi kalau duduk Region. Sure lebih aman dan tenteram kalau nak dibandingkan dengan environment tak sihat kat HQ nih.

Semalam aku dapat tau adik no.4 dah balik Kelantan semula. Nih pun satu masalah. Tapi takpe. Biar dia rilek amik angin kat sana dengan anak-anak dia. Sok lusa, kalau dia ready, aku suruh dia balik Melaka semula. Ada projek yang aku nak dia involve. Harap dia setuju.

Oh, adik no.6 bakal melahirkan baby dalam jangka terdekat nih. Estimated in two weeks time. Blog dia pun dah lama tak berupdate. Dah tak larat sangat la tu kut. Dia duk risau bila gynae kat salah satu private hospital nih advise dia suruh buat ceaser semata-mata sebab tinggi dia tak cukup. Adik aku nih memang kecik orangnya. Tapi jangan risaulah. Arwah mak kami dulu pun sama tinggi dengan adik no 6. Tak penah kena ceaser pun. Sepuluh orang anak dia semua lahir normal. So, jangan takut ok. Caiyok!

Lupa pulak nak update, my SIL Sue pregnant lagi. Dah dua bulan lebih rasanya. Fuhh, bertambah ramai lah cucu atok Dollah. Boleh dikatakan tetiap tahun ayah aku akan dapat 2 orang cucu sekaligus!

2007 – Aisyatul Ayuni & Nurul Jasmin
2009 – Ariff Fadzillah & Hanis Sophia
2010 – Baby A Jr & Baby adik no.6
2011 – Baby SIL Sue & Baby siapa pula next ek? Hihi

Best kan?

Anw, layankan je lah gambar Ariff masa kami dinner kat Chillis aritu. Ariff siap bawak kawan dia, si Upin ikut sama.. hihi

Kami terpaksa ambil 2 baby chair untuk Ariff & Upin masa makan kat sini tau. Ariff demand layanan sam rata

Kasih sayang, gurau senda pun kena bahagi sama rata gak🙂

Ariff & daddy share fries. Si Upin tu pun dia nak suapkan sekali. tapi aku tak kasi.. kang kotor kena sos pulak

Mummy punya dinner🙂

2 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >sama lah upin kita :)xoxo,Nuhaelissmiejunior.blogspot.com

  2. Biqque said,

    >logik ke sbb tak cukup tinggi kena ceaser? wah camtu plak ek…

Comments are closed.

%d bloggers like this: