>Contraction

October 25, 2010 at 1:24 pm (My Pregnancy)

>

Malam tadi, start dari pukul 10 lebih sampai lah ke subuh aku tak boleh nak lena. Selang 15 minit sure aku rasa sakit pinggang + sakit belakang + perut menegang + sakit macam nak berak. Nervous ok. Braxton Hicks kah? Dah macam sakit labour yang real je nih.

Mamoru pun tak boleh tidur bila tengok condition aku. Dia siap pack kan semua baju aku nak bawak pegi hospital.

Note: Oh, lupa nak inform, Mamoru balik rumah malam Sabtu aritu. Sanggup dia drive jejauh semata nak spend cuti sehari dengan aku & Ariff.

Tapi aku refused. Aku tak rasa saat nak bersalin tu dah tiba. Baru 8 bulan.. so, takkanlah! Lagipun, kalau dulu boleh laa, asal sakit sikit je aku dah berdesuppp ke hospital. Sekarang, aku berani tangguh-tangguh sebab risau kalau aku kena warded nanti, siapa nak jaga Ariff? Mamoru masih kena outstation. Pagi tadi dia dah bertolak ke Ipoh semula.

Ikutkan rasa hati, nak je aku tahan Mamoru dari pergi. Tapi tak boleh la pentingkan diri sendiri. Dapat spent sehari dah cukup lah. Aku tanak Mamoru susah hati. Lagipun, macam yang aku cakap tadi, aku tak rasa timing untuk bersalin dah sampai.

Pagi nih dah kurang rasa sakit. Sekali sekala rasa juga perut nih menegang tapi tak lah seteruk malam tadi. Alhamdullilah. Harap baby A Jr mampu bersabar sampai expected due date nanti.

Apa pun, aku kena stanby jugak. In case of emergency.

Buat Mamoru, jangan risau. aD ok. InsyaAllah lambat lagi aD bersalin. Apa-apa nanti aD call ya🙂

2 Comments

  1. mEiZ SHA said,

    >take a gud care sis!!!pape hal cepat2 call orang terdekat ya..

  2. CuppyCakeMommy said,

    >take care ad..jangan lasak2 sangat taujangan dukung arif sangat..haihh..risau pula i baca..dah lah hubby jauh

Comments are closed.

%d bloggers like this: