>I like..

October 28, 2010 at 11:00 am (Uncategorized)

>

Semenjak preggy nih, Mamoru suka sangat tunjuk kasih sayang dia melalui hadiah. Salah satu sebabnya, maybe dia jarang dapat spend masa dengan aku. Tapi, tak kira macam mana sukanya aku bila terima hadiah, still tak sama dengan precious time yang hilang tanpa Mamoru disisi (cewahh).

Jadual keje Mamoru agak tunggang langgang. Dari kena pergi outstation 3 minggu (starting lepas raya aritu), dah melarat sampai 2 bulan (dan sampai sekarang, still tak tahu bila kerja dia kat sana akan habis). Aku tau Mamoru risau. Esp, bila aku punya due date makin dekat (less than a month now). Tapi takper lah. Sabar ye sayang (eh, aku pulak yang suruh dia sabar. Bukan sepatutnya dia cakap camtu kat aku? Hihi)

Mamoru ada survey keje kat Melaka. Kalau ada rezeki dia kat sana nanti, aku dengan rela hati sanggup minta transfer dari Maybank HQ nih ke Branch. Janji dapat dekat dengan Mamoru. Aku pun dah lama aimed nak beli rumah kat Melaka. Harga rumah kat sana sangat murah ok. Harga rumah banglo 2 tingkat (45×80) kat Melaka jauh lebih murah harga teres double storey (20×70 sempit gila) kat KL nih tau. Lagipun, aku dah plan nak buka butik pengantin kat Melaka tahun depan. Kalau tetiba Mamoru dapat keje kat sana memang molek sangat la tu! Semoga rezeki kami dipermudahkan (doakan untuk kami ya)

Anw, layan dulu gambar kat bawah nih :-


Mamoru bought this a couple weeks before raya. Asalnya, gelang yang Mamoru bagi masa nikah dulu putus (dalam box tu). Aku bawak ke kedai nak sambung semula, tapi tukang emas tu cakap possiblity untuk gelang tu putus semula memang ada. Tukang emas tu suggest aku trade-in dan tukar dengan barang kemas lain. Tapi aku berat hati lah uols. Gelang nikah tu. Sentimental value ok. Bila tengok aku macam hessitate je, terus Mamoru belikan aku gelang lain. Lebih besar, berat & bulky.. haha – takut putus punya pasal. Walaupun design agak old-fashioned, aku tetap suka – tahan lasak – Mamoru siap suruh pasangkan loceng bentuk love kat situ. Suka. Suka. Ka-chinggg. (Harga rahsia – jangan tanya)





Yang nih pun salah satu hadiah yang aku suka! Midnight Fantasy by Britney Spears. Aku suka bau dia. Sweet & Sexyyyyy. Sesuai dengan nama perfume nih. Botol dia pun cantik – kaler deep purple dan penuh dengan diamond-diamond. Mamoru beli masa dia visit kedai bebas cukai. Harga RM250.00 (100ml). Masa dia bagi hadiah ni masa dia balik outstation dua minggu lepas kut. Tak ingat lah.. hihi.





Perfume nih pun Mamoru belikan aritu. Fairy Dust by Paris Hilton – RM200.00 (100ml). Tapi yang nih dia belikan sebab dia tau aku suka. Aku pernah beli perfume nih dulu (tapi yang 50ml laa). Wangiiii. Sampai ramai colleague kat opis nih hehari tanya aku guna perfume apa.. hik. Bila aku cakap Paris Hilton, memasing macam blur sekejap. Well, of course orang jarang beli perfume signature artis. Dulu, aku pun suka beli perfume fofular yang orang biasa beli (Dior, Ralph Lauren, etc) Tapi, perfume jenis common nih dah biasa sangat orang pakai. Tak suka lah bila jumpa orang yang pakai perfume sama bau dengan kita.





Ohh, yang nih bukan hadiah dari Mamoru. Nih hair perfume yang aku beli sendiri masa expo Makeup & Hairstyles kat Mid Valley minggu lepas. Suka bau dia. Floral & fresh. Jenama CanMake dari Jepun RM55++ (kalau tak silap). Kat Malaysia nih susah lah nak cari perfume untuk rambut. Ada takde pun, kat Bodyshop ada jual satu. Tapi itu untuk coloured hair. Bau dia pun semacam je.

Aku suka ada hair perfume bau floral / fruits nih. Buat orang rasa nak cium je rambut tu tau. Suka sangat rambut yang berbau wangi hehari. Penggunaan hair perfume adalah sangat praktikal tau. Yelah, nak syampoo + conditioner pastu nak keringkan rambut adalah mengambil masa yang panjang. Cuba imagine macam mana nak amik hati suami yang balik dari outstation taim tetengah malam buta? Ok, tang badan boleh lah disembur perfume. Tang rambut? takkan nak bubuh perfume badan – rosak lah rambut kan? Dan takkan lah nak pergi syampoo rambut dan-dan tu? Serrjukkkk wooo. Jadi hair perfume adalah solution terpantas!

Rambut panjang cepat buat kulit kepala berpeluh. Bila dah berpeluh, konpem start berbau. Dapat jenis yang jarang cuci rambut.. aduyaiii. Pastu kena pulak berasak dengan orang yang rambut panjang-mengurai-nampak-cantik-tapi-berbau *masyaAllah*.. Pastu boleh la pulak terlibas-libas kan rambut ala iklan shampoo sampai naik birat muka aku ni kena rambut dia.. ohhhhh boleh kena asthma aku kat dalam tren tu!! Moral: kepada yang free hair tu, bau badan dan bau rambut adalah sama penting hokay.



Ops, dah lari topik. Gtg.

5 Comments

  1. Elyn said,

    >hihi tp mana gambar terbaru u beb??

  2. jesnita_ns said,

    >aD..moga momoru ada rezeki di Melaka…dan blh try test make up aD..hehehe…mmg betul harga umah di Melaka ni murah..cepat rebut sebelum kehabisan..hehehe

  3. mEiZ SHA said,

    >ehehhehuishhh rambut pon ada perfume ye sis..:)

  4. Atia Adina said,

    >bestnya dapat banyak hadihhh….paling best hadiah gelang tu….mesti riban kan

  5. yatie said,

    >Bestnyer Ad.. selama sy kawin dah hampir 3 thn.. dah ada anak sorang.. hubby tak pernah bagi hadiah.. tp setiap kali birthday dia & anniversary kami, sy tak pernah miss bg hadiah dan buat surprise utk dia.. pilunya hati ni.. jealous tgk keperihatinan husband Ad.. bertuah Ad.. bln 11 ni anniversary kami yg ke 3.. sy akan tetap lakukan sama spt tahun sebelumnya…😦

Comments are closed.

%d bloggers like this: