>Stress

October 29, 2010 at 12:56 pm (My Pregnancy)

>

Tadi pergi checkup kat Al-Islam.

Paras darah aku turun lagi. Dari 9.8 (awal bulan aritu) dah jadi 7.9 je tadi. (Paras normal adalah 11). Dr Rusila cakap, aku kena Anemia in Pregnancy. Meaning, kalau tahap kepekatan darah dalam badan aku terus menurun, aku akan berhadapan dengan dua masalah :-

1. Tumpah darah masa bersalin
2. Baby dalam perut tak cukup oksigen

Atau dengan kata lain, boleh menyebabkan maut pada mummy / baby.

Ok, scary.

Aku tau nih semua berpunca dari sikap aku yang suka skip makan ubat (sebab ubat dia besar, busuk, pahit, bila makan rasa nak muntah, dsb). Haih.. takper, takper. Demi keselamatan baby (dan diri sendiri), dengan ini, saya berjanji akan makan semua ubat on time.

Tadi timbang berat. Alhadmullilah naik sekilo. Sekarang dah 44 kg. Tapi still macam tak puas hati juga. Tahun lepas berat aku masa nak deliver Ariff 50kg ok. Haih.. risau, risau. Aktif sangat ke aku tahun nih? Tapi, aktif tu perkara yang baik kan?

Aku rasa, maybe sebab Mamoru takde kat sini kut so takde siapa yang monitor pemakanan aku. Aku jarang masak (unless simple dish for Ariff), Selalu makan pun taim kat opis (itupun kalau sempat – banyak keje ok). Bila balik kat rumah memang konpem tak makan. Kalau tapau pun konpem tak makan jugak. Sebabnya, sibuk layan Ariff. Kang kalau aku makan depan Ariff, sure dia merengek-rengek nak makan sama. Lauk pauk aku dah tentu lah pedas sokmo. Tak sesuai untuk perut dia. Pastu, bila dia dah tertidur, aku pulak tak lalu nak makan sebab terlalu penat atau terlupa atau makanan dah sejuk😦

Ohh.. alangkah indahnya hidup kalau Mamoru ada kat sini.. tsskkk. Sure semuanya akan lebih teratur.. tsskk tsskk.

Apa pun, alhamdullilah, perkembangan baby dalam perut normal. Berat baby pun dah bertambah jadi 2.3 kg. Harap berat dia akan sama macam Ariff bila dilahirkan nanti (3.7kg). Senang nak jaga. Tadi try nak scan 3D tapi baby tanak tunjuk muka. Sedih. Maybe sebab Mamoru takde kat situ tadi so, baby merajuk tanak tunjuk muka. (Takper lah sayang, next two week kita try scan lagi ya. Mummy bawak daddy sekali ok?).

Alrighty, its time for the pregnant lady makan ubat. Roger n out.

p/s: Mamoru balik malam nih🙂

%d bloggers like this: