>Menunggu hari

November 24, 2010 at 3:12 pm (My Pregnancy)

>

Hari yang sedikit stress kat opis.

Ikutkan hati, nak je aku MC hari nih. Biar tinggal buntang je keje yang berlambak atas meja. Biar padan muka certain people yang sangat buat aku menyampah kat dept nih.

Tapi tak boleh beb. Akal aku cakap tak boleh. Dia suruh sabarrrr… Takpe, esok last keje (insyaAllah). Jumaat aku ada pregnancy check-up. Pastu boleh melepak kat umah sampai deliver nanti.. haha.

Oh, just for update, kandungan aku dah genap 38 minggu. Masa aku lahirkan Ariff tahun lepas, kandungan aku genap 39 minggu. Meaning to say, just tinggal beberapa hari je lagi untuk aku lahirkan baby A Jr (whoa, cepat betul).

Apa pun sebelum aku deliver, aku just nak jot down tentang pregnancy kali kedua nih kat sini. Untuk kenangan dengan anak-anak nanti:

Setakat 38 minggu aku pregnantkan baby A Jr, alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Sama macam aku pregnantkan Ariff dulu. Langsung tak ada masalah. Takde morning sickness. Tak ada cramp atau sakit-sakit macam perempuan pregnant yang lain. Takde masalah kesihatan. Takde bengkak kaki atau tangan. Takde stretch mark. Takde berat badan berlebihan, dan aku juga tak perlu bersusah payah nak berdiet or exercise or beli produk penjagaan badan semata-mata untuk dapatkan berat badan asal. Malah masa lahirkan Ariff, aku boleh jadi berani sampai boleh cakap dengan Dr yang aku tanak guna apa-apa drugs. Bukan nak berbangga dengan kelebihan yang Tuhan bagi. Cuma sekadar nak berkongsi tentang pengalaman sendiri. Lagipun, untuk kelahiran kali kedua ni belum tahu macam mana lagi. Harap kelahiran kali nih turut dipermudahkan oleh-Nya.

Buat ibu-ibu yang pernah merasakan pengalaman mengandung dan bersalin yang teruk sampai buat korang phobia / trauma dan sanggup menahan tekanan mental akibat perubahan bentuk fizikal badan, korang adalah insan yang hebat! Kalau aku kat tempat korang, ntah macam mana pulak agaknya.

Advertisements

Permalink 3 Comments

>Tak jadi

November 23, 2010 at 3:50 pm (My Pregnancy)

>

Ahaha.. tak jadi pergi checkup hari nih. Semalam aku call Al-Islam, suruh postpone appointment ke hari Jumaat nih.Tak rela der aku kena induce. Aku insist Dr Rusila yang buat checkup untuk aku Jumaat nih.. hihi. Aku dah biasa dengan Dr Rusila dari pregnantkan Ariff dulu. Tak best lah kalau checkup dengan Dr lain.

Maklumlah, dalam kes aku, sejak dari Ariff lagi, baby dalam perut memang besar (compare dengan saiz & berat badan aku masa delivery). So, bila jumpa Dr lain dan dia bagi pendapat lain pulak… for sure aku cuak. Apa pun, biar aku dengar pendapat Dr Rusila dulu, pastu baru decide sama ada nak cepatkan delivery or nak tunggu due date.

Start next week, insyaAllah aku akan mula bercuti panjang sampai lah bersalin nanti. Sepatutnya minggu nih aku dah ambil cuti. Tapi aduyaii.. keje banyak lah beb. Daripada henpon aku asyik berbunyik taim aku cuti, better aku settlekan apa-apa yang patut dulu. Kalau tak, sampai dalam labour room pun nak kena jawab call dari opis.

Persiapan untuk sambut baby baru dah complete. Last week masa cuci baju baby yang dibeli dan kumpulkan baju Ariff masa baby dulu, mak aihhh punyalah banyakkk. Mitten dengan booties je dah berpuluh-puluh pasang.. haha.

Persiapan untuk aku pulak, takde apa pun. Maybe tambah stok kain batik. Taim berpantang nih, aku amat mementingkan kebersihan. Sebab taim tu aku cepat stress dengan bau ubat, rempah ratus, minyak urut, darah nifas segala bagai. Kalau boleh dalam sehari tu aku nak tukar baju sampai tiga empat kali. Taim berpantang jugak, aku lebih suka guna disposable panties. Senang – terus buang sekali dengan maternity pad. Habis cerita.

Untuk ubat or jamu pulak.. err, sorry ya, gua tak lalu nak telan la beb. So, memang tak pernah beli. Kalau orang nak kutuk or takutkan aku pasal consequences yang aku akan tanggung dihari tua akibat tak makan jamu, renti kan laa. Aku memang penakut makan ubat, apatah lagi nak suruh aku telan jamu. Lagipun, aku tak plan nak tambah anak gegamai. Pasnih pepandai la cari altenatif lain untuk maintain sihat. Unless ada invention untuk buat ubat berperisa gula-gula, baru la aku beli hihi.

Iklan: Aritu aku ada try makan tablet kalsium berperisa coklat macam gegula sugus dari jenama Abbot. Sedap woo. Tak penah aku makan ubat kalsium sampai cenggitu sekali sedapnya. Kan elok kalau semua ubat rasa sedap camtu. Tapi bila fikir balik, kalau semua ubat rasa sedap, kompem makin berlambak penagih dadah yang wujud nanti.. huhu.

Tentang bengkung. Kali nih aku dah order 4 helai bengkung dari orang kat kampung aku. Special handmade tau. Aku memang kagum dengan penciptaan bengkung nih. Sangat berkesan. Aku sendiri dah berjaya dapatkan kembali my flat tummy sebelum pregnant lepas lahirkan Ariff ok! First time aku pakai bengkung, sehari selepas lahirkan Ariff. Taim tu aku nak travel balik kampung dari KL ke Melaka. Pakai sendiri je sebab nak elakkan sakit kalau kereta langgar lubang ke haper.

Bengkung yang memula aku pakai jenis ada 2 tali (rasanya hampir semua jenama – sendayu tinggi, nona roguy, etc ada dua tali) Seriyes cakap lah, guna bengkung 2 tali nih memang mengkonpiuskan. Kengkadang masa tengah pakai boleh terlupa nak tarik tali yang belah mana. So, nenek aku perkenalkan bengkung buatan sendiri yang hanya guna 1 tali sahaja. Senang gila nak guna. Kalau kena pakai sendiri pun selamba je boleh buat. Yang penting, ianya sangat selesa. Nanti lah, ada masa aku tunjukkan cemana rupa bengkung nih 🙂

Permalink 1 Comment

>Selamat hari-hari

November 22, 2010 at 10:56 am (Uncategorized)

>

Weekend yang best. Spent masa sepenuhnya dengan family terchenta. Memang tak lepaskan peluang untuk bermanja sakan dengan Mamoru. Asal lenguh je Mamoru massage-kan, Nak makan or minum Mamoru ambilkan. Nak tidur Mamoru tepuk-tepukkan, Senang cerita, macam permaisuri lah aku kat rumah tu. Apa nak, just sebut je. Laju Mamoru sediakan. Kengkadang tu, aku sengaja auta sakit sini sana. Suka tengok Mamoru panik.. hihi. Comel je tengok dia kelam kabut.

Tapi bila masuk hari Isnin semula… terpaksalah back to reality. Terpaksa lah berdikari taim berjauhan nih. Tsskkk.

Esok ada appointment dengan gynae. Knowing Dr Norlida, aku rasa kebarangkalian untuk kena tahan ward esok memang ada. Tapi base on tahap kesihatan aku sekarang nih, sebolehnya aku nak tunggu contraction or ‘show’ baru aku rela hati check-in masuk ward. Rilek la beb, aku tak puas enjoy lagi. Lagipun, tanak lah buat Mamoru risau sampai terpaksa berulang-alik kerja Ipoh-KL. Kesian dia nanti.

Unless kalau Dr boleh prove sebaliknya, aku pasrah je lah kan.

Update:

Lagi dua / tiga minggu, lading jagung ayah dah boleh dipetik. Weekend aritu, ayah petik banyakkkk baby corn untuk dijual. Sempat lah kami tolong ayah gegamai.

Adik lelaki no.2 accident. Dia & SIL Ida ok. Kereta je yang tak ok. Masuk bengkel seminggu. Mamoru offer dia guna kereta Mamoru yang lagi satu sampai kereta dia siap.

Oh, adik no.6 dah masuk hospital semalam. So far still takde tanda-tanda baby nak keluar. Hmmm.. ntah-ntah baby dia nak keluar serentak dengan baby aku kut?? Tak dapat aku bayangkan kalau duduk sebelah menyebelah dalam labour room dengan dia. Sure memasing tak boleh kosentret nak push – asyik gelak je nanti.

Permalink Comments Off on >Selamat hari-hari

>Selamat hari raya!

November 16, 2010 at 1:36 pm (Uncategorized)

>

Pendek betul cuti raya Haji nih kan? Ada ke sehari je.. tetengah minggu bekerja lak tu. Haih. Tapi takper, aku dah apply cuti straight sampai Jumaat nih. Boleh rilek kat rumah.

Mamoru? Dia balik malam nih. Cuti sehari. Pepagi Khamis kena sambung outstation semula. Ada ke patut? Sabar je laa aku dengan kompeni dia tu.

Ohh, semalam dapat berita yang best. Best untuk Mamoru. Kira best untuk aku jugak lah kan. Tak boleh nak reveal dulu. Tunggu dah confirm hitam putih nanti baru up kat sini.. hihi.

Ok. Itu sahaja nak cerita.

Selamat Hari Raya 🙂

Permalink 1 Comment

>Sabar ya, adik no.6

November 16, 2010 at 12:05 pm (Uncategorized)

>

Haih, kesian aku dengan adik no.6. Stess betul dia sekarang nih. Hari nih genap 40 minggu usia kandungan dia. Tapi still tak ada tanda-tanda nak bersalin. Mana dia tak stress, dengan orang yang asyik duk tanya bila nak bersalin, dengan dengar pendapat Dr yang berbeza.

Personal advice untuk adik aku ni:-

1. Jangan dengar cakap orang. Pengalaman semua orang berbeza. Ramai jugak pregnant mummy yang overdue tapi still derang ok je.

2. Stick to ONE gynae only. Kalau dah ada Dr yang kita confortable with, then stick dengan dia sahaja. Lain Dr, lain pendapat. Dr yang nak senang and cepat akan suruh kita induce or ceaser. Yelah, memudahkan keje diaorang dan menguntungkan pihak hospital.

Kalau ada Dr yang bercanggah pendapat, contoh macam, Dr A cakap pelvis kita kecik dan paksa kita pilih c-sec whilst Dr B pulak cakap, kita boleh bersalin normal, so, kat sini kita ada 2 choice.

1. Sama ada nak pasrah dan terima je c-sec, atau

2. nak berfikir positif dan percaya pada keupayaan badan kita untuk bersalin secara normal.

Aku jenis orang yang tak makan saman. Tak suka dengar mender negative. Misalnya, katakan lah ada orang duk cakap xpdc ke gunung XXX susah gila (ok, bear with me, ini adalah comparison yang aku suka nak explain). Route susah, cost tinggi, info susah dapat, etc bagai. Aku jenis orang yang suka buktikan mender tu adalah sebaliknya. Pada aku tak ada mender yang susah untuk dibuat. Aku akan lipat ganda kan usaha untuk cari info pasal gunung tu, dan try sehabis mungkin untuk dapatkan cost yang paling murah.

Satu mender aku suka bagitau kat diri sendiri, “kalau aku boleh bersusah payah tanggung penat, sakit, lapar, pastu berjaya lawan mental dan push badan aku to the extreme limit masa mendaki gunung (untuk trip yang hardcore), kenapa aku tak boleh buat perkara yang sama masa bersalin kan?”

Tapi bila semua usaha kita dah buat, dan kalau ditakdirkan kita kena ceaser jugak, kita kena terima. Cuma jangan give up sebelum tiba masanya ok.

Buat masa nih, untuk menggalakkan contraction:

1. Aktifkan diri. Banyakkan berjalan (bukan berjalan dalam rumah ok). Pegi lah shopping mall ke.. or meh datang rumah Along. Layan anak-anak buah. Jangan duduk termenung je. Nanti stress.


2. Sila aktif di bilik tidur. Nasihat nih agak censored tapi percaya lah – ianya membantu cepatkan bukaan pintu rahim.

Kengkawan blogger yang ada tips untuk cepatkan kelahiran, boleh lah share tips kat sini ya. Advice korang sangat lah diperlukan. Aku nak kasi nasihat lelebih takut terpesong lak. Kang lain lak jadinya. Aku pun bukan ada pengalaman overdue nih.

Permalink 2 Comments

>Check-up

November 15, 2010 at 12:18 pm (My Pregnancy)

>

Sabtu aritu pergi check-up kat Al-Islam Specialist Hospital dengan Mamoru & Ariff. Dr Rusila takde, so jumpa Dr Norlida je.

Perkembangan aku:

Berat badan just naik 1 kg je since last check-up. Berat aku sekarang 45.5kg. Still ringan kalau nak compare dengan last pregnancy. Tahap kepekatan darah still kurang dari paras normal. Yang ni tak payah check pun aku tau sebab aku ada beberapa kali terlupa nak makan ubat.

Doktor ada suggestkan aku makan hati ayam, kerang or segala mala makanan yang boleh menambahkan tahap kepekatan darah dalam badan. Tapiiii…. Aduyaii, jadi keje aku nak cari kedai yang jual lauk hati hehari. Nak masak sendiri, satu hal pulak. Larat kah? *Sigh*

Perkembangan baby A Jr

Alhamdullilah, so far tak ada masalah. Cuma Doktor Norlida terkejut tengok berat baby yang dah bertambah jadi 3.00 kg. Dua kali gak lah dia check untuk double confirm. Kata Dr, saiz perut aku kecik tapi baby besar. Meaning to say, kalau ikut kadar pertambahan berat baby sekarang, besar kemungkinan masa due date nanti, berat baby akan melebihi 4.00 kg!

Memula tu aku rilek lagi. Tapi bila Dr Norlida cakap dia nak force baby keluar by next Tuesday (sebab dia takut aku tak mampu push baby keluar kalau tunggu due date), terusss aku jadi keras. Force? Induce? Ohh, akak seram uols. First: berdasarkan cakap-cakap orang, induce adalah menyakitkan. Mungkin terpaksa menanggung hazab bersalin untuk tempoh yang agak lama. Second: Kenapa cepat sangat nih? Aku macam tak ready lagi (I mean, mentally). Dan Third: Mamoru jauhhh.. tsskkk.

Apa pun kita tunggu je Selasa depan..

*Sigh*

Permalink 4 Comments

>MAC Tartan: Mini Brush Set

November 11, 2010 at 10:16 am (Uncategorized)

>

As said & planned, I did went to M.A.C Tartan launch at KLCC last week. Love their combination of eye shadows but hate the packaging. Too colorful lah. Aku kurang gemar beli makeup dengan casing yang pelik-pelik nih (be it Hello Kitty or bebaru nih gambar kartun witch aperntah – sungguh la aku tak berkenan hihi).

Tak beli pun koleksi eyeshadows or blushers kat sana. Sebab saiz dia terlalu kecil. Kalau setakat nak beli untuk personal collection boleh lah. Purpose aku nak beli untuk tambah koleksi makeup for my bisness makeover. So, macam tak sesuai.

Tapi aku beli gak dia punya mini brush set. For personal use lah. Comel. Harga RM250.00. Memula fikir, aku rasa worth it lah untuk 5 pcs brush (since 1 pcs standard MAC brush punya harga je dah RM100++) Plus this mini brushes comes with colorful & cute sling bag lagik. Ada 3 set mini brush yang MAC jual. Aku pilih brush untuk face :-

Foundation brush
Blusher
Highlite
Shading
Eyeliner

But the saddest things is.. kat each of the brush tu tertera word “China”. Aduyaii spoil laaa. Made in China kah? Kalau betul, memang sengal. Frust ok. Logically, bila fikir balik amount yang aku belanjakan untuk 5 mini brush set from “China”.. ia adalah seriously tak berbaloi.

Tssskkkk.

Permalink 2 Comments

>Tentang anak-anak

November 10, 2010 at 11:48 am (Uncategorized)

>

Tentang Ariff

Ariff dah berusia 1 tahun 5 bulan. Gigi dah tumbuh hampir 8 batang. Atas 6 batang, bawah 2 batang. Tak ada masalah nak suruh dia berus gigi. Cuma kena perhati bebtul sebab dia suka sangat telan uban gigi.. hihihi.

Bab bercakap, belum pandai lagi. Tapi ada juga lah beberapa perkataan yang aku faham. Contoh:-

Ting = putting (pacifier)
Ti-ti = daddy
Nanak = taknak
Tatak = kakak
Nak = nak

Selebihnya, dia aci guna bahasa dia je. Pepandai aku la nak translate. Haru jugak lah.

Seronok kan layan keletah anak. Ariff pandai pikat hati orang dengan perangai dia. Kalau ikut aku pergi kedai runcit, Ariff suka sangat ambil apa-apa barang yang dia nak lepas tu letak atas kaunter suruh aku bayar. Kenkadang penuh kaunter tu dibuatnya. Penuh dengan snek dan makanan ringan. Terpaksalah aku pilih dan asing snek yang mana sesuai untuk dia.

Bila dah habis bayar, Ariff akan minta satu plastic barang dari aku. Dia takkan keluar dari kedai tu kalau aku tak bagi dia tolong angkat plastic barang. Comei sangat. Tergelak je orang kat kaunter tu tengok Ariff tau.

Bab makan, Ariff suka makan dalam pinggan sendiri. Bersepah memang toksah cerita lah. Tapi dia dalam proses nak belajar kan. Tahan je lah. Sekarang, setiap kali nak bagi dia makan, aku akan letak pinggan makanan dan secawan air atas meja kecik pastu secara otomatik Ariff akan datang dan duduk atas kerusi khas yang kami beli untuk dia. Ohh, Ariff tak minum pakai sippy cup. Dia lebih gemar minum macam orang besar-besar.

Aku tak sure sama ada Ariff tau atau tak yang dia bakal menjadi seorang abang. Tapi, awal aku pregnant aritu, Ariff suka sangat usik pusat aku. Memula tu aku ingat dia memang suka tengok pusat orang. Tapi bila perut aku semakin membulat nih dia suka kiss-kiss perut aku. Siap ada bunyik “muahhh mmuuuaahhh” lagi tau. Ada kah itu bermakna dia tahu ada baby dalam perut nih? Something kan? Hihih.

Tentang Baby A Jr

Minggu nih, usia kandungan aku genap 9 bulan. Tengah tunggu hari je nih. Kalau ikut due date, aku dijangka bersalin pada 8 Disember (paling lewat). Tapi kalau ikut pengalaman lepas, Aku lahirkan Ariff seminggu awal dari due date. So, most probably start dari 1 Disember nih aku kena stanby untuk delivery lah.

Kelengkapan baby, ok lah. Ikutkan hati, memang ada je yang nak dibeli. Tapi tanak lah belanja over sangat. Cuma kelengkapan untuk aku je yang belum cukup lagi. Tunggu Mamoru balik minggu nih baru settlekan.

Ohh, satu lagi part mengemas rumah. Nih pun dah lama tertunda. Banyak yang nak di re-arrange. Biar senang aku nak bergerak nanti.

Weekend nih ada appointment dengan gynae. Harap tahap kepekatan darah aku dah kembali ke paras normal or at least pun biarlah ada peningkatan.

Permalink Comments Off on >Tentang anak-anak

>Annual Dinner

November 9, 2010 at 4:00 pm (Uncategorized)

>

Lima hari tak berupdate.. huhu. Akak cuti dik nonn. Cuti keje (last Thursday), cuti MC (semalam) dan cuti weekend. Biasalah akak taim cuti mana nya nak menghadap blog. Busy uolls. Busy buat makeover lagik.

Hari nih pukul 4.00 petang dah boleh keluar opis.. hihi. Kan malam nih ada Annual Dinner. Sorang colleague aku kat sini siap prepare kan sepasang baju punjabi untuk aku tau. Terharu gila. Punya lah baik member aku nih. Tapi aku tak sure lagi nak pakai atau tak. Aku cam takde feel sangat nak join event nih (tho Mamoru awal-awal dah bagi permission untuk pergi). Kalau aku pergi pun, mostly maybe sebab aku nak makan sepuas-puasnya sebelum bersalin.

Apa pun, we’ll see. One thing for sure, aku akan makeupkan sorang colleague aku kat sini ala-ala pelakon hindustan 🙂

Permalink 1 Comment

>Cerita tentang Geram

November 3, 2010 at 5:54 pm (Uncategorized)

>

Tengah bengang nih. Bengang pada one of the Head yang buat colleague aku kena transfer aritu. Ohhh, sangat menyampahnya aku tengok mamat Punjabi nih. First time aku jumpa Punjabi perangai macam haremm macam mamat nih. Mostly kengkawan Punjabi yang aku ada semuanya best-best.

Aritu masa last day colleague aku kat HQ nih, dia boleh kutuk kawan aku depan HOD. Kata dia, “She doesn’t have to handover any of her work. She has nothing to handover accept for her makeup stuff”… Sengal tak ayat dia. Sangat menghina kan? Padahal, kalau depan member aku nih dia punya lah lembut lidah. Ayat cover baik punyaaaa. Huh, panas pulak bila bercakap pasal mamat nih.

Tadi, sekali lagi dia dah meng-hot-kan aku. Sesuka hati dia je nak marah aku sebab tak hantar invitation untuk one of this prestigious event kat Senior Management. Dia suruh aku tolong dia tulis nama invitees kat invitation kad (Ok, setakat minta tolong mender camnih, aku tak kisah laa kan). Tapi bila aku minta list of invitees, dia boleh lak marah-marah. Kata dia, “You don’t have the list?!! You’re supposed to send this earlier you know? Why wait until last minute to distribute the cards?”… Whoaaa, ini sudah mendatangkan kemarahan di hati beta.

Laju je aku sound dia, “What are you talking about? What list? I never have the name list. I don’t even know whose you’re inviting. I don’t even have the invitation cards!”… Pastu boleh lak tersenyum-senyum tahan malu depan aku. Halo, sory la aku nak berlembut dengan orang camnih. Cecepat dia cakap dia nak tulis nama invitees kat kad tu sendiri. Puas hati aku.

Permalink 4 Comments

>Web designer diperlukan

November 3, 2010 at 11:59 am (Uncategorized)

>

Muahahaha (gelak berlagak)

Aii dah apply cuti untuk esok uolss. Bukan untuk esok je, untuk cuti Raya Haji pong aii dah apply. Proses penghabisan cuti sedang dijalankan.

Dannn… bermula 22 Nov nih, aii akan request for MC straight sampai aii deliver nanti.. Merasa uolss.. aii cuti keje sampai March tahun depan. Heaven! Sila jeles!

Tapi, cuti-cuti pun, aii tetap bekerja tau. Remember? Preparation for my butik pengantin yang akan dibuka early next year (insyaAllah)? Ohh, sungguh tak sabar nih! Harap proses bersalin dan berpantang aii nanti berlajan dengan lancer so that aii boleh terkinja-kinja seperti sediakala dengan cepatnyaaaa… hihihihi.

Ok, stop kat sini, this week entry aii macam hampeh kan? Very the seciput. But ok lah tu. Janji aii hapdet. Kan? Kan?

In the meantime, I tengah nak cari orang yang boleh design my www.makeupfreak.net website. I nak design yang simple, fast to view and easy to upload / manage. Anyone interested, email me your quotation at info@makeupfreak.net

Permalink 3 Comments

>M.A.C New Collection!

November 2, 2010 at 5:25 pm (Uncategorized)

>

M.A.C will be launching their new TARTAN Makeup collection on the 4th Nov at KLCC. Tempting. Nak pergi. Nak pergi!! Tapi, taim opis hour lak tu. Dalam keadaan aku yang dah dekat 9 bulan pregnant nih, mana lah mampu nak berlari-larian or berasak-asakan kat outlet M.A.C, KLCC tu. Lunch hour bukannya lama pong. Mana cukup taim.Bahaya uolss.

Tapi kalau pergi lambat sikit, aku berani gerenti lah hampir semua item yang aku nak SOLD out! So, camno? Perlukan aku amik cuti semata nak pergi KLCC hari khamis nih?? Hmm.. boleh juga kan? Since aku sendiri tataw apa nak buat dengan cuti yang masih berbaki, ada pekdahnya aku apply untuk pergi shopping. Boleh buat shopping untuk barang baby sekali.. kan? Kan?

Mamoru pun dah bagi green light. Dia siap letak duit dalam beg keje aku sebelum pergi outstation semalam. Vah vah vah.. ahem.

Ok, kena stop. Nak makan ubat. Ubat yang akan menyebabkan aku rasa loya, mual, takde mood sampai ke malam.. tsskkk. Wut to do, demi kesihatan baby & diri sendiri, telah je lah.

p/s: Adik perempuan no.6 kena warded kat Al-Islam sejak semalam. Urin infection. Hang in there sis! A few more days je lagi. Semoga dapat baby yang sihat & comel!

Permalink 1 Comment

>Wiken yang ok la

November 1, 2010 at 4:03 pm (Uncategorized)

>

Pendek sangat weekend kali ni. Tapi kira ok lah. Sebab dapat rehat dari buat kerja rumah dan tak perlu bangun tengah malam untuk buatkan susu Ariff. Mamoru took over almost everthing. Sampaikan bangun pagi pun dia dah siapkan sepasang baju untuk aku pakai. Heaven! (Thanks so much hubby! U’re the greatest!)

Oh, thanks juga untuk adik-beradik yang datang spend masa kat rumah, Derang juga banyak buat tugas aku menjaga Ariff jadi lebih senang. Ariff pulak, kalau dah ramai orang yang datang, dia memang tak lekat kat aku dah.

Pagi tadi as usual, Mamoru kena balik semula ke Perak. Sedih tapi tak sangat lah sebabbbbbbb… khamis ni dia balik.. hihihi.. Ohh cepat lah khamis!!

Nak update pepanjang tapi banyak keje laa pulak. Tensi tensi. Macam mana aku nak habiskan cuti kalau hehari ada je keje nak dibuat nih? Aku ada masa sampai hujung bulan ni je untuk habiskan cuti. Bulan depan dah start maternity leave pulak (insyaAllah). Halaaa.. bila nak apply nih??

Hari nih birthday Syarminee Sulaiman (Meen). One of my bestest, closest, truest friend. Lama tak jumpa dia. Semoga dia sentiasa hepi walau kat mana dia berada 🙂

Permalink Comments Off on >Wiken yang ok la