>Check-up

November 15, 2010 at 12:18 pm (My Pregnancy)

>

Sabtu aritu pergi check-up kat Al-Islam Specialist Hospital dengan Mamoru & Ariff. Dr Rusila takde, so jumpa Dr Norlida je.

Perkembangan aku:

Berat badan just naik 1 kg je since last check-up. Berat aku sekarang 45.5kg. Still ringan kalau nak compare dengan last pregnancy. Tahap kepekatan darah still kurang dari paras normal. Yang ni tak payah check pun aku tau sebab aku ada beberapa kali terlupa nak makan ubat.

Doktor ada suggestkan aku makan hati ayam, kerang or segala mala makanan yang boleh menambahkan tahap kepekatan darah dalam badan. Tapiiii…. Aduyaii, jadi keje aku nak cari kedai yang jual lauk hati hehari. Nak masak sendiri, satu hal pulak. Larat kah? *Sigh*

Perkembangan baby A Jr

Alhamdullilah, so far tak ada masalah. Cuma Doktor Norlida terkejut tengok berat baby yang dah bertambah jadi 3.00 kg. Dua kali gak lah dia check untuk double confirm. Kata Dr, saiz perut aku kecik tapi baby besar. Meaning to say, kalau ikut kadar pertambahan berat baby sekarang, besar kemungkinan masa due date nanti, berat baby akan melebihi 4.00 kg!

Memula tu aku rilek lagi. Tapi bila Dr Norlida cakap dia nak force baby keluar by next Tuesday (sebab dia takut aku tak mampu push baby keluar kalau tunggu due date), terusss aku jadi keras. Force? Induce? Ohh, akak seram uols. First: berdasarkan cakap-cakap orang, induce adalah menyakitkan. Mungkin terpaksa menanggung hazab bersalin untuk tempoh yang agak lama. Second: Kenapa cepat sangat nih? Aku macam tak ready lagi (I mean, mentally). Dan Third: Mamoru jauhhh.. tsskkk.

Apa pun kita tunggu je Selasa depan..

*Sigh*

4 Comments

  1. { finie } said,

    >salam singgah..sy ni dah lama follow blog u and add makeup freak difacebook..but i'm a silent reader je..Yes.. induce tu mmgla menyakitkan…sbb masa pregnant dulu sy di induce..mmg azab la sikit..tapi sy doakan mudah2an u will be fine dear..dan mudah2an juga Mamoru u akan ada kat sisi masa u nak deliver baby tu nanti.. take care dear..

  2. Biqque said,

    >baby u besar2 kan! cute!

  3. de' Elle said,

    >Salam aD,Elle takde pengalaman d induce.tp Elle pna hampir d induce, & my MIL mmg ade pengalaman ni,so sb hmpir d induce Elle pon tanyala pengalaman MIL..katanye mmg sangat sakit. tp sakitnye cuma time contraction & proses bsalin tu,banbing amik epidural,tak sakit bsalin tp sampai skrg effect nye..sakit pinggang & tulang belakang bl mbongkok!apepon smoga,time bsalin nt ade Faz temankan ye..#oh 4kg tu sgt besar!suka minum air sejuk ke?

  4. akmaliz@r said,

    >hi add…sy pon induce..kene diabetes taim brsalin tu..baby 4kg pon..mmg sktla induce..sy byk problem taim prggy tu..uri kt bwh..spjg hamil…sedih dn ngeri bile diigtkan…anwy..hope ur hubby will be there 4 u…

Comments are closed.

%d bloggers like this: