>Selamat hari-hari

November 22, 2010 at 10:56 am (Uncategorized)

>

Weekend yang best. Spent masa sepenuhnya dengan family terchenta. Memang tak lepaskan peluang untuk bermanja sakan dengan Mamoru. Asal lenguh je Mamoru massage-kan, Nak makan or minum Mamoru ambilkan. Nak tidur Mamoru tepuk-tepukkan, Senang cerita, macam permaisuri lah aku kat rumah tu. Apa nak, just sebut je. Laju Mamoru sediakan. Kengkadang tu, aku sengaja auta sakit sini sana. Suka tengok Mamoru panik.. hihi. Comel je tengok dia kelam kabut.

Tapi bila masuk hari Isnin semula… terpaksalah back to reality. Terpaksa lah berdikari taim berjauhan nih. Tsskkk.

Esok ada appointment dengan gynae. Knowing Dr Norlida, aku rasa kebarangkalian untuk kena tahan ward esok memang ada. Tapi base on tahap kesihatan aku sekarang nih, sebolehnya aku nak tunggu contraction or ‘show’ baru aku rela hati check-in masuk ward. Rilek la beb, aku tak puas enjoy lagi. Lagipun, tanak lah buat Mamoru risau sampai terpaksa berulang-alik kerja Ipoh-KL. Kesian dia nanti.

Unless kalau Dr boleh prove sebaliknya, aku pasrah je lah kan.

Update:

Lagi dua / tiga minggu, lading jagung ayah dah boleh dipetik. Weekend aritu, ayah petik banyakkkk baby corn untuk dijual. Sempat lah kami tolong ayah gegamai.

Adik lelaki no.2 accident. Dia & SIL Ida ok. Kereta je yang tak ok. Masuk bengkel seminggu. Mamoru offer dia guna kereta Mamoru yang lagi satu sampai kereta dia siap.

Oh, adik no.6 dah masuk hospital semalam. So far still takde tanda-tanda baby nak keluar. Hmmm.. ntah-ntah baby dia nak keluar serentak dengan baby aku kut?? Tak dapat aku bayangkan kalau duduk sebelah menyebelah dalam labour room dengan dia. Sure memasing tak boleh kosentret nak push – asyik gelak je nanti.

%d bloggers like this: