>Tak jadi

November 23, 2010 at 3:50 pm (My Pregnancy)

>

Ahaha.. tak jadi pergi checkup hari nih. Semalam aku call Al-Islam, suruh postpone appointment ke hari Jumaat nih.Tak rela der aku kena induce. Aku insist Dr Rusila yang buat checkup untuk aku Jumaat nih.. hihi. Aku dah biasa dengan Dr Rusila dari pregnantkan Ariff dulu. Tak best lah kalau checkup dengan Dr lain.

Maklumlah, dalam kes aku, sejak dari Ariff lagi, baby dalam perut memang besar (compare dengan saiz & berat badan aku masa delivery). So, bila jumpa Dr lain dan dia bagi pendapat lain pulak… for sure aku cuak. Apa pun, biar aku dengar pendapat Dr Rusila dulu, pastu baru decide sama ada nak cepatkan delivery or nak tunggu due date.

Start next week, insyaAllah aku akan mula bercuti panjang sampai lah bersalin nanti. Sepatutnya minggu nih aku dah ambil cuti. Tapi aduyaii.. keje banyak lah beb. Daripada henpon aku asyik berbunyik taim aku cuti, better aku settlekan apa-apa yang patut dulu. Kalau tak, sampai dalam labour room pun nak kena jawab call dari opis.

Persiapan untuk sambut baby baru dah complete. Last week masa cuci baju baby yang dibeli dan kumpulkan baju Ariff masa baby dulu, mak aihhh punyalah banyakkk. Mitten dengan booties je dah berpuluh-puluh pasang.. haha.

Persiapan untuk aku pulak, takde apa pun. Maybe tambah stok kain batik. Taim berpantang nih, aku amat mementingkan kebersihan. Sebab taim tu aku cepat stress dengan bau ubat, rempah ratus, minyak urut, darah nifas segala bagai. Kalau boleh dalam sehari tu aku nak tukar baju sampai tiga empat kali. Taim berpantang jugak, aku lebih suka guna disposable panties. Senang – terus buang sekali dengan maternity pad. Habis cerita.

Untuk ubat or jamu pulak.. err, sorry ya, gua tak lalu nak telan la beb. So, memang tak pernah beli. Kalau orang nak kutuk or takutkan aku pasal consequences yang aku akan tanggung dihari tua akibat tak makan jamu, renti kan laa. Aku memang penakut makan ubat, apatah lagi nak suruh aku telan jamu. Lagipun, aku tak plan nak tambah anak gegamai. Pasnih pepandai la cari altenatif lain untuk maintain sihat. Unless ada invention untuk buat ubat berperisa gula-gula, baru la aku beli hihi.

Iklan: Aritu aku ada try makan tablet kalsium berperisa coklat macam gegula sugus dari jenama Abbot. Sedap woo. Tak penah aku makan ubat kalsium sampai cenggitu sekali sedapnya. Kan elok kalau semua ubat rasa sedap camtu. Tapi bila fikir balik, kalau semua ubat rasa sedap, kompem makin berlambak penagih dadah yang wujud nanti.. huhu.

Tentang bengkung. Kali nih aku dah order 4 helai bengkung dari orang kat kampung aku. Special handmade tau. Aku memang kagum dengan penciptaan bengkung nih. Sangat berkesan. Aku sendiri dah berjaya dapatkan kembali my flat tummy sebelum pregnant lepas lahirkan Ariff ok! First time aku pakai bengkung, sehari selepas lahirkan Ariff. Taim tu aku nak travel balik kampung dari KL ke Melaka. Pakai sendiri je sebab nak elakkan sakit kalau kereta langgar lubang ke haper.

Bengkung yang memula aku pakai jenis ada 2 tali (rasanya hampir semua jenama – sendayu tinggi, nona roguy, etc ada dua tali) Seriyes cakap lah, guna bengkung 2 tali nih memang mengkonpiuskan. Kengkadang masa tengah pakai boleh terlupa nak tarik tali yang belah mana. So, nenek aku perkenalkan bengkung buatan sendiri yang hanya guna 1 tali sahaja. Senang gila nak guna. Kalau kena pakai sendiri pun selamba je boleh buat. Yang penting, ianya sangat selesa. Nanti lah, ada masa aku tunjukkan cemana rupa bengkung nih🙂

1 Comment

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >dah dekat erk…sekejap ajer rasanya🙂 semoga dipermudahkan bersalin nanti yer🙂 amin

Comments are closed.

%d bloggers like this: