>Bersabar lah

December 14, 2010 at 1:46 pm (Uncategorized)

>

Woo.. sangat susah nak mencuri masa menaip entry kat blog nih bila dah ada 2 orang anak. Asyik tertangguh je entry-entry aku dalam draf. Bila Amarr tidur, Ariff pulak berjaga. Bila Ariff tidur, Amarr pula terjaga. Haih.

Kelam kabut dibuatnya tau. Nasib baik lah aku duduk dengan nenek aku. Kalau tak, konpem makan minum aku entah ke mana duk jaga hero kecik dua orang nih. Dua tiga hari lagi aku balik KL. Nak duduk dengan nenek lelama pun rasa tak elok pulak. Nenek pun bukannya sihat sangat. Pasnih ntah cemana lah gamaknya tunggang langgang rumah aku tu bila takde orang tolong jaga anak-anak aku. Sigh.

Beruntung betul orang yang masih ada mak / mak mentua. Aku sorang pun takde.. tsskkk.
%d bloggers like this: