>Ariff 1 tahun 6 bulan

December 21, 2010 at 3:52 pm (My precious Ariff)

>

Ariff dah setahun setengah. Sepatutnya awal bulan aritu aku bawa dia jumpa Paed – amik jab. Tapi aku lewatkan sikit. Nak bawa Amarr sekali untuk first month jab. Takde lah berulang-ulang pegi Al-Islam. Dah ada dua baby nih, pergerakan agak terbatas sikit. Nak pegi memana kena consider banyak mender.

Ariff abang yang baik.

Masa memula aku bawa Amarr balik ke rumah, Ariff tak amik port sangat. Aku pun tak risau apa-apa sebab pada aku, Ariff terlalu kecil untuk kenal erti cemburu.

Tapi aku silap. Malam first aku tidur kat rumah (keluar je hospital, aku terus direct ke Melaka – rumah nenek), Ariff terjaga tengah malam dan notice aku tidur atas katil dengan Amarr. Ariff pulak tidur atas tilam kat tepi katil dengan Mamoru.

Tak pernah aku tengok Ariff menangis & mengamuk tetengah malam sampai camtu sekali. Dia marah sangat. Semua mender dalam tangan dia (botol susu, puting) semua dia baling. Maklumlah, sepanjang aku pregnant, aku tidur peluk Ariff tetiap malam. Bila dia tengok aku peluk Amarr, dia jeles kut. Lama ok Ariff mengamuk. Dia menangis dari pukul 2.00 pagi sampai azan Subuh. Last-last dia tertidur jugak sebab penat.

Malam kedua aku ajak Mamoru tidur kat ruang tamu. Bentang tilam dan tidur sesama dengan Ariff & Amarr. So, adil untuk Amarr & Ariff.

Alhamdullilah, lepas tu Ariff ok. Malah terlebih-lebih pulak sayang dia pada Amarr sampai asyik nak kiss Amarr je. Siap nak dukung Amarr ok. Paling melegakan hati, Ariff tak pernah cuba untuk sakitkan adik dia (pukul / cubit).

Sejak balik kampung nih, dah semakin banyak perkataan yang dia dah pandai tutur kan. Suka sangatt!! Atara perkataan yang dia selalu sebut:-

Kum = Assalamualaikum
Mimi = Mummy
Bish = Habis
Pah = Tumpah
Nenek = Nenek
Tuk = Atuk
Cat = Cat (Kucing)
Ana = Amarr (pandai dia sebut.. hihi)
Dak nyerr = Sedapnya
Kupok = Keropok (snek)
Kak = Bukak
Tibi = TV
Gung = Jagung
Tom = Jom

Ariff pun dah pandai tunjuk part anggota badan e.g., “eyes”, “nose” etc

Seronok kan tengok anak kita semakin pandai bercakap. Tak sabar nak tunggu perkataan-perkataan seterusnya dari Ariff.
%d bloggers like this: