>Amarr 1 month old

January 1, 2011 at 7:35 am (My handsome Amarr)

>


Trip ke hospital.. huhu.

Ariff ada appoinment dengan paed untuk 1 tahun 6 bulan punya jab. Tapi, doktor kata Ariff missed suntikan masa umur dia setahun. Aku ingatkan Ariff dah amik suntikan tu. Cek punya cek, masa usia Ariff setahun aritu, dia kena admitted ke Al-Islam, maybe masa kelam kabut tu aku assume doktor ada bagi jab kut. My mistake. Nasib baik doktor kata dia still boleh amik suntikan tu (Kami sekalikan dengan imunisasi untuk cacar air). So, next month kena bawa Ariff untuk suntikan 1 tahun 6 bulan pula.

Amarr pun ada appointment dengan Paed yang sama. Dia kena amik first month jab. Aku suruh doktor schedule kan imunisasi extra untuk Rotavirus & Pnemucocoal (sama macam Ariff). Baru adil. So, next month, Amarr akan amik 2 suntikan sekaligus. Harap dia kuat macam Ariff.

Layan kan dulu gambar kat bawah nih. Tak dapat nak taip lelebih. Rushing.. rushingg.



Amarr kena timbang. Berat dia dah 4.68kg. Tinggi 56cm


Amarr sebelum kena injek. Diam je dia tau🙂


Mummy Amarr pulak yang lelebih takut taim nih. Tu bukan takut yang dibuat-buat tau. Seriyes aku tak sanggup tengok Amarr kena injek. Nasib baik Paed yang bagi injektion. Takde lah risau sangat🙂


Ariff yang leka dengan toys atas meja Paed. Berat Ariff sekarang 11.5kg. Takde peningkatan. Susah nak suruh dia makan sekarang nih. Tinggi Ariff 89 cm. Tinggi kan dia? Tinggi aku pun 155 cm je.


Amarr di usia sebulan🙂


Sedang lena zzzzzz..
%d bloggers like this: