>Tantrum

January 11, 2011 at 11:51 am (My precious Ariff)

>

Sejak hari Ahad aritu Ariff asyik mengamuk, menjerit, menangis sampai berjam-jam. Risau aku dibuatnya.

Semalam, start dari maghrib Ariff dah start mengamuk. Apa yang aku buat semua serba tak kena pada dia. Aku pujuk salah. Tak pujuk pun salah. Pening. Ditambah pulak dengan aku tengah hazab menanggung sakit gigi. Oh, sangat menguji kesabaran sungguh.

Bila aku cuba pujuk, Ariff akan jerit-jerit suruh aku pergi jejauh. “Tepi, tepi!”.. kata dia. Sedih aku tau. Pukul 2 pagi baru dia tertidur. Tu pun sebab dah terlalu penat mengamuk.

Pukul 4 pagi tadi, Ariff terbangun. Dan dan tu jugak dia sambung mengamuk lagi. Haru. Mamoru pujuk pun tak jalann. Bila dah penat sangat, baru lah dia sambung tidur balik. Tu pun dah pukul 6 pagi ok.

Aku dah macam zombie dah nih. Mamoru tak tahu la apa khabar dia kat opis tu. Jangan tertidur depan pc udah.

4 Comments

  1. ummi said,

    >kak AD,ariff sedih ke?mcm membawa diri je bunyi….siannya makpak n anak2…go go power ranger!

  2. Dee said,

    >bwk dia gi berubat sis..something wrong somewhere..maybe kena tegur ke..

  3. Tuan Tanah said,

    >lebih kurang cam anak aku la tu dulu. start maghrib melalak sampai 2-3 pagi. 2 bulan lamanya.

  4. suezety said,

    >cuba tido malam buka ayat2 al quran.. slow2 jer bgi dia dgr x dgr cam gitu.. mana tahu kot2 ada benda tego ke ikut ke.. budak2 ni kadang2 nampak mcm2..

Comments are closed.

%d bloggers like this: