>Mummy sayanggg Ariff

January 17, 2011 at 10:30 am (My precious Ariff)

>

Hari nih nak lambakkan gambar hero kesayangan aku bebanyak kat blog ni. Lama tak upload gambar dia🙂

Nih semua gambar semalam, masa kat kampung.

Ariff dah setahun 7 bulan sekarang. Semakin banyak perkataan yang dia dah pandai sebut. Antara yang aku ingat :

Dodok (duduk)
Tepi
Takut
Pampesh (pampers)
Nose
Eyes
Hair
Bird

Note: Ariff sangatttt suka tengok filem ‘Magika’. Dia boleh layan tengok cerita nih dari mula sampai habis! Pastu duk ulang-ulang sampai ntah berapa ratus kali. Sampai aku dah naik hafal dialog & lagu dalam cerita tu. Disebabkan Ariff suka tengok movie muzikal, aku sekarang tengah mencari cerita muzikal lain yang sesuai untuk dia (korang ada suggestion? Aku fail sikit cerita muzikal camnih)


Rasa tak puas je tengok Ariff membesar. Kalau setahun yang dulu Ariff still baby dan sangat mudah didukung, dipeluk… sekarang dia dah besar tinggi – separuh dari ketinggian aku tau. Ariff 89cm, aku 155cm!


Dan paling buat aku sedih, bila semakin susah nak peluk atau cium Ariff. Dia cepat rimas.. Kalau nak peluk dia dan cium pepuas, kena tunggu taim dia tidur je.. tsskkk. Bulu mata Ariff sangattt lebat dan panjang. Mak sedara Mamoru cakap, aku pakaikan Ariff celak. Hisshhh.. takde maknanya. Kalau Ariff tu pompuan, mungkin la kut.


Buah hati pengarang jantung.. tho aku tak faham sangat peribahasa nih, tapi aku rasa, kalau dah babitkan organ dalaman yang penting macam jantung tu.. kira Ariff nih memang penting lah dalam hidup aku.


Geremm sangat tengok dia gelak-gelak camtu. Bila aku nak cium je dia lari-lari. Penat nak mengejar😦


Dari kecik suka buat muka kelakar.. rindunya kat dia. Walaupun dia sentiasa depan mata.


Kesian Ariff. Taim nih lolipop dia tengah jatuh..


Buat mulut muncung..


Baru lepas mengacau Pak Ngah dia yang sedang basuh kete.


Pastu mengacau daddy dia basuh kereta pulak..

2 Comments

  1. nn said,

    >alala…comelnya ariff…geram..geram…erm..cite The Sound Of Music… sesuai ke? ahaks… tapi lagu2 dlm cite tuh besh…

  2. Dong, Dia & Azra said,

    >kanak-kanak handsome..

Comments are closed.

%d bloggers like this: