>Cara membuat inti kelapa

January 18, 2011 at 1:00 pm (Resepi)

>

Nih resepi inti kelapa yang best dari nenek aku. Inti kelapa nih boleh disimpan selama 3 bulan (atau lebih). Inti nih boleh dimakan begitu je atau dicicah dengan lempeng atau dibuat kuih (kuih koci, kuih puteri mandi, kuih badak berendam, etc, etc – pendek kata boleh buat cemacam lah)


Resepi inti kelapa nenek sangatttt sedap sebab dia guna kelapa pandan untuk dibuat inti. Bau kelapa pandan nih pun dah cukup membukak selera tau. Dalam gambar, Mamoru sedang mengukur kelapa pandan muda.


Kelapa pandan muda yang dah dikukur tadi, di gaulkan dengan gula melaka (original), pastu dicampur sedikit gula pasir. Letakkan daun pandan dalam selai dua untuk mengharumkan lagi bau inti kelapa nih. Tak perlu letak air – nanti rasa dia kurang sedap.


Bebahan tadi, digaul sehingga sebati sebelum dimasak selama sejam di atas api yang sederhana. Jangan risau, gula melaka yang berketul-ketul tu akan cair dan sebati bersama kelapa tadi.


Inti yang dah siap! Sejukkan pastu bubuh dalam bekas kedap udara dan letak dalam fridge. Boleh dimakan pada bebila masa!
Advertisements
%d bloggers like this: