>Heart attack, No?

January 19, 2011 at 11:00 am (Uncategorized)

>

Semalam, masa tengah potong bawang, tetiba aku rasa macam jantung aku kena shocked. Rasa macam nak terhenti. Ntah la tatau nak describe macam mana. Rasa macam lemah tiba-tiba. Dua kali pulak tu kena. Each shock last for about 2-3 seconds.

Scary kan?

Masa tu dah fikir nak mati je.

Pelan-pelan aku jalan dari dapur pergi dalam bilik – ambil henpon. Seriyes punya slow aku jalan sambil kontrol breathing – tanak bagi pressure kat jantung – takut kena shock macam tadi.

Call Mamoru. Minta dia balik. Risau dowh. Kalau betul aku mati semalam, aku nak Mamoru ada kat rumah. At least, ada orang jaga Amarr & Ariff. Buatnya aku keras kejung sengsorang. Siapa nak tengokkan anak aku nanti? — *boleh aku fikir camtu ek*

Mamoru bawak aku jumpa doktor. Kata doktor, base on serangan (shock) yang jadi dalam tempoh singkat (2 atau 3 saat), normally disebabkan muscle yang stress atau cramp. Kalau heart attack, biasanya pesakit akan rasa sakit dan berat di bahagian dada selama 5 hingga 10 minit.

Lega sikit dengar penjelasan doktor. Tapi tak sepenuhnya. Rasa takut tu still ada. Lelebih lagi bila ramai orang usia 30+ mati akibat serangan jantung. Dan lelebih lagi bila arwah ibu aku turut meninggal akibat serangan jantung lepas lahirkan adik aku yang last pada usia 38 tahun!

Kalau aku mati.. kesian anak-anak aku.. boleh ke Mamoru cari orang yang mampu menyayangi Ariff & Amarr macam mana aku sayang mereka? …*memang nak kena luku kepala aku nih – Mamoru marah sangat bila aku cakap camni semalam*

Apa pun kengkawan, jaga lah pemakanan bila usia dah menjangkau 30+. Banyakkan bersenam. Selebihnya, kita bertawakkal.
%d bloggers like this: