>Mamoru nampak!??

January 19, 2011 at 12:19 pm (Uncategorized)

>

Ok ni sesuatu yang baru buat aku yang rabun-IT. Nak cakap buta-IT tak boleh sebab aku pandai berblogging.. huhuhu

Tadi masa surf online, aku terkejut tengok skrin laptop nih berubah. Kat desktop dah tak ada wallpaper. Semua jenis tulisan kat windows pun berubah jadi jenis tulisan lain. Pastu siap ada mesej:

“This computer is being remote control by Fazi-HP\Fazi from 175.xxx.xxx”

Oh, mula lah aku fe-feeling macam dalam cerita James Bond

Sekejap tu Mamoru call. Gelak-gelak dia cakap dia tengah remote laptop aku dari ofis dia. Nak transfer fail katanya. Oh, boleh buat camtu ek? Kagum aku. Aku tanya kenapa tak email je. Mamoru cakap, fail tu besar – tak boleh email. Gituuuu *sambil angguk-angguk*

Sekejap tu tetiba cursor kat skrin bergerak sendiri – dia minimize-kan window Google Crome yang aku bukak. Pastu cursor tu bukak window ‘Local Disck C’ – point kat fail yang baru dimasukkan kat situ. Pastu, cursor tu close semula window tu.

Whoaaa… kalau tak Mamoru explain dia tengah remote kontrol laptop nih, haruss aku campak laptop nih jejauh – ingat hantu yang buatt.. huhuhu. Wehhh mauuuu nya tak takut tengok window terbuka sendiri?

Kagum.. kagumm.

Best jugak kan? Meaning, kalau aku tak reti nak guna Adobe Photoshop ke, apa ke, Mamoru boleh tolong guide dari jauh.. menarikkk nih!!

Tapi in second thought, kalau aku surf web lucah ke apa, confirm dia boleh nampak ek? Muahaha!! Bahaya.. bahaya.. Tapi takper, antara aku dan Mamoru tiada rahsia… hihi.

p/s: Nasib baik dia tak boleh tengok aku secara curi-curi thru webcam yang ada kat laptop nih. Kalau tak tentu dia tak sabar-sabar nak balik rumah tengok aku menaip sambil menampakkan lurah dendam.. huhu..

5 Comments

  1. ummi said,

    >eh…eh…boleh ek kak aD?camne?hehehe

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >tu lah antara keja me bila user tak reti nak buat apa kat pc dia bila dah install program..hehehe.remote pc orang.ni bukan remote ni.kalo remote tak nampak apa orang tu duk buat.

  3. Iirakuu Miiraii said,

    >hehehe…memang boleh aD.

  4. Biqque said,

    >saya selaku kuli IT selalu buat benda ni kat user2 saya😀 hahahaha! mmg betul, user tu kata ada "hantu" hahahaha!

  5. ieba said,

    >salam. Kak Ad leh tny kat en mamoru dia guna software radmin @ ada software lain yg senang nak remote ek..

Comments are closed.

%d bloggers like this: