>Ariff haircut

January 26, 2011 at 1:00 pm (My handsome Amarr, My precious Ariff)

>

First time bawa Ariff jumpa barber. First time juga aku benarkan orang lain gunting rambut Ariff. Sebab selama nih, aku lah satu-satunya favourite hairstylist Ariff sejak dia lahir.

Tapi disebabkan aku tak ada mesin dalam gambar diatas, dan disebabkan nak guna gunting biasa mengambil masa yang lama, dan juga disebabkan Ariff tak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama sekarang nih, aku redha je lah bawa Ariff jumpa barber (Mamoru, cepat belikan saya mesin dalam gambar nih. Saya dah ada 2 orang client setia ok, jadi saya perlukan mesin ini untuk proses penguntingan yang lebih cepat dan kemas)


Muka Ariff kelihatan sedih. Maybe dia takut tengok uncle barber yang garang dan misai melentik. Ariff langsung tak bergerak sepanjang proses gunting rambut nih🙂


Pose dengan mummy and Amarr.. oh, mummy lupa nak pakai mekap. Nampak agak selenga dalam gambar nih. Tapi mummy tetap vangga sebab mummy ada dua orang putera comel🙂


Ariff dengan rambut pacak. Tenkiu uncle barber!

2 Comments

  1. atty's said,

    >hensemnya ariff ..rambut pacak lagi.!

  2. Biqque said,

    >wah rambut cantek!

Comments are closed.

%d bloggers like this: