>Bukit Melawati

January 27, 2011 at 9:00 am (Family Vacation)

>

Gambar weekend aritu.

Adik-beradik aku rindu kat aku kut. Sanggup derang semua pegi cari aku kat rumah keluarga mentua aku kat Kuala Selangor.. haha. Derang siap buat bbq kat rumah nenek Mamoru. Seronok, walaupun rasa macam terkejar-kejar masa. Yelah, derang ni bukan nak inform awal-awal. Kalau tak, boleh sewa hotel kat Kuala Selangor pastu pergi tempat-tempat menarik kat sana. Kan dah rugi tak dapat naik sampan tengok kelip-kelip.


Family adik no.2, family adik no.3, adik no.5 dan bakal isteri. Gambar masa naik tren ke Bukit Melawati.


Apa ada atas bukit nih? Rumah api, tempat tengok anak bulan. muzium, kawasan sejarah, meriam dan permandangan laut selat Melaka yang cantik.


Permandangan di puncak Bukit Melawati


Tapi hati-hati, kat sini banyak monyet yang terlalu jinak. Silap aribulan boleh jadi agresif. Ada sekor monyet tu (sama besar dengan Ariff), dia rampasnya Ariff punya makanan. Meraung anak aku kat situ. Rasa nak je aku tangkap monyet tu pastu gantung atas pokok. Geremm. Dalam gambar nih, adik no.3 tengah bagi monyet makan.


Ariff dan Pak Ngahnya. Ariff tak takut dengan monyet nih. Tapi aku tak kasi dia dekat sangat. Takut kalau kena cakar.


Adik no.2 dan sis-in-law Ida


Last but not least, gambar yours truly musti ada. Amarr yang masih tak tau apa-apa lena sepanjang trip ke sini.
%d bloggers like this: