>Mana daddy?

January 27, 2011 at 11:55 am (My precious Ariff)

>

Ariff dah pandai rindu-rindu. Sebelum nih, dia tak pernah kisah kalau aku or Mamoru tinggalkan dia kat rumah. Tapi sejak hari Selasa aritu Ariff asyik laa duk cari daddy dia.

Kekejap kang dia tanya aku, “daddy? daddy?”

Penat pulak nak menjawab, “daddy work.”

Berkerut-kerut kening dia fikirkan “work” tu apa. Takperlah, dalam seminggu-dua ni insyaAllah dia faham makna “work” tu.

Bagus juga bila Ariff dah start bertanya. Proses pembelajaran dia sekarang boleh buat dua hala compare dengan sebelum nih.

Cuma yang tak best tentang soalan dia kali ni, bisa buat aku mati kutu bila jawapan aku dibalas dengan raungan syahdu. Terpaksa aku call Mamoru pastu loudkan speaker suruh Ariff bercakap dengan daddy dia.

Oh, Mamoru cepatlah balik, Ariff dah rindu.
%d bloggers like this: