>Nak pergi salon

January 29, 2011 at 6:36 am (Uncategorized)

>

Sejak habis berpantang aritu, aku belum ada masa nak buat terapi untuk mencantikkan diri.. (cewah).

Step pertama, pergi salun (salun ke salon ek?). Tak sure nak buat apa kat rambut ni, tapi kena buat sesuatu juga. Aku dah bosan dengan gaya rambut yang sama. Uban pun semakin banyak, walhal umur baru nak masuk 32. Err 32? Teringin pula nak terbalikkan umur tu jadi 23.. umur masa aku graduate dulu.. huhu.

Rasanya nih akan jadi kali kedua aku buat perubahan drastik kat rambut aku. First lepas aku lahirkan Ariff – aku korbankan rambut panjang aku jadi kontot disebabkan rambut aku banyak gugur lepas lahirkan Ariff. Kali nih pun sama. Rambut aku dah start berguguran lepas lahirkan Amarr. Kena cecepat buat treatment.

Tak sabar nak tengok muka sendiri dengan rambut baru… oh, cepat lah siang!
%d bloggers like this: