>Nak Grad G12

February 10, 2011 at 1:00 pm (Uncategorized)

>

Untuk tahun 2011 nih, aku sangat berharap agar dapat menawan beberapa lagi puncak gunung di Malaysia nih. Memandangkan jadual keje weekday (Maybank) dan weekend (Makeupfreak) yang sangat tight, aku listkan beberapa trip gunung yang berada dalam wishlist sahaja:

1. Gunung Murud, Sarawak
Rank: G5
Note: Kena ambil masa seminggu untuk trip nih. Mostly sebab nak dapatkan jadual flight yang sesuai. Macam trip ke Mulu dulu, kena ambil 2 flight untuk ke sana.

2. Gunung Korbu & Gunung Gayong
Rank: G7
Note: Harap dapat buat transpex. Kasi settle dedua gunung sekaligus. Takde lah kena masuk hutan banyak kali.

3. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat
Rank: G7
Note: Pun harap dapat buat transpex. Jimat masa.

4. Gunung Tahan
Rank: G7
Note: Aku nak buat Merapoh-Merapoh je. Nak cepat. Next time kalau ada masa untuk repeat, baru aku buat Merapoh-Kuala.

So far, nih je wishlist aku untuk tahun nih. Tak sure sama ada dapat habiskan semua dalam tempoh satu tahun. Kalau aku berjaya tawan semua puncak gunung dalam wishlist nih, dapat lah aku Grad G12 sekaligus!

Note: G12 adalah senarai 12 gunung tertinggi di Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) oh tak sabarnya nak Grad.
Advertisements

Permalink 3 Comments

>Menari?

February 9, 2011 at 11:32 pm (Uncategorized)

>

Dah tengah malam baru teragak nak jenguk blog nih. Hari nih tak ada auto-publish entry. Malas nak buat. Sebab.. Mamoru tak ada.

Ya, dia outstation lagi. Dan bila dia outstation, mood untuk update blog pun agak kureng. Kalau aku paksa diri menulis pun, confirm akan keluar entry leleh-leleh – emo-terlebih. Haih.

Bosan duduk sensorang dalam gelap nih. Nak pasang lampu takut Ariff & Amarr terjaga. Tahan je lah.

Makin stress bila fikir cuti maternity yang tinggal tak sampai 2 minggu lagi. Double haih.

Hari nih seharian mengemas rumah, membasuh, memasak. Pastu rajin pulak aku gantung semula semua baju keje dalam almari. Baju pregnant semua dah dikeluarkan – simpan untuk next pregnancy (hopefully another 2 or 3 years – cewahh, planning tak hengat, jangan terbabas lagi tahun nih sudahh.. hihi). Ikutkan hati nak iron semua baju keje siap-siap. Tapi, iron board dah patah kaki. Tunggu beli iron board baru baru iron baju. Tak kuasa duduk atas lantai iron baju lelama. Sakit bontot.

Ohhh tak sukanya bila berjauhan dengan Mamoru. Malam nih je dah dua kali aku call dia. Nak call lagi tapi malu. Kang apa pula kata colleague dia. Confirm Mamoru jadi bahan gelak.. hmmpp.

Teringin nak jadi macam dulu. Duduk berkepit dengan Mamoru tak kira masa. Sekarang dah kurang. Masa banyak habis untuk Amarr dan Ariff. Oh, Ariff adalah sangatttt pantang tengok aku duduk rapat-rapat dengan Mamoru. Confirm dia nak menyelit ditengah-tengah. Dan bila Ariff tidur, Amarr pulak start ‘menyanyi’. Haih, camno?

No, bukan nak blame anak-anak bila masa untuk bermesra semakin kurang. Anak adalah pengikat kasih sayang. Cuma biasalah, bila ada anak kecik, dua tahun pertama tu memang agak mencabar. Bila umur derang 3 tahun ke atas, insyaAllah, semua akan jadi mudah. No more zombie in the morning.

Ikutkan, tempoh 3 tahun tak lama. Tapi, takkan nak tunggu sampai 3 tahun baru nak bermesra semula? Kalau nak relation tu bertahan, kita kena kreatif. Bila tiba saat macam nih, aku rasa agak bertuah. Sebab Mamoru dan aku sependapat dalam banyak perkara. Kami berkongsi minat dalam xtvt outdoor (hiking, mountain climbing, rafting).

Dan yang paling best, since kami tak dapat join xpdc yang mengambil masa yang lama dalam hutan, kami dah decide untuk masuk kelas sehati berdansa tarian. Oh, tak sabarnya nak belajar quickstep, foxtrot, waltz, rumba, cha-cha, etc, etc! Tuu diahhh, orang gunung nak belajar ballroom dancing katanya.. we’ll see how it goes.

Me: “aD tak suka lah asyik jauh dengan b. Dapat spend masa taim wiken je. Pastu wiken pulak aD ada keje”
Mamoru: “Sorry sayang. b jarang spend masa dengan sayang. Keje tengah banyak sekarang nih”
Me: “b, apa kata kita masuk ballroom class? Boleh spend masa sesama selain dari pergi hiking”
Mamoru: “Menarik! Kejap lagi b google dance class yang dekat dengan area rumah. Kita daftar sesama”
Me: “Err.. b ni seriyes ke ni?”
Mamoru:Ye lah, tapi b tanak sayang belajar sekerat jalan tau!”

Oh, wow.. lihat siapa yang lebih bersemangat sekarang. Never thought that Mamoru would fall for my crazy idea. Aku pulak yang nervous dibuatnya.

Baiklah, aD akan belajar bersungguh-sungguh!

Permalink 2 Comments

>My all time fav in the 90s

February 8, 2011 at 1:00 pm (Uncategorized)

>

Ikutkan, aku ada banyakkkkk lagu faveret masa sekolah menengah dulu. Tapi, yang aku list kan kat bawah nih special sikit sebab taim tu aku sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli kaset. Err.. rasa macam tua pulak bila sebut kaset. Zaman dah banyak berubah ek. Dari kaset jadi CD pastu jadi USB. Nasib baik aku tak hidup di zaman piring hitam.. punya lah besau mender alah tu.

Oh, satu lagi yang menyebabkan lagu ni special sebab kesemua penyanyi kat bawah nih dah lama menghilang. Kira macam siapa yang wujud pada zaman aku membesar je kenal penyanyi lagu-lagu nih. Memori sungguh.


East 17
Stay Another Day


911
The Journey


Tommy Page
Time


PJ & Duncan
Perfect


Spice Girl
Mama

Permalink 1 Comment

>Its tonight

February 7, 2011 at 2:00 pm (Uncategorized)

>

Going to celebrate our 3rd years wedding anniversary, tonight!

Oh why I’m so nervous?!


Him. My Mamoru.


Me. My love is all about him. And it will always about him (oh, and our sons of cos)

Hepi anniversary, Love! Can u believe it? Its been 3 years already. Cant wait for our 30th (insyaAllah) or 300th (if we live that long)!!

Permalink 4 Comments

>Balik Kampung

February 3, 2011 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Cuti panjang raya cina. Tapi pada aku takde lah panjang mana sebab Sabtu ni dah kena balik KL semula – Mamoru kena pergi site (outstation lagi). Gerem aku bila Mamoru cakap dia kena kerja di hari cuti. Takpe, terima je lah.


Sementara hati masih panas, jom sejukkan diri dengan memakan aiskrim. Oh, aku suka 31st day of the month – sebab ada Baskin Robbin ada diskaun 31%. Boleh beli aiskrim berbakul-bakul!

Ariff sekarang suka sangat sebut:

Ya Allah (dia akan sebut bila orang marahkan dia)
InsyaAllah (yang nih dia akan guna secara tiba-tiba je – sangat jelas sebutan dia)

Ok. later tomorrow. Have a hepi holiday.

Permalink Comments Off on >Balik Kampung

>BBQ kat swimming pool

February 2, 2011 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Adik beradik aku ni, kalau sebut pasal BBQ, derang memang champion. Tak kira, bila-bila masa pun. Asal sebut je nak panggang-memangang, semua pakat angguk kepala.

Malam aritu, kami ber BBQ tepat pukul 12 tengah malam. Adik aku punya plan la ni. Nasib baik pasaraya kat KL nih buka sampai tetengah malam. Senang la nak beli barang-barang untuk BBQ.

Oh, lagi satu, kalau bab-bab membeli ni, adik-beradik aku memang sangat generous. Bahan mentah yang dibeli memang macam nak jamu satu bangunan apartment aku duduk ni. Banyak gila. Dengan siakap, pari, daging kambing, lembu, ayam, sosej…

Pening juga aku memikirkan kat mana nak panggang makanan nih semua. Takkan atas dapur kut (maklum lah, duduk rumah tinggi ni memang takde space langsung). Sudahnya, kami turun ke swimming pool, pegi sewa tempat BBQ kat kedai makan bawah apartment ni.

Danging kambing panggang.. oh, terbaik!


Siakap yang dah dilumur dengan rempah plus sos blackpaper.. syedappnyaa…


Makanan yang lelain tak sempat nak snap. Leka berborak. Pukul 1.00 pagi siap masak! Penat, tapi best. Lain kali boleh buat lagi.. tapi buat awal sikit ye adik-adikku sekalian!

Permalink Comments Off on >BBQ kat swimming pool

>Makeupfreak’s makeover

February 2, 2011 at 7:00 am (Uncategorized)

>

Another makeup makeover from www.Makeupfreak.net Feel free to check for the rest of the photos in our Facebook.
Emily Halim’s enggagement

Emily before makeup
Doing her hair
Roses to add the sweet look
And she’s ready for the ring

Permalink Comments Off on >Makeupfreak’s makeover

>Mari duduk bang

February 1, 2011 at 7:00 am (My precious Ariff)

>

KL cuti arinih. Mari rehatkan minda dan enjoy cuti yang ada.


“mari duduk uncle & untie semua, nak makan apa? Ariff boleh masakkan”

Gambar masa tengah masak dodol taim bulan puasa tahun lepas. Gaya Ariff sangkut kain kat atas bahu macam dia pula yang memasak 🙂

Permalink 1 Comment