>BBQ kat swimming pool

February 2, 2011 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Adik beradik aku ni, kalau sebut pasal BBQ, derang memang champion. Tak kira, bila-bila masa pun. Asal sebut je nak panggang-memangang, semua pakat angguk kepala.

Malam aritu, kami ber BBQ tepat pukul 12 tengah malam. Adik aku punya plan la ni. Nasib baik pasaraya kat KL nih buka sampai tetengah malam. Senang la nak beli barang-barang untuk BBQ.

Oh, lagi satu, kalau bab-bab membeli ni, adik-beradik aku memang sangat generous. Bahan mentah yang dibeli memang macam nak jamu satu bangunan apartment aku duduk ni. Banyak gila. Dengan siakap, pari, daging kambing, lembu, ayam, sosej…

Pening juga aku memikirkan kat mana nak panggang makanan nih semua. Takkan atas dapur kut (maklum lah, duduk rumah tinggi ni memang takde space langsung). Sudahnya, kami turun ke swimming pool, pegi sewa tempat BBQ kat kedai makan bawah apartment ni.

Danging kambing panggang.. oh, terbaik!


Siakap yang dah dilumur dengan rempah plus sos blackpaper.. syedappnyaa…


Makanan yang lelain tak sempat nak snap. Leka berborak. Pukul 1.00 pagi siap masak! Penat, tapi best. Lain kali boleh buat lagi.. tapi buat awal sikit ye adik-adikku sekalian!
%d bloggers like this: