>Menari?

February 9, 2011 at 11:32 pm (Uncategorized)

>

Dah tengah malam baru teragak nak jenguk blog nih. Hari nih tak ada auto-publish entry. Malas nak buat. Sebab.. Mamoru tak ada.

Ya, dia outstation lagi. Dan bila dia outstation, mood untuk update blog pun agak kureng. Kalau aku paksa diri menulis pun, confirm akan keluar entry leleh-leleh – emo-terlebih. Haih.

Bosan duduk sensorang dalam gelap nih. Nak pasang lampu takut Ariff & Amarr terjaga. Tahan je lah.

Makin stress bila fikir cuti maternity yang tinggal tak sampai 2 minggu lagi. Double haih.

Hari nih seharian mengemas rumah, membasuh, memasak. Pastu rajin pulak aku gantung semula semua baju keje dalam almari. Baju pregnant semua dah dikeluarkan – simpan untuk next pregnancy (hopefully another 2 or 3 years – cewahh, planning tak hengat, jangan terbabas lagi tahun nih sudahh.. hihi). Ikutkan hati nak iron semua baju keje siap-siap. Tapi, iron board dah patah kaki. Tunggu beli iron board baru baru iron baju. Tak kuasa duduk atas lantai iron baju lelama. Sakit bontot.

Ohhh tak sukanya bila berjauhan dengan Mamoru. Malam nih je dah dua kali aku call dia. Nak call lagi tapi malu. Kang apa pula kata colleague dia. Confirm Mamoru jadi bahan gelak.. hmmpp.

Teringin nak jadi macam dulu. Duduk berkepit dengan Mamoru tak kira masa. Sekarang dah kurang. Masa banyak habis untuk Amarr dan Ariff. Oh, Ariff adalah sangatttt pantang tengok aku duduk rapat-rapat dengan Mamoru. Confirm dia nak menyelit ditengah-tengah. Dan bila Ariff tidur, Amarr pulak start ‘menyanyi’. Haih, camno?

No, bukan nak blame anak-anak bila masa untuk bermesra semakin kurang. Anak adalah pengikat kasih sayang. Cuma biasalah, bila ada anak kecik, dua tahun pertama tu memang agak mencabar. Bila umur derang 3 tahun ke atas, insyaAllah, semua akan jadi mudah. No more zombie in the morning.

Ikutkan, tempoh 3 tahun tak lama. Tapi, takkan nak tunggu sampai 3 tahun baru nak bermesra semula? Kalau nak relation tu bertahan, kita kena kreatif. Bila tiba saat macam nih, aku rasa agak bertuah. Sebab Mamoru dan aku sependapat dalam banyak perkara. Kami berkongsi minat dalam xtvt outdoor (hiking, mountain climbing, rafting).

Dan yang paling best, since kami tak dapat join xpdc yang mengambil masa yang lama dalam hutan, kami dah decide untuk masuk kelas sehati berdansa tarian. Oh, tak sabarnya nak belajar quickstep, foxtrot, waltz, rumba, cha-cha, etc, etc! Tuu diahhh, orang gunung nak belajar ballroom dancing katanya.. we’ll see how it goes.

Me: “aD tak suka lah asyik jauh dengan b. Dapat spend masa taim wiken je. Pastu wiken pulak aD ada keje”
Mamoru: “Sorry sayang. b jarang spend masa dengan sayang. Keje tengah banyak sekarang nih”
Me: “b, apa kata kita masuk ballroom class? Boleh spend masa sesama selain dari pergi hiking”
Mamoru: “Menarik! Kejap lagi b google dance class yang dekat dengan area rumah. Kita daftar sesama”
Me: “Err.. b ni seriyes ke ni?”
Mamoru:Ye lah, tapi b tanak sayang belajar sekerat jalan tau!”

Oh, wow.. lihat siapa yang lebih bersemangat sekarang. Never thought that Mamoru would fall for my crazy idea. Aku pulak yang nervous dibuatnya.

Baiklah, aD akan belajar bersungguh-sungguh!

2 Comments

  1. mrs puex said,

    >Wahh..Dancing kls..menarikk…nnti kt gunung ley la dancing dancing togeter2kan..ahaks..lomantikkk uu!!!

  2. Cik Jah said,

    >heheh bestnya ad..laki cikjah kalau nak menari2 tiba2 cik jah yg pitam huahuahua….mimpi apa laki ku itu.:P

Comments are closed.

%d bloggers like this: