>Make over untuk dinner

November 9, 2009 at 10:08 pm (Make up)

>Kami make up untuk sekumpulan 7 orang client kat Jalan Gurney. Derang semua nak pegi dinner alumni sekolah derang kat Sunway Hotel. Besar gila rumah kat sana – macam Istana (seriyes besar tau – confirm bilik dalam rumah tu lebih dari 10!).

Tapi aku make up kan sorang je lah.. hih


Muka sebelum make-up. Lupa nak tanya nama akak nih. Nak cepat taim tu.


In the making. Mencabar sungguh bila kena makeupkan orang di bawah lampu kuning.


Selepas make over. Gambar tak jelas. Kamera kompak aku tak berfungsi dengan baik diwaktu malam.. tsskkkk.. tak dapat tengok detail 😦 Apa pun, aku puas hati, akak tu suka sangat dengan make up aku. Suka tengok dia tersenyum je lepas make up 🙂


Our make up team, dari kiri; yours truly, Misha, Ian Sham & Ain

Advertisements

Permalink 4 Comments

>Make over bridesmaid

November 9, 2009 at 4:00 pm (Make up)

>

Another make over (for wedding kat Bora Ombak tengahari semalam). Aku make up kan untuk Bridesmaid je 🙂

Tak sempat nak ambil gambar ‘before’ Mas. Nak kejar masa.. pluss, aku lupa, boleh? Frust jugak tapi layan kan je lah gambar ‘after’ kat bawah nih.


Tak boleh make up lelebih sangat sebab tak nak pengapit ‘melebih’ dari pengantin.


Mas senyap je masa aku make up kan. Nervous juga, takut dia tak suka ke apa. Tapi tak sangka, lepas habis make up Mas peluk aku. Dia cakap, tenkiu sebab buat dia jadi cantik.. terharunyaaaaa..


Sweet je kan Mas nih 🙂


Close up muka Mas. Aku guna warna soft & natural. Tang bulu mata tu, I just can’t help it – I just loveeee the dramatic effect.. hihi.

Permalink 2 Comments

>Make over Ain

November 9, 2009 at 8:41 am (Make up)

>

I know.. I know.. ai dah seminggu lebih tak update blog. I busy tau. Busy spend masa dengan Ariff, busy make up kan orang, busy attend kelas, etc. Lagipun cuti ai tinggal seminggu nih je uolss. Next monday ai dah start keje ok. Thats why laa ai prefer untuk memaksimumkan saki baki cuti ai dengan perkara yang ai suka – make up!


This is Ain, my new friend. Bakal jadi nurse dia nih. Dia dengan sukarela untuk jadi model make up aku.. hihi (thanks Ain). Nih muka Ain sebelum di make up kan.


Ain in the making.


Ain selesai di make over oleh aii.. pandangan sisi.


So camne, geng? Ok tak? (I need comments, pls 🙂

Permalink 7 Comments

>Eyeshadow lagi

August 5, 2009 at 9:00 am (Make up)

>

Aku tak sabar tunggu set berus makeup yang aku order dari Kryolan. Sangat tak sabar ok. Tak sabar nak kembali aktif mekap-mekap kan muka orang.. haha.. *Oh, adik perempuan no.6 suruh aku make up kan dia masa hari pernikahan dia nanti.. *eksaited*.. Tak sabar nak transform muka my ugly duckling sister menjadi princess Cinderella.. haha (matilah kena hempuk dengan adik aku)


Takde special occasion pun. Saja memain make up sementara tunggu Mamoru balik rumah (kes boring takde keje nak dibuat masa Ariff tidur.. hik)


Aku guna eyeshadow dari Loreal je.


Nampak natural dari jauh.

Permalink 4 Comments

>Solekan mata simple III

June 5, 2009 at 7:00 am (Make up)

>

Buat yang nak aku buat entry step by step tu, nenanti laa ya? Bukan apa, tak larat nak mengamik gambar sekarang nih. Cepat je penat kalau menghadap cermin lelama. Kebanyakan gambar solekan mata yang aku upload kat sini semuanya Mamoru yang amikkan. Tu pun, lepas aku siap bersolek. Kalau nak suruh dia amik satu-satu gambar in the making, aku rasa mau bosan suami aku tu.. hik.

Gambar kat bawah nih di amik sebelum aku keluar rumah pegi weekly check-up kat Al-Islam.




Kali nih aku guna kombinasi dua warna merah & coklat




Sedikit hi-lite kaler putih, eyeliner + maskara.. dan dah siap.. haha




Gambar penuh.. dengan rambut yang belum bersikat – tak menyempat nak bergambar katakan…




Tembam jugak aku ek? Takper, tunggu aku bersalin nanti.. 

Permalink 4 Comments

>Solekan mata simple II

May 28, 2009 at 1:00 pm (Make up)

>Apalagi yang boleh dibuat disaat camni selain dari memanjakan diri sepanjang masa. Layan kan je lah gambar kat bawah nih.


Nih gambar pagi tadi, sebelum pegi checkup kat Al-Islam.


Kurang pencahayaan lah. Aku guna 2 warna je – combination kaler gold dengan hitam. Pastu tenyeh maskara dengan eyeliner – simple smokey eyes.


Tak dapat make-up kan orang, make-up diri sendiri pun jadi lah.. hihi


Nih pulak warna berlainan. Aku guna mineral eyeshadow dari Loving Mineral. Eyeshadow nih jenis serbuk tau. Gambar nih aku amik masa bergambar dengan Ning kat Mid Valley aritu.



Aku guna 3 kaler – pink, hijau & coklat gelap.. Nampak comot sikit sebab aku belum bubuh hi-lite kat bawah kening.



Nih yang dah complete dengan hi-lite.. baru nampak kemas 🙂

Permalink 6 Comments

>Make Over II

May 26, 2009 at 12:00 pm (Make up)

>

Nih antara keje aku taim boring-boring duduk rumah. Me-make-over-kan muka sesiapa sahaja yang sudi menadahkan muka (selalunya adik no.6 jadi mangsa).

Layan kan je lah hasil make-up aku nih. At least bila buat sesuatu yang aku suka, boleh elak dari terus berfikir pasal “bila nak bersalin”? Kan?


(Gambar sebelum make over) Seperti biasa, model kali nih adik no. 6. Pasnih aku try cari muka lain pulak ek. Kut kalau korang nak rasa muka di make-up kan secara free (tak kira untuk apa-apa occasion), sudikan lah panggil aku ek. Tapi lepas aku habis pantang laa.


(Gambar selepas makae over) Amacam, ok tak? Aku guna warna natural je.


Yep, aku guna bulu mata palsu.. untuk mata yang lebih mengancam.. hihi.


Tapi walaupun pakai bulu mata palsu, tak nampak ketara sangat kan? Nampak macam natural je kan? kan?


Ada perubahan tak gambar sebelum dan selepas?


Ok, next.. muka siapa pulak ek yang sudi di make-over kan oleh aku? Hihihihi

Permalink 13 Comments

>Solekan mata simple

April 14, 2009 at 11:00 am (Make up)

>

Aku suka sangat main dengan make-up. Suka pakai mekap dan sukaaa mekap kan orang (read as: adik-adik aku.. hihihi). Tapi aku belum pro lagi dik nonn. Make-up pun sekadar ikut sedap mata aku memandang je. Nanti lah, aku amik kursus professional jadi make-up artist baru aku berani nak mekapkan muka orang lain.. hik.

Selalu tuu jarang aku nak upload gambar-gambar aku bermake-up. Mostly sebab banyakkkkk gambar syiok sendiri atau gambar yang aku snap tu tak clear (aku tak reti lah nak setting kamera nih).

Layan kan je lah gambar kat bawah nih. Model: aku sendiri laa.. hihihi. Sory yer, takde gambau ‘before’.. semua yang ‘after’ je. Aku pun tataw mode apa yang aku guna untuk kaler nih. Kita namakan mode ‘earthy’ je lah ek.. hihihi (pepandai je aku).


Ada tiga jenis warna yang aku guna; kuning, coklat & hitam. Eye liner pulak aku tak pakai seluruh mata. Aku calit kat dari bahagian tengah kelopak mata hingga ke bahagian luar kelopak mata. Pastu bubuh maskara lite-lite je.


Gambau finishing dedua kelopak mata pulak.. hihihi.


Tatt tarrraaa.. nampak cam natural kan? Takde over sangat. Sesuai untuk keluar jenjalan.


Satu lagi gambar aku up kat sini.. err.. tapi yang nih kurang pencahayaan lah. Tak jelas sangat effect eye-shadow tu.

p/s: Jenama make-up yang aku guna semuanya jenis murah-murah sahajor.. hihi. Range dari Maybeline, Loreal, Silkygirl, Avon pun ado 🙂

Permalink 16 Comments