>Ariff haircut

January 26, 2011 at 1:00 pm (My handsome Amarr, My precious Ariff)

>

First time bawa Ariff jumpa barber. First time juga aku benarkan orang lain gunting rambut Ariff. Sebab selama nih, aku lah satu-satunya favourite hairstylist Ariff sejak dia lahir.

Tapi disebabkan aku tak ada mesin dalam gambar diatas, dan disebabkan nak guna gunting biasa mengambil masa yang lama, dan juga disebabkan Ariff tak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama sekarang nih, aku redha je lah bawa Ariff jumpa barber (Mamoru, cepat belikan saya mesin dalam gambar nih. Saya dah ada 2 orang client setia ok, jadi saya perlukan mesin ini untuk proses penguntingan yang lebih cepat dan kemas)


Muka Ariff kelihatan sedih. Maybe dia takut tengok uncle barber yang garang dan misai melentik. Ariff langsung tak bergerak sepanjang proses gunting rambut nih 🙂


Pose dengan mummy and Amarr.. oh, mummy lupa nak pakai mekap. Nampak agak selenga dalam gambar nih. Tapi mummy tetap vangga sebab mummy ada dua orang putera comel 🙂


Ariff dengan rambut pacak. Tenkiu uncle barber!
Advertisements

Permalink 2 Comments

>Hepi 2 months birthday

January 26, 2011 at 12:00 pm (My handsome Amarr)

>

Selamat hari lahir yang ke-2 bulan buat kesayangan mummy, Amarr. Sepatutnya, hari nih mummy bawa Amarr pergi jumpa Paed. Hari tu kan dah janji nak ambil normal imunisasi plus rotavirus. Tapi daddy outstation pula. Kita tunggu daddy balik hujung minggu nih baru pergi amik jab ya? Mummy nak pergi sendiri takut tak boleh manage pula. Mana nak dukung Amarr, mana nak pegang abang Ariff. Abang Ariff pun ada appointment dengan Paed juga.

Oh, mummy juga nak wish hepi 2 months old birthday buat kembar Amarr, Adam yang sambut lahir hampir serentak dengan Amarr 🙂


Amarr dan Adam dalam playpen. Kebetulan pulak kedua-duanya pakai baju belang-belang. Amarr pakai baju belang kelabu. Adam pakai belang hitam.


Comel tengok dedua kembar nih menguap serentak


Semoga memasing jadi kawan yang baik dan saling membantu ya 🙂


Mummy sayang semua anak mummy!

Permalink 1 Comment

>Hadiah untuk Amarr

January 19, 2011 at 10:00 am (My handsome Amarr)

>

Lama dah Amarr dapat hadiah-hadiah nih. Mummy dia je yang lambat upload kat sini. Alasan? Tak ingat gambar nih save kat mana.. tsskkk. Cari tak jumpa. Ni pun, ada lagi gambar hadiah yang tak jumpa.. huhu

Buat pengirim hadiah untuk Amarr, mummy dia cakap tenkiuuuu sesangat!


Nih hadiah dari auntie Effa. Amarr tak reti nak main toys nih. Abang Ariff dah rasmikan dulu 🙂


Ni rompers dari auntie eL 🙂


Ni pula, baju Mickey Mouse dari auntie Biqque 🙂


Amarr yang terpegun tengok muzikal mobile toys 🙂


“Tenkiu auntie-auntie semua!” xoxo

Permalink 1 Comment

>Kembar Amarr

January 17, 2011 at 1:00 pm (My handsome Amarr)

>

Nih gambar Amarr dengan sepupu dia, Adam. Adam nih anak kepada adik perempuan aku yang no.6.

Menariknya tentang dedua sepupu nih bila derang berdua lahir pada hari yang sama (Jumaat, 26 Nov 2011) dan masa yang hampir sama. Adam tua sejam je dari Amarr 🙂


Amarr pakai baju biru. Adam baju hijau 🙂


Agak-agak, derang kamceng tak bila dah besar nanti? Hihi


Ariff suka sangat cium Amarr dan Adam tau. Penyayang sungguh abang Ariff nih


Memasing tengah leka tengok tv


Abang Ariff jadi chief 🙂

Permalink Comments Off on >Kembar Amarr

>Amarr in ring sling

January 2, 2011 at 3:47 pm (My handsome Amarr)

>

As promised. Pics of me wearing Amarr in my ring sling. I gotta say write this: I’m so in loveeeee with my ring sling!

Tak perlu nak pangku kepala Amarr or risau Amarr terjatuh ke apa. Sangat kukuh. Yang penting, Amarr sangat selesa dan asyik tidur je sepanjang masa bila aku masukkan dia dalam ring sling. Dan sangat memudahkan pergerakkan aku juga. Boleh bawa barang guna kedua-dua tangan sambil bawa Amarr kemana-mana 🙂


See what I mean? Sangat selesa sampai tertidur Amarr kat dalam tu. Macam duduk dalam tummy mummy kan Amarr?


Nampak comel je bila pakai. Suka sangat bila ring sling nih dicipta dengan warna dan design yang agak stylo. Tak la aku rasa macam makcik-makcik Indon.. huhuhu.


Ada banyak cara pakai mender alah nih. Tapi untuk baby usia sebulan macam Amarr, this is the best & safer way 🙂


Ok, gambar-gambar seterusnya adalah saja menggedik.. huahuahua


Ring sling nih pun boleh diguna untuk carry Ariff tau. Nanti aku bubuh gambar taim carry Ariff pula kay.


Pose tayang muka mummy hihihi


Oh, juntaian kain yang terlebih tu boleh diguna sebagai nursing cover. Tak perlu menyoroklagi taim nak susukan baby 🙂

Again, thanks to JumpSac Baby for this ring sling 🙂

Permalink 5 Comments

>Amarr 1 month old

January 1, 2011 at 7:35 am (My handsome Amarr)

>


Trip ke hospital.. huhu.

Ariff ada appoinment dengan paed untuk 1 tahun 6 bulan punya jab. Tapi, doktor kata Ariff missed suntikan masa umur dia setahun. Aku ingatkan Ariff dah amik suntikan tu. Cek punya cek, masa usia Ariff setahun aritu, dia kena admitted ke Al-Islam, maybe masa kelam kabut tu aku assume doktor ada bagi jab kut. My mistake. Nasib baik doktor kata dia still boleh amik suntikan tu (Kami sekalikan dengan imunisasi untuk cacar air). So, next month kena bawa Ariff untuk suntikan 1 tahun 6 bulan pula.

Amarr pun ada appointment dengan Paed yang sama. Dia kena amik first month jab. Aku suruh doktor schedule kan imunisasi extra untuk Rotavirus & Pnemucocoal (sama macam Ariff). Baru adil. So, next month, Amarr akan amik 2 suntikan sekaligus. Harap dia kuat macam Ariff.

Layan kan dulu gambar kat bawah nih. Tak dapat nak taip lelebih. Rushing.. rushingg.



Amarr kena timbang. Berat dia dah 4.68kg. Tinggi 56cm


Amarr sebelum kena injek. Diam je dia tau 🙂


Mummy Amarr pulak yang lelebih takut taim nih. Tu bukan takut yang dibuat-buat tau. Seriyes aku tak sanggup tengok Amarr kena injek. Nasib baik Paed yang bagi injektion. Takde lah risau sangat 🙂


Ariff yang leka dengan toys atas meja Paed. Berat Ariff sekarang 11.5kg. Takde peningkatan. Susah nak suruh dia makan sekarang nih. Tinggi Ariff 89 cm. Tinggi kan dia? Tinggi aku pun 155 cm je.


Amarr di usia sebulan 🙂


Sedang lena zzzzzz..

Permalink Comments Off on >Amarr 1 month old

>Gambar Amarr di usia seminggu

December 9, 2010 at 11:53 am (My handsome Amarr)

>

Layan kan dulu gambar-gambar Amarr dalam usia seminggu nih sementara mummy dia draft entry pengalaman bersalinkan dia 🙂


Nih gambar Amarr pakai baju abang Ariff. Agak besar baju-baju Ariff masa baby dulu. Maklum lah, berat Ariff masa lahir 3.69 kg. Amar just 2.93 kg je.


“Hello uncle & untie semua, salam perkenalan dari saya”


“Nama saya Amarr Fadzillah”


“Opss… saya nangis pun kena candid juga”


“Hobi saya buat masa nih adalah tidur”


“Hari nih saya tidur bawah cahaya matahari”


“Moyang saya suka jemur saya pepagi. Nak elak kuning katanya”


“Kalau cuaca dalam rumah panas sangat, mummy akan tolak katil saya ke luar rumah”


“Jumpa lagi lain entry ya :)”

Permalink 10 Comments

>Amarr Fadzillah

December 8, 2010 at 4:07 am (My handsome Amarr)

>

Perkenalkan, anak kedua kami, Amarr.

Lahir pada hari Jumaat, 26 November 2010, lepas Asar 4.55 pm. Berat 2.93 kg. Tinggi 51 cm.


Amarr beberapa saat selepas dilahirkan.

Me and Amarr. Alhamdullilah, tak sampai 3 jam aku menahan kesakitan, Amarr pun lahir. Semuanya dipermudahkan. Syukur.

Amarr yang tak banyak ragam 🙂

Close up. Rambut yang terpacak tu bukan aku yang buat. Nurse kat Al-Islam ni suka sangat mengulit dia. Maklum lah, dia satu-satunya baby boy yang ada kat situ. Yang lain semua ge-girl.

Pengalaman bersalin baby Amarr? Will update later. Soon! Tunggu kay.

Permalink 8 Comments

>Dah selamat bersalin :)

December 7, 2010 at 5:04 pm (My handsome Amarr, My Pregnancy)

>

Alhamdullilah.

Semuanya dipermudahkan. Syukur.

Aku dah selamat melahirkan seorang lagi baby boy pada hari Jumaat, 26 Nov 2010 (baru hari ni dapat update sebab hanphone HTC Touch HD merangkap portable modem yang selalu aku guna untuk online dari rumah dah hilang.. tssskkk)

Tapi tak kisah.

Yang penting sekarang, my babies 🙂

Ohh.. nama baby baru ni?

Amarr Fadzillah bin Noor Fadzillah.

Will update more pics tonite. Amarr dah merengek. Nak susu kan dia.

p/s: Aku bersalin serentak dengan adik aku.. haha. Gap setengah jam je. Nama baby dia Ahmad Adam Danial bin Mohd Hazwan 🙂

Permalink 7 Comments