>Mari duduk bang

February 1, 2011 at 7:00 am (My precious Ariff)

>

KL cuti arinih. Mari rehatkan minda dan enjoy cuti yang ada.


“mari duduk uncle & untie semua, nak makan apa? Ariff boleh masakkan”

Gambar masa tengah masak dodol taim bulan puasa tahun lepas. Gaya Ariff sangkut kain kat atas bahu macam dia pula yang memasak 🙂
Advertisements

Permalink 1 Comment

>Suka! Suka!

January 28, 2011 at 12:00 pm (My precious Ariff)

>

Semalam masa aku tengah duduk atas sofa tengok tv, tiba-tiba Ariff datang kat aku sambil buat senyuman hensem dia yang aku suka.

Dia berdiri bebetul depan aku. Dia pointed kat hidung dia dengan jari telunjuk dia.

“Nose” kata dia.

Aku senyum sambil tepuk tangan.

Pastu dia tunjuk mata dia.

“Eyes” kata dia.

Aku tepuk-tepuk tangan lagi. Dah selalu sangat dia tunjuk nose dan eyes kat aku. Cuma yang buat aku impress tu, bila dia pointed kat pipi dia..

“Cheek” kata dia.

Very good Ariff! Tepuk-tepuk lagi.

“Mouth” kata dia lagi sambil tunjuk kat mulut dia. Pastu..

“Ears”

“Hair”

Oh, tetiba aku rasa hepi gila. Ariff dah pandai labelkan sendiri anggota badan dia. Suka! Paling best bila sebutan Ariff jelas dan tak pelat.

Buat masa ni setakat tu je lah yang dia tahu. Yang lain dia pandai sebut tapi tak tahu nak match kan lagi. Mungkin tak sehebat anak orang lain. Tapi cukuplah untuk budak usia setahun tujuh bulan macam Ariff.

Apa pun, well done Ariff! Mummy so proud of you! *kiss kiss

p/s: Ayat fav Ariff sekarang, “terima kasih”. Tk kisah lah sama ada orang bagi dia barang atau dia bagi orang lain barang, semua dia bantai sebut terima kasih. Oh, oh, dan Ariff suka mimik orang Azan sambil letak dedua tapak tangan kat telinga
*

Permalink Comments Off on >Suka! Suka!

>Mana daddy?

January 27, 2011 at 11:55 am (My precious Ariff)

>

Ariff dah pandai rindu-rindu. Sebelum nih, dia tak pernah kisah kalau aku or Mamoru tinggalkan dia kat rumah. Tapi sejak hari Selasa aritu Ariff asyik laa duk cari daddy dia.

Kekejap kang dia tanya aku, “daddy? daddy?”

Penat pulak nak menjawab, “daddy work.”

Berkerut-kerut kening dia fikirkan “work” tu apa. Takperlah, dalam seminggu-dua ni insyaAllah dia faham makna “work” tu.

Bagus juga bila Ariff dah start bertanya. Proses pembelajaran dia sekarang boleh buat dua hala compare dengan sebelum nih.

Cuma yang tak best tentang soalan dia kali ni, bisa buat aku mati kutu bila jawapan aku dibalas dengan raungan syahdu. Terpaksa aku call Mamoru pastu loudkan speaker suruh Ariff bercakap dengan daddy dia.

Oh, Mamoru cepatlah balik, Ariff dah rindu.

Permalink Comments Off on >Mana daddy?

>Ariff haircut

January 26, 2011 at 1:00 pm (My handsome Amarr, My precious Ariff)

>

First time bawa Ariff jumpa barber. First time juga aku benarkan orang lain gunting rambut Ariff. Sebab selama nih, aku lah satu-satunya favourite hairstylist Ariff sejak dia lahir.

Tapi disebabkan aku tak ada mesin dalam gambar diatas, dan disebabkan nak guna gunting biasa mengambil masa yang lama, dan juga disebabkan Ariff tak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama sekarang nih, aku redha je lah bawa Ariff jumpa barber (Mamoru, cepat belikan saya mesin dalam gambar nih. Saya dah ada 2 orang client setia ok, jadi saya perlukan mesin ini untuk proses penguntingan yang lebih cepat dan kemas)


Muka Ariff kelihatan sedih. Maybe dia takut tengok uncle barber yang garang dan misai melentik. Ariff langsung tak bergerak sepanjang proses gunting rambut nih 🙂


Pose dengan mummy and Amarr.. oh, mummy lupa nak pakai mekap. Nampak agak selenga dalam gambar nih. Tapi mummy tetap vangga sebab mummy ada dua orang putera comel 🙂


Ariff dengan rambut pacak. Tenkiu uncle barber!

Permalink 2 Comments

>Mummy sayanggg Ariff

January 17, 2011 at 10:30 am (My precious Ariff)

>

Hari nih nak lambakkan gambar hero kesayangan aku bebanyak kat blog ni. Lama tak upload gambar dia 🙂

Nih semua gambar semalam, masa kat kampung.

Ariff dah setahun 7 bulan sekarang. Semakin banyak perkataan yang dia dah pandai sebut. Antara yang aku ingat :

Dodok (duduk)
Tepi
Takut
Pampesh (pampers)
Nose
Eyes
Hair
Bird

Note: Ariff sangatttt suka tengok filem ‘Magika’. Dia boleh layan tengok cerita nih dari mula sampai habis! Pastu duk ulang-ulang sampai ntah berapa ratus kali. Sampai aku dah naik hafal dialog & lagu dalam cerita tu. Disebabkan Ariff suka tengok movie muzikal, aku sekarang tengah mencari cerita muzikal lain yang sesuai untuk dia (korang ada suggestion? Aku fail sikit cerita muzikal camnih)


Rasa tak puas je tengok Ariff membesar. Kalau setahun yang dulu Ariff still baby dan sangat mudah didukung, dipeluk… sekarang dia dah besar tinggi – separuh dari ketinggian aku tau. Ariff 89cm, aku 155cm!


Dan paling buat aku sedih, bila semakin susah nak peluk atau cium Ariff. Dia cepat rimas.. Kalau nak peluk dia dan cium pepuas, kena tunggu taim dia tidur je.. tsskkk. Bulu mata Ariff sangattt lebat dan panjang. Mak sedara Mamoru cakap, aku pakaikan Ariff celak. Hisshhh.. takde maknanya. Kalau Ariff tu pompuan, mungkin la kut.


Buah hati pengarang jantung.. tho aku tak faham sangat peribahasa nih, tapi aku rasa, kalau dah babitkan organ dalaman yang penting macam jantung tu.. kira Ariff nih memang penting lah dalam hidup aku.


Geremm sangat tengok dia gelak-gelak camtu. Bila aku nak cium je dia lari-lari. Penat nak mengejar 😦


Dari kecik suka buat muka kelakar.. rindunya kat dia. Walaupun dia sentiasa depan mata.


Kesian Ariff. Taim nih lolipop dia tengah jatuh..


Buat mulut muncung..


Baru lepas mengacau Pak Ngah dia yang sedang basuh kete.


Pastu mengacau daddy dia basuh kereta pulak..

Permalink 2 Comments

>Tantrum

January 11, 2011 at 11:51 am (My precious Ariff)

>

Sejak hari Ahad aritu Ariff asyik mengamuk, menjerit, menangis sampai berjam-jam. Risau aku dibuatnya.

Semalam, start dari maghrib Ariff dah start mengamuk. Apa yang aku buat semua serba tak kena pada dia. Aku pujuk salah. Tak pujuk pun salah. Pening. Ditambah pulak dengan aku tengah hazab menanggung sakit gigi. Oh, sangat menguji kesabaran sungguh.

Bila aku cuba pujuk, Ariff akan jerit-jerit suruh aku pergi jejauh. “Tepi, tepi!”.. kata dia. Sedih aku tau. Pukul 2 pagi baru dia tertidur. Tu pun sebab dah terlalu penat mengamuk.

Pukul 4 pagi tadi, Ariff terbangun. Dan dan tu jugak dia sambung mengamuk lagi. Haru. Mamoru pujuk pun tak jalann. Bila dah penat sangat, baru lah dia sambung tidur balik. Tu pun dah pukul 6 pagi ok.

Aku dah macam zombie dah nih. Mamoru tak tahu la apa khabar dia kat opis tu. Jangan tertidur depan pc udah.

Permalink 4 Comments

>Ariff 1 tahun 6 bulan

December 21, 2010 at 3:52 pm (My precious Ariff)

>

Ariff dah setahun setengah. Sepatutnya awal bulan aritu aku bawa dia jumpa Paed – amik jab. Tapi aku lewatkan sikit. Nak bawa Amarr sekali untuk first month jab. Takde lah berulang-ulang pegi Al-Islam. Dah ada dua baby nih, pergerakan agak terbatas sikit. Nak pegi memana kena consider banyak mender.

Ariff abang yang baik.

Masa memula aku bawa Amarr balik ke rumah, Ariff tak amik port sangat. Aku pun tak risau apa-apa sebab pada aku, Ariff terlalu kecil untuk kenal erti cemburu.

Tapi aku silap. Malam first aku tidur kat rumah (keluar je hospital, aku terus direct ke Melaka – rumah nenek), Ariff terjaga tengah malam dan notice aku tidur atas katil dengan Amarr. Ariff pulak tidur atas tilam kat tepi katil dengan Mamoru.

Tak pernah aku tengok Ariff menangis & mengamuk tetengah malam sampai camtu sekali. Dia marah sangat. Semua mender dalam tangan dia (botol susu, puting) semua dia baling. Maklumlah, sepanjang aku pregnant, aku tidur peluk Ariff tetiap malam. Bila dia tengok aku peluk Amarr, dia jeles kut. Lama ok Ariff mengamuk. Dia menangis dari pukul 2.00 pagi sampai azan Subuh. Last-last dia tertidur jugak sebab penat.

Malam kedua aku ajak Mamoru tidur kat ruang tamu. Bentang tilam dan tidur sesama dengan Ariff & Amarr. So, adil untuk Amarr & Ariff.

Alhamdullilah, lepas tu Ariff ok. Malah terlebih-lebih pulak sayang dia pada Amarr sampai asyik nak kiss Amarr je. Siap nak dukung Amarr ok. Paling melegakan hati, Ariff tak pernah cuba untuk sakitkan adik dia (pukul / cubit).

Sejak balik kampung nih, dah semakin banyak perkataan yang dia dah pandai tutur kan. Suka sangatt!! Atara perkataan yang dia selalu sebut:-

Kum = Assalamualaikum
Mimi = Mummy
Bish = Habis
Pah = Tumpah
Nenek = Nenek
Tuk = Atuk
Cat = Cat (Kucing)
Ana = Amarr (pandai dia sebut.. hihi)
Dak nyerr = Sedapnya
Kupok = Keropok (snek)
Kak = Bukak
Tibi = TV
Gung = Jagung
Tom = Jom

Ariff pun dah pandai tunjuk part anggota badan e.g., “eyes”, “nose” etc

Seronok kan tengok anak kita semakin pandai bercakap. Tak sabar nak tunggu perkataan-perkataan seterusnya dari Ariff.

Permalink Comments Off on >Ariff 1 tahun 6 bulan

>Ariff & Daddy @ Pool

October 25, 2010 at 5:06 pm (My precious Ariff)

>

Hari nih dah boleh jalan laju-laju macam biasa.. hihi. Malam tadi pun boleh tidur dengan lena sampai a few times jugak lah aku kena raba perut nih just to make sure yang aku pregnant sebab langsung tak rasa berat atau sakit, boleh?

Haih, sakit risau.. tak sakit pun risau.

Aku rasa, aku ada dua faktor penyumbang yang menyebabkan terjadinya contraction malam aritu.

1. Salah makan – Aku makan makanan yang terlalu pedas kut (which I doubt it coz aku memang pencinta makanan pedas

2. Sebab err.. sebab.. *censored* (yang nih make sense sikit kut. Moral of the story, jangan geganas.. aumm) *wink kat Mamoru*

Luahan perasaan sekejap:-

Pagi tadi sekali lagi kena attend meeting yang aku tak faham sepatah haram pun apa yang dibincangkan. Tak suka. Tak suka. Boleh tak Head kat dept aku nih bertanggungjawab sikit. Kalau nak assign tugas pun, make sure aku involve dari awal – dari first meeting. Nih dah meeting yang ke berapa belas baru suruh aku take over, tak ke sengaja cari pasal tu? Aku bukan superwoman yang boleh catch up semua mender dalam masa beberapa minit.

Pulak tu salah bagi info pasal meeting. Kata meeting start pukul 9.30 pagi. Tapi masa aku masuk tadi, meeting dah nak habis, boleh?? Oi mana aku nak letak muka beb? Nasib baik Head yang chair meeting tu sporting. Willing to explain in detail khas untuk aku sorang (even tho aku tak paham sepatah haram pun – terpaksa buat muka confident sepanjang masa)

*sigh*

Anw, untuk mengubat hari yang kelabu dengan environment tak sihat nih, layan kan gambar hero-hero kesayangan aku kat bawah nih. Taken last Sunday.

Ariff tengah belajar berenang dengan daddy


Suka betul dapat masuk dalam air


Daddy tengah ajar teknik apungkan diri hihi. First tie Ariff pakai swimming suit nih. Beli kat Mid Valley for RM159.00. Tapi tak begitu sesuai untuk toddler yang baru belajar berenang macam Ariff. Dia tak tahu apungkan diri lagi


Ariff with his cousins (Ayuni & Haziq)


Rindu pulak kat hero berdua nih.. esp yang tak berbaju tu.. hik.. xoxo

Permalink 4 Comments

>Ariff & Upin @ Chillis

October 21, 2010 at 2:03 pm (My precious Ariff)

>

Pagi nih dapat berita yang tak best. Salah seorang colleague kat opis nih akan ditransfer ke Region Office. Reason being, dia punya keje tak up to her immediate supervisor punya expectation. But the truth, semua orang kat sini tau. Kan aku dah cakap kat sini ritu, boss dia jenis meroyan. Suka letak kesalahan kat staff dia walau terang-terang diri sendiri yang bersalah. Kesian member aku nih. Tapi Apa pun, aku tau dia akan lebih hepi kalau duduk Region. Sure lebih aman dan tenteram kalau nak dibandingkan dengan environment tak sihat kat HQ nih.

Semalam aku dapat tau adik no.4 dah balik Kelantan semula. Nih pun satu masalah. Tapi takpe. Biar dia rilek amik angin kat sana dengan anak-anak dia. Sok lusa, kalau dia ready, aku suruh dia balik Melaka semula. Ada projek yang aku nak dia involve. Harap dia setuju.

Oh, adik no.6 bakal melahirkan baby dalam jangka terdekat nih. Estimated in two weeks time. Blog dia pun dah lama tak berupdate. Dah tak larat sangat la tu kut. Dia duk risau bila gynae kat salah satu private hospital nih advise dia suruh buat ceaser semata-mata sebab tinggi dia tak cukup. Adik aku nih memang kecik orangnya. Tapi jangan risaulah. Arwah mak kami dulu pun sama tinggi dengan adik no 6. Tak penah kena ceaser pun. Sepuluh orang anak dia semua lahir normal. So, jangan takut ok. Caiyok!

Lupa pulak nak update, my SIL Sue pregnant lagi. Dah dua bulan lebih rasanya. Fuhh, bertambah ramai lah cucu atok Dollah. Boleh dikatakan tetiap tahun ayah aku akan dapat 2 orang cucu sekaligus!

2007 – Aisyatul Ayuni & Nurul Jasmin
2009 – Ariff Fadzillah & Hanis Sophia
2010 – Baby A Jr & Baby adik no.6
2011 – Baby SIL Sue & Baby siapa pula next ek? Hihi

Best kan?

Anw, layankan je lah gambar Ariff masa kami dinner kat Chillis aritu. Ariff siap bawak kawan dia, si Upin ikut sama.. hihi

Kami terpaksa ambil 2 baby chair untuk Ariff & Upin masa makan kat sini tau. Ariff demand layanan sam rata

Kasih sayang, gurau senda pun kena bahagi sama rata gak 🙂

Ariff & daddy share fries. Si Upin tu pun dia nak suapkan sekali. tapi aku tak kasi.. kang kotor kena sos pulak

Mummy punya dinner 🙂

Permalink 2 Comments

>Ariff & sushi

October 14, 2010 at 12:30 pm (My precious Ariff)

>

Alhamdullilah, suhu badan Ariff dah normal sejak aku amik dia dari babysitter semalam (Thanks Kak Ina for everything! And thanks to uols yang mendoakan Ariff kat sini juga *hugss*).

Sabtu nih ada makeup job kat Ipoh. Ahad pulak kat Klang. Dua pengantin berbeza. Nampaknya minggu nih aku banyak habiskan masa atas jalan je lah 🙂

Tak sempat nak update pepanjang. Aku nak keluar gi tapau lunch kat A&W Cahaya Suria depan opis nih. Dah dedekat nak bersalin nih, aku tak lalu laa nak makan nasi.

Anw, layan je lah gambar Ariff masa kami makan sushi kat Gardens Mid Valley (masa Mamoru ada kat KL). Satu perkara pelik untuk pregnancy kali nih: Aku yang tak minat sushi boleh duk hadap sushi hehari dik nonn. Jadi keje lah Mamoru duk bawak aku keluar dinner tetiap malam semata nak makan sushi. Tapi sekarang dah kurang sikit. Maklum lah, Mamoru asyik outstation je. Nak gi sensorang tak koser

Ariff pun suka makan sushi!


Aku suka sangat edamame kat Zanmai sushi. Siap ada tangkai – fresh!


Tengok tu.. kemain lagi Ariff makan.. fefeeling gitu 🙂


Ariff & daddy! (We miss u!!)

Permalink 2 Comments

>Ariff demam lagi

October 13, 2010 at 4:05 pm (My precious Ariff)

>

Haih, risau.

Suhu badan Ariff naik mendadak lagi. Aritu just tinggal selsema dengan batuk sikit-sikit. Nih dah tinggi balik. Nak je aku EL hari nih, tapi tak boleh. Ada meeting antara bank-bank pagi ni. Patutnya tak berkaitan dengan aku, tapi HOD nak aku join meeting tu. Nak tambah job scope aku la tu.

Malam tadi bawa Ariff pegi klinik. First time bawa Ariff pergi klinik tanpa Mamoru. Dia dah outstation ke Perak. Kesian Mamoru, sure dia susah hati kat Perak nun (Jangan risau ya b, aD boleh manage semua kat sini)

Dr cakap, dalam masa dua hari nih kalau suhu badan Ariff still tinggi, dia suruh bawa Ariff pergi klinik semula. Nak buat blood test. Hmm. Hopefully tak ada apa-apa serious.

Cepatlah 5.45 ptg. Nak balik jumpa Ariff.

Permalink 4 Comments

>Terjatuh depan bilik air

August 9, 2010 at 10:52 am (My precious Ariff)

>Terjatuh terduduk depan bilik air lepas mandikan ariff.

Takut gila masa hilang balance tu. Aku angkat Ariff tinggi2. Takut dia terhentak atas lantai. Nasib baik ariff tak apa2 sbb jatuh atas badan aku.

Nasib baik juga Mamoru ada kat rumah dan dengar aku menjerit…

Dalam masa yg sama, Aku tatau mcm mana baby dalam perut. Doa dan tawakkal je yang aku mampu buat masa ni.

Sekejap lg nk pergi checkup. Harap semuanya ok… *risau*

Permalink 8 Comments

>Ariff kena admitted

May 21, 2010 at 9:21 am (My precious Ariff)

>

Ariff pagi ni. Baru je tidur lepas puas menangis bila paed & nurse datang ke katil dia.. *sighs*

Dah 2 botol drip masuk dalam badan Ariff. Badan dia kurang air. dari semalam dia asyik muntahkan semua yg ditelan.

Malam tadi Ariff kena admitted ke Al-Islam Specialist Hospital. Sayangnya, Prudential tak cover Al-Islam. Nak pergi Pusrawi atau Pantai macam dah lewat sgt. Dah pukul 12 tgh mlm pun masa tu.

Ikutkan, memang tak ada masalah aku pergi mana2 hospital pun. Sebab aku ada Medijaring – fully covered by Maybank. Tapi yang ruginya, kat Al-Islam ni aku tak dapat claim Prudential. Penat byr tetiap bulan je 😦

Selain dehidrat, Ariff ada sakit perut. Selang sejam dua, mesti Ariff merengek tahan sakit. Sedih aku dibuatnya.

Malam ni, kalau Ariff kena tahan lagi, Aku nak ambil bilik satu katil. Boleh Mamoru teman sekali. Malam tadi bilik satu katil semua penuh. Harap hari ni ada kosong. Kalau tak, Aku minta transfer ke Pusrawi je.

Semoga Ariff cepat sihat. Rindu betul nak tengok senyum tawa dia… Doakan untuk Ariff ya untie & uncle kat luar sana.

Permalink 7 Comments

>Ariff 9 bulan

March 10, 2010 at 10:09 pm (My precious Ariff)

>

Ariff sekarang dah 9 bulan (9 months & 4 days old by time I wrote this entry).

Sekejap je kan?

Alhamdullilah, senang sangat nak jaga dia. Rasanya macam bodoh je bila fikir betapa takutnya aku nak ada anak sebelum nih 🙂

Perkembangan Ariff setakat 9 bulan nih? Oh, sangattt banyakk dan sangat menarik.

Aku pernah cerita tak yang Ariff tak suka merangkak or duduk? Dia skip dedua part tu. Dia nak terus berdiri. Ariff suka sangat berdiri (dalam playpen, katil, even kat tepi sofa). Dia dah boleh bergerak dari penjuru ke penjuru. Pernah sekali dia berdiri tepi sofa lepas tu dia lepaskan dedua tangan dia dan berdiri straight menghadap kami. Sangat comel ok. Dia siap gelak-gelak lagi sebelum jatuh atas tilam yang sengaja kami bentang atas lantai. Nampak sangat dia tak sabar nak berjalan kan?

Ariff belum ada gigi lagi. Kata orang, kalau lambat tumbuh gigi, means baby lambat bercakap. Well, Im not worry about that. Perkembangan baby semuanya berbeza. Tapi mulut Ariff memang sangat becok. Suka sangat berbual dalam bahasa dia. Kalau part jerit-jerit tu, ya Tuhan, kuat betul suara dia tau.

Ariff dah pandai few things. Macam, kalau aku panggil, dia akan datang ke arah aku. Atau kalau Mamoru tegur dia bila dia notty, Ariff akan tunduk dan tercebik-cebik pastu menangis. Comel!

Satu lagi, Ariff sangat peka tau. Misalnya, kalau aku tengah sorok-sorok guna henpon (woo, tak berani aku bagi dia pegang touch screen nih) atau tak pun taim aku makan something sambil lindung dengan paper, dia akan cari jalan untuk jenguk benda yang aku sorok tu tau. Kelakar sangat tengok dia duk panjang-panjangkan leher camtu. Sangat curious dia nih. Memang takde can aku nak mengelat. hikhik.

Lagi apa ek.. banyak nak update nih, tapi mata dah berat. Later, I guess. Will upload dengan gambar terbaru Ariff. Right now, aku adalah tersangat mengantuk.. *yawnn*.

Later k, promise 🙂

Permalink 5 Comments

>Ariff dalam kolam bola

February 22, 2010 at 9:00 am (My precious Ariff)

>

Last week Mamoru beli banyakkkkkkk bola-bola kecil yang lembut dan bewarna-warni untuk Ariff. Penuh playpen Ariff dengan bola-bola ni.. hihi. takut juga aku kalau Ariff tenggelam dalam kolam bola dia 🙂
p/s: updated using my HTC Touch HD – saja menggedik 🙂

Permalink 3 Comments

Next page »