>Soalan lepas pregnant

December 23, 2010 at 3:04 pm (My Pregnancy)

>

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period lambat. Ekceli aku boleh lupa bila last period.. huhu.

HOW DO YOU FEEL?

Susah nak terima / percaya mulanya coz taim tu aku baru habis xpdc hardcore – mendaki gunung Tambuyukon & gunung Trusmadi. Risau kalau-kalau apa-apa jadi kat baby. Lebih terkejut bila aku dah pregnant 2 bulan masa mendaki dua gunung nih!

WHO DID YOU TELL FIRST?

Hubby.

WAS YOUR PREGNANCY PLANNED?

Tak.

WHAT IS YOUR CHILD’S NAME?

Amarr Fadzillah bin Noor Fadzillah bin Haris Fadzillah

WHAT WAS YOUR CHILDโ€™S SEX?

XY

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR OPPOSITE GENDER?

Aleeya Fadzillah

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Mula-mula tu ya. Tapi aku tetap hepi bila dapat tau second baby nih boy sebab aku rasa macam risau pula kalau ada baby girl. Banyak keluar paper baby girl yang kecik-suci pun kena molested. Orang sekarang banyak yang gila.

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?

26/11/10

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?

3/12/10

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?

Terkejut lagi sekali. Macam kekok pulak bila ada baby lain selain Ariff

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?

31 ๐Ÿ™‚

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?

Of coz. Takde maknanya aku nak hidup dalam tanda tanya selama 9 bulan :p~

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Langsung tak ada. Sama macam 1st pregnancy. Malah aku terlebih aktif lagik. Alhamdullilah, semua dipermudahkan.

WHAT DID YOU CRAVE?

Ais.. pagi petang siang malam kunyah ais

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

Takde apa.

HOW MANY KG’s DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Sebelum pregnant, 37kg
Minggu last pregnant, 47kg
Minggu ketiga pantang, 37kg semula.

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

Tak buat pun.

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Dr ada cakap aku kurang darah. Tapi tak serius pun.

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Al-Islam Specialist Hospital

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Hubby. Plan nak buat weekly checkup tapi terberanak pulak haha

WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Rusilawati

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
2 jam setengah

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
Air ketuban pecah sendiri pukul 2.15 ptg. Masuk labour room pukul 2.30 petang. Pastu baru start sakit. Amarr lahir pukul 4.55 ptg (hari Jumaat)

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr, Rusilawati, 3 orang midwifes & My Mamoru

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Pentidine. Tapi menyesal coz tak sampai setengah jam pastu Amarr lahir.. huhu. It was totally unnecessary.

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Yes. From the very first day.

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Agak-agak la sikit kan. 2 ni pun tak cukup napas aku menjaga.

Advertisements

Permalink Comments Off on >Soalan lepas pregnant

>Dah selamat bersalin :)

December 7, 2010 at 5:04 pm (My handsome Amarr, My Pregnancy)

>

Alhamdullilah.

Semuanya dipermudahkan. Syukur.

Aku dah selamat melahirkan seorang lagi baby boy pada hari Jumaat, 26 Nov 2010 (baru hari ni dapat update sebab hanphone HTC Touch HD merangkap portable modem yang selalu aku guna untuk online dari rumah dah hilang.. tssskkk)

Tapi tak kisah.

Yang penting sekarang, my babies ๐Ÿ™‚

Ohh.. nama baby baru ni?

Amarr Fadzillah bin Noor Fadzillah.

Will update more pics tonite. Amarr dah merengek. Nak susu kan dia.

p/s: Aku bersalin serentak dengan adik aku.. haha. Gap setengah jam je. Nama baby dia Ahmad Adam Danial bin Mohd Hazwan ๐Ÿ™‚

Permalink 7 Comments

>Menunggu hari

November 24, 2010 at 3:12 pm (My Pregnancy)

>

Hari yang sedikit stress kat opis.

Ikutkan hati, nak je aku MC hari nih. Biar tinggal buntang je keje yang berlambak atas meja. Biar padan muka certain people yang sangat buat aku menyampah kat dept nih.

Tapi tak boleh beb. Akal aku cakap tak boleh. Dia suruh sabarrrrโ€ฆ Takpe, esok last keje (insyaAllah). Jumaat aku ada pregnancy check-up. Pastu boleh melepak kat umah sampai deliver nanti.. haha.

Oh, just for update, kandungan aku dah genap 38 minggu. Masa aku lahirkan Ariff tahun lepas, kandungan aku genap 39 minggu. Meaning to say, just tinggal beberapa hari je lagi untuk aku lahirkan baby A Jr (whoa, cepat betul).

Apa pun sebelum aku deliver, aku just nak jot down tentang pregnancy kali kedua nih kat sini. Untuk kenangan dengan anak-anak nanti:

Setakat 38 minggu aku pregnantkan baby A Jr, alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Sama macam aku pregnantkan Ariff dulu. Langsung tak ada masalah. Takde morning sickness. Tak ada cramp atau sakit-sakit macam perempuan pregnant yang lain. Takde masalah kesihatan. Takde bengkak kaki atau tangan. Takde stretch mark. Takde berat badan berlebihan, dan aku juga tak perlu bersusah payah nak berdiet or exercise or beli produk penjagaan badan semata-mata untuk dapatkan berat badan asal. Malah masa lahirkan Ariff, aku boleh jadi berani sampai boleh cakap dengan Dr yang aku tanak guna apa-apa drugs. Bukan nak berbangga dengan kelebihan yang Tuhan bagi. Cuma sekadar nak berkongsi tentang pengalaman sendiri. Lagipun, untuk kelahiran kali kedua ni belum tahu macam mana lagi. Harap kelahiran kali nih turut dipermudahkan oleh-Nya.

Buat ibu-ibu yang pernah merasakan pengalaman mengandung dan bersalin yang teruk sampai buat korang phobia / trauma dan sanggup menahan tekanan mental akibat perubahan bentuk fizikal badan, korang adalah insan yang hebat! Kalau aku kat tempat korang, ntah macam mana pulak agaknya.

Permalink 3 Comments

>Tak jadi

November 23, 2010 at 3:50 pm (My Pregnancy)

>

Ahaha.. tak jadi pergi checkup hari nih. Semalam aku call Al-Islam, suruh postpone appointment ke hari Jumaat nih.Tak rela der aku kena induce. Aku insist Dr Rusila yang buat checkup untuk aku Jumaat nih.. hihi. Aku dah biasa dengan Dr Rusila dari pregnantkan Ariff dulu. Tak best lah kalau checkup dengan Dr lain.

Maklumlah, dalam kes aku, sejak dari Ariff lagi, baby dalam perut memang besar (compare dengan saiz & berat badan aku masa delivery). So, bila jumpa Dr lain dan dia bagi pendapat lain pulakโ€ฆ for sure aku cuak. Apa pun, biar aku dengar pendapat Dr Rusila dulu, pastu baru decide sama ada nak cepatkan delivery or nak tunggu due date.

Start next week, insyaAllah aku akan mula bercuti panjang sampai lah bersalin nanti. Sepatutnya minggu nih aku dah ambil cuti. Tapi aduyaii.. keje banyak lah beb. Daripada henpon aku asyik berbunyik taim aku cuti, better aku settlekan apa-apa yang patut dulu. Kalau tak, sampai dalam labour room pun nak kena jawab call dari opis.

Persiapan untuk sambut baby baru dah complete. Last week masa cuci baju baby yang dibeli dan kumpulkan baju Ariff masa baby dulu, mak aihhh punyalah banyakkk. Mitten dengan booties je dah berpuluh-puluh pasang.. haha.

Persiapan untuk aku pulak, takde apa pun. Maybe tambah stok kain batik. Taim berpantang nih, aku amat mementingkan kebersihan. Sebab taim tu aku cepat stress dengan bau ubat, rempah ratus, minyak urut, darah nifas segala bagai. Kalau boleh dalam sehari tu aku nak tukar baju sampai tiga empat kali. Taim berpantang jugak, aku lebih suka guna disposable panties. Senang โ€“ terus buang sekali dengan maternity pad. Habis cerita.

Untuk ubat or jamu pulak.. err, sorry ya, gua tak lalu nak telan la beb. So, memang tak pernah beli. Kalau orang nak kutuk or takutkan aku pasal consequences yang aku akan tanggung dihari tua akibat tak makan jamu, renti kan laa. Aku memang penakut makan ubat, apatah lagi nak suruh aku telan jamu. Lagipun, aku tak plan nak tambah anak gegamai. Pasnih pepandai la cari altenatif lain untuk maintain sihat. Unless ada invention untuk buat ubat berperisa gula-gula, baru la aku beli hihi.

Iklan: Aritu aku ada try makan tablet kalsium berperisa coklat macam gegula sugus dari jenama Abbot. Sedap woo. Tak penah aku makan ubat kalsium sampai cenggitu sekali sedapnya. Kan elok kalau semua ubat rasa sedap camtu. Tapi bila fikir balik, kalau semua ubat rasa sedap, kompem makin berlambak penagih dadah yang wujud nanti.. huhu.

Tentang bengkung. Kali nih aku dah order 4 helai bengkung dari orang kat kampung aku. Special handmade tau. Aku memang kagum dengan penciptaan bengkung nih. Sangat berkesan. Aku sendiri dah berjaya dapatkan kembali my flat tummy sebelum pregnant lepas lahirkan Ariff ok! First time aku pakai bengkung, sehari selepas lahirkan Ariff. Taim tu aku nak travel balik kampung dari KL ke Melaka. Pakai sendiri je sebab nak elakkan sakit kalau kereta langgar lubang ke haper.

Bengkung yang memula aku pakai jenis ada 2 tali (rasanya hampir semua jenama โ€“ sendayu tinggi, nona roguy, etc ada dua tali) Seriyes cakap lah, guna bengkung 2 tali nih memang mengkonpiuskan. Kengkadang masa tengah pakai boleh terlupa nak tarik tali yang belah mana. So, nenek aku perkenalkan bengkung buatan sendiri yang hanya guna 1 tali sahaja. Senang gila nak guna. Kalau kena pakai sendiri pun selamba je boleh buat. Yang penting, ianya sangat selesa. Nanti lah, ada masa aku tunjukkan cemana rupa bengkung nih ๐Ÿ™‚

Permalink 1 Comment

>Check-up

November 15, 2010 at 12:18 pm (My Pregnancy)

>

Sabtu aritu pergi check-up kat Al-Islam Specialist Hospital dengan Mamoru & Ariff. Dr Rusila takde, so jumpa Dr Norlida je.

Perkembangan aku:

Berat badan just naik 1 kg je since last check-up. Berat aku sekarang 45.5kg. Still ringan kalau nak compare dengan last pregnancy. Tahap kepekatan darah still kurang dari paras normal. Yang ni tak payah check pun aku tau sebab aku ada beberapa kali terlupa nak makan ubat.

Doktor ada suggestkan aku makan hati ayam, kerang or segala mala makanan yang boleh menambahkan tahap kepekatan darah dalam badan. Tapiiiiโ€ฆ. Aduyaii, jadi keje aku nak cari kedai yang jual lauk hati hehari. Nak masak sendiri, satu hal pulak. Larat kah? *Sigh*

Perkembangan baby A Jr

Alhamdullilah, so far tak ada masalah. Cuma Doktor Norlida terkejut tengok berat baby yang dah bertambah jadi 3.00 kg. Dua kali gak lah dia check untuk double confirm. Kata Dr, saiz perut aku kecik tapi baby besar. Meaning to say, kalau ikut kadar pertambahan berat baby sekarang, besar kemungkinan masa due date nanti, berat baby akan melebihi 4.00 kg!

Memula tu aku rilek lagi. Tapi bila Dr Norlida cakap dia nak force baby keluar by next Tuesday (sebab dia takut aku tak mampu push baby keluar kalau tunggu due date), terusss aku jadi keras. Force? Induce? Ohh, akak seram uols. First: berdasarkan cakap-cakap orang, induce adalah menyakitkan. Mungkin terpaksa menanggung hazab bersalin untuk tempoh yang agak lama. Second: Kenapa cepat sangat nih? Aku macam tak ready lagi (I mean, mentally). Dan Third: Mamoru jauhhh.. tsskkk.

Apa pun kita tunggu je Selasa depan..

*Sigh*

Permalink 4 Comments

>Stress

October 29, 2010 at 12:56 pm (My Pregnancy)

>

Tadi pergi checkup kat Al-Islam.

Paras darah aku turun lagi. Dari 9.8 (awal bulan aritu) dah jadi 7.9 je tadi. (Paras normal adalah 11). Dr Rusila cakap, aku kena Anemia in Pregnancy. Meaning, kalau tahap kepekatan darah dalam badan aku terus menurun, aku akan berhadapan dengan dua masalah :-

1. Tumpah darah masa bersalin
2. Baby dalam perut tak cukup oksigen

Atau dengan kata lain, boleh menyebabkan maut pada mummy / baby.

Ok, scary.

Aku tau nih semua berpunca dari sikap aku yang suka skip makan ubat (sebab ubat dia besar, busuk, pahit, bila makan rasa nak muntah, dsb). Haih.. takper, takper. Demi keselamatan baby (dan diri sendiri), dengan ini, saya berjanji akan makan semua ubat on time.

Tadi timbang berat. Alhadmullilah naik sekilo. Sekarang dah 44 kg. Tapi still macam tak puas hati juga. Tahun lepas berat aku masa nak deliver Ariff 50kg ok. Haih.. risau, risau. Aktif sangat ke aku tahun nih? Tapi, aktif tu perkara yang baik kan?

Aku rasa, maybe sebab Mamoru takde kat sini kut so takde siapa yang monitor pemakanan aku. Aku jarang masak (unless simple dish for Ariff), Selalu makan pun taim kat opis (itupun kalau sempat โ€“ banyak keje ok). Bila balik kat rumah memang konpem tak makan. Kalau tapau pun konpem tak makan jugak. Sebabnya, sibuk layan Ariff. Kang kalau aku makan depan Ariff, sure dia merengek-rengek nak makan sama. Lauk pauk aku dah tentu lah pedas sokmo. Tak sesuai untuk perut dia. Pastu, bila dia dah tertidur, aku pulak tak lalu nak makan sebab terlalu penat atau terlupa atau makanan dah sejuk ๐Ÿ˜ฆ

Ohh.. alangkah indahnya hidup kalau Mamoru ada kat sini.. tsskkk. Sure semuanya akan lebih teratur.. tsskk tsskk.

Apa pun, alhamdullilah, perkembangan baby dalam perut normal. Berat baby pun dah bertambah jadi 2.3 kg. Harap berat dia akan sama macam Ariff bila dilahirkan nanti (3.7kg). Senang nak jaga. Tadi try nak scan 3D tapi baby tanak tunjuk muka. Sedih. Maybe sebab Mamoru takde kat situ tadi so, baby merajuk tanak tunjuk muka. (Takper lah sayang, next two week kita try scan lagi ya. Mummy bawak daddy sekali ok?).

Alrighty, its time for the pregnant lady makan ubat. Roger n out.

p/s: Mamoru balik malam nih ๐Ÿ™‚

Permalink Comments Off on >Stress

>Contraction

October 25, 2010 at 1:24 pm (My Pregnancy)

>

Malam tadi, start dari pukul 10 lebih sampai lah ke subuh aku tak boleh nak lena. Selang 15 minit sure aku rasa sakit pinggang + sakit belakang + perut menegang + sakit macam nak berak. Nervous ok. Braxton Hicks kah? Dah macam sakit labour yang real je nih.

Mamoru pun tak boleh tidur bila tengok condition aku. Dia siap pack kan semua baju aku nak bawak pegi hospital.

Note: Oh, lupa nak inform, Mamoru balik rumah malam Sabtu aritu. Sanggup dia drive jejauh semata nak spend cuti sehari dengan aku & Ariff.

Tapi aku refused. Aku tak rasa saat nak bersalin tu dah tiba. Baru 8 bulan.. so, takkanlah! Lagipun, kalau dulu boleh laa, asal sakit sikit je aku dah berdesuppp ke hospital. Sekarang, aku berani tangguh-tangguh sebab risau kalau aku kena warded nanti, siapa nak jaga Ariff? Mamoru masih kena outstation. Pagi tadi dia dah bertolak ke Ipoh semula.

Ikutkan rasa hati, nak je aku tahan Mamoru dari pergi. Tapi tak boleh la pentingkan diri sendiri. Dapat spent sehari dah cukup lah. Aku tanak Mamoru susah hati. Lagipun, macam yang aku cakap tadi, aku tak rasa timing untuk bersalin dah sampai.

Pagi nih dah kurang rasa sakit. Sekali sekala rasa juga perut nih menegang tapi tak lah seteruk malam tadi. Alhamdullilah. Harap baby A Jr mampu bersabar sampai expected due date nanti.

Apa pun, aku kena stanby jugak. In case of emergency.

Buat Mamoru, jangan risau. aD ok. InsyaAllah lambat lagi aD bersalin. Apa-apa nanti aD call ya ๐Ÿ™‚

Permalink 2 Comments

>Gambar pregnant terkini

October 11, 2010 at 10:48 am (My Pregnancy)

>

Ok, takde lah terkini sangat. hihi. Gambar nih diambil masa aku pregnant 7 bulan lebih. Bulan lepas punya gambar ๐Ÿ™‚

Kemain lagi Ariff menarik tangan aku berjalan dalam Mid Valley. Maklum lah, dia jalan memang laju. Aku je yang terkedek-kedek bawak perut. Eh, nampak tak perut aku yang memboyot tu? Tak nampak? Mungkin sebab dress tu cover perut aku kut ๐Ÿ™‚

Tengok tu anak bujang aku. Bergaya sungguh. Bodyguard yang sangat protective tau. Dari tepi boleh nampak sikit kan perut aku tu ๐Ÿ™‚

Masih larat lagi nak dukung Ariff yang dah 11 kg ++

Err motif gambar nih? Saja nak tunjuk kat Mamoru sebenarnya.. (b, jom pegi little penang petang nih.. teringin nak makan kuey teow dengan cendol hihi:)

Oh, Mamoru masih disini. Pagi esok baru dia pegi Perak – outstation lagi.

Permalink 6 Comments

>Hampir 8 bulan

October 6, 2010 at 12:09 pm (My Pregnancy)

>

Ariff still demam lagi. Bila bagi ubat, panas dia surut. Genap 6 jam pastu suhu dia naik balik. Hmm.. petang nih nak bawa Ariff ke klinik lagi. Nak ambil antibiotik pulak.

Malam tadi aku down sekejap. Gara-gara Ariff tidur terlalu awal dan tak sempat nak jamah makanan yang aku masak untuk dia. Kesian Ariff. Maybe demam tu buat badan dia penat & tak larat. Sedih woo.. aku siap call Mamoru nangis-nangis. Panik sekejap Mamoru sampai nak balik malam tadi jugak. Nasib baik aku manage convincekan dia jangan balik โ€“ semua ok โ€“ aku je yang terlebih emo.

Haih.

Minggu depan kandungan aku genap 8 bulan. Wow, sekejap je dah nak due. Betul ke nih? Macam tak percaya je. Kurang 2 bulan je lagi beb.

Aritu pegi check up. Dr Rusila (Dr yang sambut kelahiran Ariff dulu) cakap badan aku kurang darah. Dia bagi ubat aperntah untuk tambah darah. Kata dia, ubat tu akan buat aku berak keras. Aduii.. gasakkkk lah aku memerut lelama dalam toilet nanti.

Iklan: Eh, ada orang terjun bangunan! Bukan, bukan. Terjun payung dari menara KL lah. Boleh nampak dari Menara Maybank nih. Hebat betul derang nih. Kalau aku, takde maknanya nak join xtvt terjun-terjun nih. Aku ada masalah sikit dengan ketinggian โ€“ masalah gayat. Kalau ajak mendaki gunung boleh la.

Ok, sambung balik.

Masa check up kat Al-Islam tu, kami sempat scan 3D. Dapat lah tengok muka baby A Jr. Hidung dia mancung. Kata Dr Rusila, kalau ikut saiz kepala baby A Jr, agak besar juga lah. Sama macam Ariff dulu. Gasakkk lahh aku nak meneran.. hihi. Tapi takpe. Aku suka baby besar-besar nih. Senang nak jaga. Senang nak pegang. Kalau kecik sangat, susah laa. Fragile je rasa. Oh, berat baby A Jr sekarang dah 1.57kg ๐Ÿ™‚

Surprisingly, berat aku pulak tak berubah.. Masih 43 kg. Sama je dari bulan Ogos sampai sekarang. Patutlah orang terkejut bila aku cakap kandungan aku dah dekat 8 bulan. Dan patut laaaa aku tak penah dapat seat bila naik LRT! Cess.

Permalink 1 Comment

>My pregnancy

August 4, 2010 at 11:25 am (My Pregnancy)

>

I just loveeee being pregnant.. hihi

Kenapa?

Sebab bila pregnant :

Aku dapat melaram pakai maternity dress yang vogue!
Aku fefeeling diri sendiri semakin cantik.. ahahaha.. boleh?

Ok, seriously.

My pregnancy dah hampir 6 bulan. Suka! Kurang 4 bulan lagi, aku akan melalui proses bersalin untuk kali kedua. Double suka!

Tak ada apa yang berbeza antara pregnant kali pertama dengan yang kedua nih. Semua sama je. Tak ada morning sickness, tak ada craving yang bebukan. Pendek kata, semuanya dipermudahkan, alhamdullilah.

Berat aku sekarang 42 kg ๐Ÿ™‚

Persiapan untuk baby belum ada lagi. Rasanya tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau dulu punyalah awal aku beli barang baby, sekarang still boleh rilek lagi. Dah berpengalaman beb.. (berlagak).. huhu. Lagipun, barang Ariiff dulu banyakk. Boleh recycle. Cuma baju je lah nak kena beli.

Aku plan nak hire sorang day care maid / nanny untuk 2 bulan (sepanjang tempoh aku berpantang nanti). Tugas dia just jaga aku & newborn baby. Ariff pula aku akan hantar ke rumah pengasuh. Dan maid tu boleh pilih sama ada nak tinggal sekali dengan aku or just datang time bekerja je (aku prefer yang nih). Masalahnya sekarang, mana nak cari maid macam nih? Ada suggestion anyone? Hmm.. rasanya aku ada terbaca pasa confinement nanny dulu. Nak search website dia jap.

Oh, 11hb Ogos nih kita start puasa kan? Haih, naper lah KL tak cuti time ni kan? Tapi not to worry, aku dah apply cuti sempena menyambut 1 Ramadhan nanti. Buat adik-adik aku yang ada kat KL nih, moh datang berbuka ke rumah first day puasa nanti. Along masak spesel untuk kita-kita je ๐Ÿ™‚

Permalink 2 Comments

>My 2nd pregnancy

April 28, 2010 at 1:33 am (My Pregnancy)

>

Pregnant kali ke dua. Tak plan dan tak expect pun. Esp bila aku tengah busy mengaktifkan diri dalam xtvt outdoor semula. Tapi dah rezeki Tuhan nak bagi.


Perasaan? Terkejut of coz. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku masa tengok pregnancy test tu, โ€œOh, no!โ€.. haha. Bukan bermaksud aku tak suka pregnant sekali lagi, tapi sebab aku risau gila dengan tahap kesihatan baby dalam perut nih.


Mana taknya, aku baru balik dari xpdc menawan dua gunung berprofil tinggi kat Sabah. DUA gunung okeh! Lima hari dua malam aku spent masa dalam hutan! Tetiap hari trekking overtime. Subuh gaban start trekking, tengah malam baru sampai kemsait. Badan memang letih gila! Patutlah aku pewai semacam je masa kat Sabah. Rupanya, ada baby dalam perut!


Tapi bila difikirkan semula, aku bersyukur sangat sebab tak kira betapa susah pun trek kat sana or trekking taim malam pun, aku tak ada tersadung akar kayu ke hape. Team xpdc aku semuanya merasa jatuh tergolek atas trek (Chua especially. Mamoru pun hampir terkehel tangan sebab jatuh tergelincir). Kalau tak, nauzubillahโ€ฆ Lebih menakjubkan, baby nih kuat macam mummy & daddy dia. Mampu bertahan walaupun xtvt yang aku join nih sangat lasak & bahaya untuk dia.


Honestly, aku sendiri tak tahu aku pregnant berapa minggu / bulan sekarang nih. Aku tak ingat langsung bila last aku period. Doc pun tak dapat nak pastikan sebab masa scan aritu, tak nampak apa pun โ€“ still in early stages. So, kena tunggu sebulan lagi lah untuk check.. hik.


Mamoru? Dia sangat eksaited bila dapat tahu aku pregnant lagi. Hari-hari tanya baby dah ada movement ke belum. Mamoru dah create nama untuk baby ni ok! (Oh ya, his / her name will also starts with โ€˜Aโ€™ sama macam abang Ariff dia ๐Ÿ™‚


Mamoru siap prepare insurans untuk baby dalam perut nih. Biar sama dengan abang Ariff dia โ€“ baru adil katanya. Tapi kami hanya boleh ambil bila kandungan aku berusia 5 bulan nanti (Prudential punya syarat).


Perubahan diri? Macam tak ada apa berlaku pun haha.. Sama macam first pregnancy, aku takde morning sickness. Sihat dan aktif macam biasa (alhamdullilah). Cuma satu je yang aku perasan berbeza, masa first pregnancy, aku tak suka pakai high heel. Start aku dapat tahu aku pregnant 5 minggu, terusss aku simpan semua high heel. Tapi second pregnancy nih, aku suka sangat pakai high heel.. hihi. But of course, aku takkan bahaya kan kandungan aku. Iโ€™ll consider medium platform / wedges bila perut aku start membesar nanti.


Ramai kengkawan terkejut bila aku pregnant lagi. Kebanyakan member aku rata-rata just ada sorang anak je. Semua nak tunggu anak memasing besar baru nak consider second baby. Aku pun memula camtu gak, tapi bila dah โ€˜terpregnantโ€™ lagi nih, aku rasa okay juga. At least sekali harung je besarkan semua anak-anak aku. Lagipun, payah la ada sorang baby je. Aku dengan Mamoru asyik berebut nak dukung Ariff bila keluar berjalan. Nanti bila dah ada dua anak, takdelah berebut lagi haha..


Due date? Kan aku dah cakap tadi aku sendiri tatau usia kandungan nih. Tapi aku dapat rasakan baby nih akan lahir sama ada hujung tahun nih (December 2010) atau awal tahun depan (January 2011). Btw, Iโ€™m praying for December this year! So that I can proceed with my plan to climb Gunung Murud next year! Hahahahahaโ€ฆ


Oh, btw, adik no.6 pun sedang pregnant sekarang nih. Dia due bulan November. Merasalah ada dua mak buyung taim raya nanti ๐Ÿ™‚

Permalink 4 Comments

>Shocked!

April 10, 2010 at 5:47 am (My Pregnancy)

>

Aku baru dua hari balik dari Sabah.

Dan alhamdullilah, gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia telah berjaya ditawan dalam masa 5 hari 4 malam!!

Tough gila xpdc kali ni. Maklum lah, aku langsung tak training. Aci redah je panjat. Bahananya, kaki aku bengkak, tapak kaki aku sampai hari ni rasa kebas. Part luka, tak payah cerita lah, banyak gila. Part kena gigit pacat pulak.. huu.. lagilah banyakk.

Gunung Trusmadi, gunung pertama yang aku daki tahun ni. Route dia kira ok lah. Starting buat aku semput sikit coz trekking dalam keadaan suhu yang sejuk. Tapi best, sebab view sepanjang trek sangatttttt cantik. View kat puncak lagilah cantik – 360. Boleh nampak puncak Kinabalu dari sini.

Gunung Tambuyukon pula memang lain dari gunung Trusmadi. Macam gunung area semenanjung pun ada. Trek dia sangat mencabar sebab sepanjang masa mencanak. Memang menguji mental sungguh. Kalau dia bagi trek yg menurun pulak, bukannya jenis turun yang boleh rilek santai. Jenis kalau silap langkah, confirm menggelongsor jatuh ke bawah. Tak pun masuk gaung. Gila tough. Dalam hutan Tambuyukon nih, marking kurang. Trek senang hilang. Berapa kali aku nak cipta route sendiri hari tu. Nyaris tak sesat. Paling tak best bab pacat. Ya Tuhan, banyakkkk gila ok! Satu badan aku nih, semua tempat dia buat love bite. Dari leher, pinggang, tangan, paha, sampai aku punya ‘toooottttttt’ pun ada kesan gigitan dia. Chisss!

Personally aku rasa, gunung Tambuyukon nih, bukan lah gunung yang ‘agak mencabar’ seperti apa yang bebudak gunung kata. Tapi, jenis yang ‘mencabar tak agak-agak’!!

Nanti lah aku buat full log and upload gambar kat sini. Cuma buat masa ni aku nak share satu berita yang PENTING:-

Selepas xpdc gunung Trusmadi dan Tambuyukon nih tamat,
Selepas berhari-hari aku memikul beg yang berat dalam hutan,
Selepas kaki & mental aku kepenatan berjalan tanpa henti dalam hutan,
Selepas makan minum aku tak menentu masa dalam hutan,
Selepas aku push seluruh badan aku to the limit untuk trip nih,
Dan selepas berakhirnya seksaan 2 gunung nih dua hari yang lepas….

…aku dapat tahu satu berita yang mengejutkan..




“Aku pregnant.. untuk kali kedua”



Meaning to say, this little baby memang dah ada dalam aku even sebelum aku bertolak ke Sabah. Dan paling buat aku rasa bersalah, dia memang ada dengan aku sepanjang xpdc nih! Kuatnya dia..

Aku tunggu hari siang sikit, nak jumpa doctor dan nak confirmkan tahap kesihatan kami berdua.

In the mean time, theres a lot of things to do. To plan and prepare.

For this baby, For Ariff. For me & Mamoru.

Permalink 18 Comments

>Perkembangan perut

August 5, 2009 at 7:00 am (My Pregnancy)

>

Aduyai.. cerita tentang pengalaman aku bersalin belum siap lagi arr geng. Sabar ek.. dalam proses. Sementara tu, layan kan je gambar perut aku dari awal pregnant sampai lah gambar selepas pregnant ๐Ÿ™‚


Sebulan – Ok, aku tataw dengan tepat bila Ariff hadir dalam hidup aku. Yang pasti, little Ariff wujud semasa penghujung bulan Ramadhan tahun lepas. Amik berkat bulan Ramadhan katakan.. hahaha. So, aku bubuh je lah gambar aku masa bulan puasa lepas.


2 bulan – Nih gambar tengah enjoy mandi manda kat The Lost World of Tambun, Perak.


3 bulan – Masih kempis. Berat pun tak bertambah.


4 bulan – Gedik pakai t-shirt orang pregnant walau perut masih leper.


5 bulan – Punn masih slim & steady.


6 bulan – mula buncit sikit tapi tak obvious sangat. Masih boleh pakai baju saiz ‘XS’


7 bulan – semakin jelas.


8 bulan – Yess, dah nampak macam orang pregnant. Nih masa naik flight gi Sabah. Pompuan pregnant yang tak reti duduk diam.. hihi.


9 bulan – Gambar aku seminggu sebelum melahirkan Ariff. Tssskkk.. rindunya saat nih.


Dan… nih la rupa yours truly selepas habis pantang ๐Ÿ™‚

Permalink 5 Comments

>39 weeks

June 5, 2009 at 9:00 am (My Pregnancy)

>

Tak sangka kan, dah hampir sampai ke penghujungnya. Kalau nak kira ikut EDD, ada lagi 6 hari untuk aku lahirkan baby ‘A’. Kita tunggu je lah harinya.. sama ada awal, ngam-ngam, atau terlebih. Tapi memintak jangan laaa terlebih hari.. penat woh tertunggu-tunggu camnih. Lama tau aku duk mengira hari nih. Start dari first day aku dapat tahu aku pregnant sampai laaa hari nih. Ada lebih dari 200 hari! (oit aperdaa aku nih.. lagi 6 hari pun tak boleh tunggu ke?)

Perkembangan aku & baby ‘A’ setakat nih:

Berat aku naik lagi.. sudah 50 kg!! Omaigod.. macam tak percaya ok berat aku boleh jejak ke angka nih. Kagum.. kagum..ย 

Berat baby ‘A’? Aku tataw. Kali nih tak scan pun. Just buat CTG je. Tunggu dia lahir baru timbang kut.. hihi.

Perut aku sekarang makin kerap mengeras. Sakit sikit la bila jadi camtu. Tapi bukaan still 1 cm ๐Ÿ˜ฆ

Nak tau cerita kelakar tak? Pagi aritu kan, aku ada rasa sakit perut (macam mild period pain). Taim tu Mamoru dah pegi keje. Beria lah aku kejut adik no.6 suruh dia bersiap temankan aku gi Al-Islam in case kalau contraction bertambah kerap. Sekalikkk bukan sakit nak bersalin daa.. aku kena cirit birit rupanya.. cesss!

Ohh, aku ada cakap tak yang Dr Rusila bagi aku sambung MC.. fuhh, hebat! Tak penah aku dapat MC selama TIGA minggu berturut-turut sepanjang aku bekerja nih. Bagus! Tayah sesusah aku apply cuti.ย 




Latest pic bersama baby ‘A’ (dalam perut).. Eh, baru aku perasan aku tak amik gambar full dengan perut untuk minggu ke 39 nih.. (waaa kena amik cecepat nih, nanti tak sempattttt)

Permalink 6 Comments

>38 weeks

May 28, 2009 at 4:00 pm (My Pregnancy)

>

14 hari lagi.. seronoknya!

Macam-macam cerita / info / pengalaman tentang proses bersalin yang aku dapat dari orang sekeliling. Tak terkecuali dari bloggers yang sudi tinggalkan komen kat sini. Tenkiu geng. Korang memang terbaik!.. *big hugssss*

Tadi macam biasa ada weekly check-up kat Al-Islam. Seronok!! (aperdaa.. pegi hospital pun kata seronok.. hihi). Ntah lah, aku memang suka sangat pegi sana. Mungkin sebab layanan derang best kut. Atau tak pun, sebab setiap kali aku gi sana, aku rasa macam masa untuk bertemu dengan baby ‘A’ makin dekat ๐Ÿ™‚

Tataw nak update apa tentang pregnancy nih lagi. Tunggu hari je nih. Bebila masa je aku boleh bersalin. Harapnya, jangan lah sampai lebih dari EDD. Aku tak suka kelahiran secara induce. Aku nak baby ‘A’ lahir secara normal. Semoga dimakbulkan permintaan aku nih. InsyaAllah.

Perkembangan badan aku:

Berat aku sekarang dah 48.6 kg. Berat kan? Tapi aku tak risau pun. Kalau tolak berat baby dalam perut (ohh.. si comel sekarang dah 3 kg tau), pastu tolak berat uri, cecair amniotic & pertambahan saiz ‘aset’ nih (hihihi).. berapa jerr yang tinggal kan? kan? kan? Tayah sesusah nak turunkan berat pasni.. yeyeh! suka! suka!

Perubahan lain? Takde sangat kut. Alhamdullilah, banyak dah kelonggaran yang Tuhan bagi kat aku dari awal pregnancy sampai laa sekarang. Dan aku bersyukur sesangat.

Aku bersyukur sebab aku terkecuali dari alahan morning sickness.
Aku bersyukur sebab kandungan aku takde masalah dari awal awal kehamilan sampai sekarang
Aku bersyukur sebab berat badan aku tak berlebihan
Aku bersyukur sebab terkecuali dari simptom last trimester (e.g, sakit belakang, bengkak kaki, etc)
Aku bersyukur sebab aku masih aktif, kuat berjalan & badan sentiasa rasa sihat.
Aku bersyukur sebab sampai saat nih, aku belum rasa sakitnya contraction.

Semoga proses bersalin nanti turut dipermudahkan oleh-Nya.. *aminnnn*

Oh, tadi Dr Rusila ada check bukaan kat ‘bawah’. Masih 1 cm katanya. Dia dah dapat rasa kepala baby kat bawah tu. Dia suruh aku sentiasa alert dengan tanda-tanda delivery (show, contraction, etc).

Perkembangan baby ‘A’:

Masih lagi aktif bergerak. Cuma dah tak selasak dulu. Mungkin sebab dia dah makin besar (3 kg of course lah). Jadi ruang untuk dia bergerak dalam perut nih dah semakin terbatas.

Lain-lain? Dunno. Aku dah tak boleh berfikir sangat. Tak sabar nak tatap wajah baby ‘A’ sebenarnya. Kita tunggu je lah ‘hari bertuah’ tu nanti ๐Ÿ™‚


Nih lah Dr Rusila yang akan sambut kelahiran baby ‘A’ nanti (insyaAllah). Baik Dr nih.. lembut je orangnya. Ekceli, semua doktor kat Al-Islam best-best semuanya.


Nih masa tengah check tahap oksigen yang baby ‘A’ terima. Alhamdullilah, semua nampak ok.


Teka siapa yang aku jumpa masa kat Al-Islam tadi? Gee & baby dia!! Gee dah bertudung sekarang – comel! Dia nampak sangatttt hepi lelebih lagi bila dah dapat baby.

Permalink 4 Comments

Next page »